3
ka, Fana, Nawa! Korang ni jalan macam pengantin la pulak. Cepat sikit tak boleh ke?’’ kata Sarah pula.“ Yang kau nak cepat sangat ni KENAPA?’’ sinis Ika membalasnya.
“ Mestilah aku nak belajar. Apa punya soalan da.. kau ni pun, buat lawak la Ika’’ balas Sarah lagi.
“ Hishh korang ni asal emo semacam je.. sorang bagi soalan bodoh, sorang lagi bagi jawapan pun bodoh.. huh sengal je’’ balas Fana yang tiba-tiba menyampuk perbualan antara Ika dan Sarah.
“ Mana la tahu kan Fana, orang tu da tak sabar nak jumpa someone special dia’’ jawab Ika pula.
“ Apa pulak someone special nye? Korang ni kan sehari tak cakap pasal kononnya ‘someone special’ tu tak boleh ke?’’ soal Sarah pula, geram sungguh kalau hal itu dibangkitkan lagi oleh sahabatnya itu.
Walau pun dihatinya ada tercuit sedikit perasaan terhadap lelaki itu tapi itu semua cepat dibuangnya jauh-jauh. Ala biasalah dah meningkat remaja mesti ada rasa perasaan macam tu. Siapa yang tak rasa tu mesti dia tak normal. Hee kesian..kesian. kata Sarah dalam hatinya. Tapi dilain sudut dia berfikiran lain pula. Malas hendak dia bermain dengan perasaannya. Itu semua cinta monyet sahaja, tak mungkin akan kekal sampai ke jinjang pelamin. Kalau ada pun sikit je peratusnya. Jadi seboleh-boleh dia tidak mahu memberi sepenuh cintanya kepada seseorang yang masih bergelar lelaki pada zaman sekolahnya.
Dia memang sudah tahu perangai rakan-rakannya itu kalu menyakatnya. Pantang sahaja ada peluang pasti akan disebatnya. Terutama apabila dikaitkan dengan isu ‘mamat’ tu.
Ishh kadang-kadang aku suka, kadang-kadang bila aku tengok muka dia rasa macam nak smackdown pun ada. Macam mana ni? Cool la Sarah, tadi kata tak nak bercinta. Macam mana la.. ko buat azam ni, tapi tak pernah nak ikut.
Kenangan zaman persekolahannya itu kembali datang mencuit hatinya yang di kala ini sedang kesunyian.
“ Arghh sungguh indah saat itu. Ketika dia masih dapat bersuka ria dengan rakan-rakannya tanpa perlu memikirkan masalah lain. Ketika itu masalah yang dihadapi hanyalah cara untuk mereka berusaha menyiapkan kerja sekolah. Terutamanya kerja yang yang diberi oleh cikgu sejarahnya, siapa lagi kalau bukan cikgu favourite nya itu. Cikgu Roszaila la!
Masih segar diingatannya kesan cubitan cikgu yang boleh membuatkan badan sesiapa pun terangkat. Punya berkesannya cubitan cikgu itu sampai sengatan semut dan tebuan pun agaknya tak boleh kalahkan cubitan cikgu yang power itu. Ada juga yang terpaksa jalan itik.
Tapi salah mereka juga, siapa suruh tak siapkan kerja. Apa lagi meletus la lava yang masih panas tu.
Kalau la dia dapat berjumpa dengan semua cikgu-cikgunya itu, ingin sahaja dia mngucap terima kasih banyak-banyak kerana telah mendidik dan memarahinya dulu. Kalau bukan kemarahan cikgu dan papa mugkin dia tak kan jadi orang berjaya seperti ini. Terima kasih CIKGU! Terima kasih PAPA! Terima kasih SEMUA!
Teringat pula dia pada rakan-rakannya itu. Apalah yang mereka buat sekarang. Dia ingat lagi. Masing-masing ada skandal sendiri. Antara mereka ika yang paling maju. Apa tak nya, dia sorang sahaja antara mereka empat orang yang kapel banyak kali. Tapi sehingga kini dia masih tidak tahu siapa yang bertakhta di hati temannya itu. Diharap kebahagian sentiasa ada untuknya.
Farhana pula boleh dikira ramai peminat jugak tapi malang semua dia tolak. Dah tu menyesal kemudian hari. Kesian pula bila kisah ‘percintaan’ fana dan ibal tidak seindah yang diharapkannya. Masing-masing nak jadi hero dan heroin katakan sampai dua-dua nak berkorban. Cinta sejati ke tu? Kalau masin mulutnya, ingin sahaja dia melihat dua orang sahabatnya ini , mengulit kasih hingga ke jinjang pelamin. AMIN! Cepat-cepat disuakan dengan sebutan amin, moga-moga doanya ini dimakbulkan oleh Yang Esa. Hanya Dia yang mengetahui apa yang tersirat dan tersurat.
Kisah Nawa pula sangat menyayat hati. Geram pula bila difikirkan sahabatnya itu sedih kerana seorang lelaki bernama Haziq. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dipenyekkan muka mamat itu lalu dibuatnya lempeng bagi ayam makan, ada faedahnya. Mana taknya berkawan punyalah lama tapi masih sahaja mamat itu buat perangai lembabnya. Pakai gear berapa agaknya! Lembab sangat nak faham.
