Sunday, September 4, 2011


9
"Kak Ati!” jerit Sarah dari biliknya.
“ Ya makcik oi!! Turun la cakap.. menjerit-jerit pula!!” kini giliran Ati pula yang menjerit dari bawah.
‘ KRING! KRING! ’
Telefon yang sudah menjerit minta disuruh angkat itu lantas dicapai oleh Ati. Adiknya itu pula tiba-tiba sahaja diam, tidak lagi menjerit-jerit seperti tadi. Heii.. bertuah punya adik betul.
“ Assalamualaikum,” kata Ati sebagai permulaan bicara.
“ Waalaikumsalam.. ha Ati, ni papa ha,” kata Mus di hujung talian. Dia saat ini sungguh merindui kedua orang puterinya itu. Pada minggu depan anak lelakinya, Irfan akan cuti semester pada tahun ini. Jadi dia ingin mengambil kesempatan ini untuk berkumpul satu keluarga. Irfan tu pun bukannya senang nak balik.
“ oh papa.. ada apa telefon ni?” tanya Ati pula. Jarang sungguh papanya telefon kalau tiada benda yang penting yang ingin dikatakannya. Dari tempat duduknya, dia sudah melihat Sarah turun dengan memegang sehelai baju. Entah apa la budak tu nak buat dengan baju itu. Sebaik sahaja Sarah duduk disebelahnya, Sarah terus menanyakan siapa tu? Tanpa mengeluarkan suara. Ati pun menjawab Papa, tanpa mengeluarkan suara juga seperti Sarah tadi. Dia tidak mahu buat papa rasa terganggu.
“ papa telefon ni nak suruh kamu dengan Sarah balik.. kamu tahu tak adik kamu Irfan tu balik minggu depan? Dia ada telefon papa hari tu,” terang Mus lagi. Ati memang susah untuk bercuti dengan kesibukannya yang memanjang. Sarah pun sudah mahu jadi seperti akaknya itu, sibuk sahaja.
“ balik? Hem.. Ati tak tahu lagi la pa.. sebab Ati ada kes baru sekarang ni.. so busy sikit laa. Tapi nanti Ati usahakan ea.. lama juga tak jumpa Irfan, Rindu!” kata Ati pula sambil matanya memandang Sarah yang setia mendengar perbualan antara dia dan papa. Huh busybody minah ni.
“ kamu ni kan memanjang je sibuk.. mengalahkan PM.. adik kamu yang sorang tu boleh tak balik?”
“ tu Ati tak tahu pa.. papa nak tahu, papa tanya dia sendiri,” jawab Ati nak melarikan diri. Terus diberinya ganggang telefon pada Sarah yang masih lagi terpinga-pinga dengan jawapan dia yang menyuruh papa bertanya lansung pada dirinya.
“ helo pa.. papa apa khabar? Sihat? Rindunya dekat papa!” kata Sarah pula untuk melarikan diri. Kakaknya sudah pun ke dapur, mungkin hendak ambil minuman kerana dia jelas nampak akaknya itu berpeluh sewaktu berbual dengan papa. Haha..
“ ha Sarah! Hem papa sihat je. Papa pun rindu kamu juga. Papa nak tanya ni, kamu boleh tak balik sini? Irfan nak balik minggu depan ni,” kata Mus terus. Malas dia hendak berdalih lagi.
“ ha? Balik? Tak tahu lagi la pa.. hehehe... sorry. Tapi nanti Sarah cuba balik juga ea. But I’m not promise okay?” jawab Sarah dengan berhati-hati. Takut kata-katanya itu boleh menyinggung perasaan papa. Sungguh papanya tidak akan berhenti selagi hajatnya tidak tercapai. Ingat lagi dia saat Irfan menelefonnya dua hari lepas yang mengatakan bahawa dia akan pulang minggu depan. Dia juga ada beritahu yang papa suruh dia pujuk kami untuk pulang sama. Katanya lama tidak berkumpul. Rindu!
“ kamu ni kan sama sahaja dengan akak kamu tu.. dah laa papa tak nak paksa lagi. Kalau kamu nak balik.. balik laaa. Tapi jangan kamu balik nanti papa dah dikapankan pulak.. kamu semua kan suka kalau papa dah tak ada senang laa kamu nanti, tak ada siapa lagi nak pantau kan?” jawab Mus dengan sinis. Biar anak-anaknya itu tahu rasa sikit.
“ PAPA! Janganlah cakap macam tu. Kitaorang bukan kata tak balik terus. Kitorang balik nanti tapi lambat sikit la. Lagi pun Sarah ada reunion hari ni. Nanti Sarah pujuk Kak Ati suruh balik ea? Jangan la merajuk..buruk tau,” kata Sarah pula hendak menyejukkan kembali hati papanya itu. Papa makin lama makin sensitif, faktor umur mungkin. Hehee.
“ apa-apa je laa Sarah. Bye Assalamualaikum,” jawab Mus ringkas. Kecewa betul dia dengan sikap anak-anaknya itu. Terus diletaknya ganggang telefon itu.
Sarah masih terdiam melihat ganggang yang taliannya itu sudah pun dimatikan tanpa dia sempat menjawab salam papa. Waalaikumsalam, jawab Sarah terus diletakkan ganggang itu.
“ ngah! Papa cakap apa?” tanya Ati.
“ apa lagi.. merajuk la.. macam tak paham-paham pulak.”