Tapi sebaik kehadiran seorang lelaki yang bernama Fifi berjaya mengubat luka dihati. Tapi Nawa masih memendamkan rasa cintanya terhadap lelaki itu sehingga kini walau persahabatan sudah terjalin lama. Sarah tetap yakin dulu, kini dan selamanya Fifi itu memang ada perasaan kat Nawa tapi malu tak bertempat. Huh.
Tetapi bila dikenang kembali kisahnya, dia menjadi bingung siapa yang akan menjadi pilihan dan pujaannya? Siapa juga yang akan menemani siang malamnya? Dan siapa juga yang akan sering hadir dalam mimpinya. Lelaki-lelaki yang pernah hadir dalam hidupnya hanyalah seperti air sungai yang deras mengalir dan akan tersekat bila ada halangan. Begitulah juga dengan kisah hidupnya, lelaki yang hadir dalam hidupnya hanya ingin menjadikan dirinya sebagai tempat mengadu. Adakah dia tidak layak dicintai dan mencintai?
Ketukan pintu telah menyedarkan Sarah dari lamunannya.
Terlihat sesusuk tubuh yang amat dikenalinya itu sudah pun berada di muka pintu biliknya.
“ Kak Ati..” panggil Sarah sebaik sahaja melihat susuk tubuh itu tadi. Sempat lagi Sarah membuat suara manja dan muka comelnya itu. Sungguh sesiapa boleh cair dengan cara Sarah seperti itu tapi bukan semua orang boleh melihatnya dalam keadaan begitu.
“ Hemm Sarah.. berangan ek tadi? Ingatkan sape?’’ tanya Ati pada adiknya itu. Ini adalah taktik seorang kakak hendak mengorek rahsia adiknya.
“ ha? Tak ada pape la. Akak ni kan suka tau sakat orang. Akak nak apa ni?’’ rengek Sarah, masih dengan suara manjanya itu.
“ Amboi berangan tak ingat dunia nampak. Dah tak ingat ke pukul berapa tu?’’ balas Ati sambil tangannya menunjuk ke arah jam di meja berlajar Sarah.
Sarah pantas menoleh ke arah tempat yang ditunjuk kakaknya itu. Terkejut beruk Sarah melihat jarum jam ketika itu. Jarum panjang sudah pun menunjuk ke angka 7 dan jarum pendek menunjuk ke angaka 9 dalam erti kata sebenar sekarang sudah pukul tujuh empat puluh lima minit. Maknanya azan magrib sudah pun berkumandang. Lekakah dia dengan kenangan dan harapan masa depannya itu.
Ati yang melihat Sarah sudah pun terlopong sudah pun tertawa kecil.
“ Sempat lagi kak Ati gelakkan Sarah kan? Merajuk lah macam ni.’’ Manja Sarah pula. Sememangnya dia tidak pernah rapat dengan kakaknya itu. Waktu sekolah dulu adiknya sahaja yang rapat dengan kakaknya itu. Dia pula sering bergaduh dengan kakak dan adiknya.
“ Dah..dah.. jangan nak merajuk pulak. Pi mandi lepas tu solat. Dah habis solat turun kita makan sama-sama. Akak dah lapar ni.” Balas Sarah sambil kakinya sudah mula melangkah ke arah pintu. Sarah masih lagi dengan ‘rajuknya’ itu. Tidak dihiraukan kakaknya yang ingin berlalu pergi itu.
“ Jangan mandi lama-lama. Jangan pulak berangan dalam tandas tu. Kang tak pasal-pasal ada cicak yang jatuh kat atas kepala,’’ jerit Ati dari luar pintu bilik adiknya itu. Sempat juga dia menjengahkan muka, ingin melihat reaksi Sarah.
“ Kak Ati! Janganlah buat Sarah takut!’’ jerit Sarah pula. Tangannya yang sudah mencapai tuala ditekupkan ke mulut tanda ketakutan. Perlahan-lahan digagahkan kakinya ke dalam bilik air sambil melilau matanya memandang syiling.
Dari jauh Ati sudah tergelak melihat gelagat Sarah. Dari dulu sampai sekarang takut cicak. Macam mana la boleh lepas jadi doktor. Tak silap dia ada bedah katak atau cicak sebelum jadi doktor. Sememangnya kedua-dua haiwan itu amat ditakuti Sarah.
Pernah Sarah kata “ Sarah tak takut laa..Cuma geli sebab badan ‘diorang’ berlendir” jawab Sarah sambil menunjukkan aksi geli gelemannya itu.
Ati sudah pun sakit perut gelak. Dia ingin mengambil wudhuk, dia pun belum solat lagi dek asyik leka menyiapkan hujah dan bukti-bukti untuk kes yang baru dia dapat kelmarin. Agak berat juga kes itu. Tapi apa boleh buat dah jadi tugasannya, REDHA je la!
wehh mane follow ko...xd pn..
ReplyDelete