“ papa kata.. lantak la nak balik bila..” kata Sarah pula. Ati sudah seyum kegembiraan.     “ tapi papa kata.. jangan sampai nanti kita balik papa dah dikapankan pulak,” tambah Sarah lagi. Senyuman yang tadi dibibir kakaknya itu sudah pun tiada. Sarah masih pandang Ati yang masih bingung mencari jawapan.
“ yela... yelaa nanti kita balik siang dengan Irfan la. Nanti akak bagitahu dia,” jawab Ati. Terpaksalah dia cuti demi papa. Kali ini Sarah pula yang sudah tersenyum-senyum.
“ ok.. bagus..bagus..ha! lupa pulak... lawa tak baju orang,” tanya Sarah sambil tunjuk ke arah baju yang dibawanya tadi.
“ kau nak pergi mana ni.. hem boleh laa tahan. Aku kena tengok dulu kau pakai baru boleh komen pedas punya.. haha,” jawab Ati pula.
“ ok.. tak apa.. ada ubi ada batas, ada hari aku balas,” balas Sarah pula.
“ eleh... ada satu tempe, ada tuala basah, ada ke aku kesah,” jawab Ati pula dengan pantunnya yang tak berapa nak kena tu. Hahah
“ hahahaa... tak kena pun.”
whatever laa.”

KUALITI HOTEL. Saat ini Sarah sudah pun berada di lobby hotel tempat betch dia mengadakan reunion. Apalah lambatnya Ika, Nawa, Fana ni. Macam lah rumah jauh padahal satu rumah je kot. Ni mesti kes si Fana tu make up tak habis-habis lagi. Tak mungkin Nawa kot, antara mereka empat orang Nawalah yang paling cepat. Hehe.
“ eh Sarah!” tegur Afiqah Zamrose.
“ Bo! Haha.. sebaik kau ada, meh teman aku tunggu si Ika, Fana dengan Nawa,” ajak Sarah. Bobo hanya mengangguk sahaja. Sebetulnya memang mereka sudah lama tidak berjumpa lepas sahaja mula cuti sem akhir mereka. Apa lagi start la gosip mereka, mereka buat seperti mereka sekarang berada di rumah sewa mereka dengan gelak tawanya yang kuat.
            Lain yang ditunggu, lain yang sampai. Sakinah, Alya, Intan yang dilihat baru sampai itu lantas dilambai-lambai oleh Bobo.
“ Korang.. rindunya!” kata Alya. Memang kalau sudah sampai sahaja Alya, Intan, Sakinah itu bisingnya sudah boleh dianggap bagai di pasar sekarang dan bukannya hotel.
“ eh Bobo.. dah tak nak peluk aku ke? Tahu lah aku berbadan dua sekarang.. tapi tak yah lah sombong,” kata Sakinah seperti merajuk. Memang tak disangkakan Sakinah sudah pun menjadi seorang ‘Doktor Kecantikan’. Saat ini dia sedang mengandung empat bulan. Wah antara mereka memang dia yang paling cepat kahwin. Kedua pula Intan Amelia tapi Intan masih belum ada rezeki lagi. Memanglah belum, baru je tiga bulan kahwin. Ala boleh dikira sebagai pengantin baru lagi la ni. Serinya masih ada kot. Haha
“ ala.. ala... mucuk..mucuk.. tak kan nak aku peluk lagi kot. Tak cukup ke abang kau peluk?” balas Bobo. Cepat sahaja tangan Sakinah hinggap di bahu Bobo.
            Akhirnya yang dinanti sampai juga. Apa lagi terkejutlah tiga orang minah tu tengok Sakinah berpakaian gaun hamil yang memang sangat cantik disarung pada badannya.
“ Mana husband kau? Kitorang nak juga tahu siapa yang berjaya pikat kau ni,” kata Fana pula. Masing- masing sudah pun tertawa. Suami Intan tidak dapat turut hadir kerana ada kursus, kesian Intan kan kenalah tidur bertemankan bantal peluk. Haha.
“ ek.. eh.. nak tahu je. Ala nanti dia masuk laa tu. Dia pergi parking kereta jap. Apa kata aku cadangkan sesuatu,” jawab Sakinah pula.
“ APA?” serentak itu mereka bertujuh bertanya. Nasib baik tidak berapa kuat jeritan itu.
“ haha.. korang ni kan.. masuk dalam Ballroom la,”
“ eleh ingat apa tadi... tapi ada baiknya juga tu,” jawab Ika dengan Intan serentak. Kitorang hanya tertawa sahaja. Mereka pun agaknya tak sangka tu boleh fikir benda yang sama.
Wait! Apa-apa pun bersiap sedia okay. Ramai tu kat dalam yang akan bertegur dengan kita. Lagi-lagi kau Sakinah,” kata Sarah sambil tangannya menunjuk ke arah Sakinah.
“ eh asal aku pulak.”
“ adehh lambatnya kau ni.. mesti lah sebab kau dah berbadan dua. Tu lah tak sabar sangat kan,” jawab Nawa pulak. Terkejut juga kitorang dengar Nawa cakap macam tu. Sarah hanya mengangguk sahaja tanda bersetuju dengan kata-kata Nawa.
“ eleh biarlah.. jeles lah tu. Aku yang buat pun.. bukannya mintak tolong kau,” balas Sakinah pula. Nawa hanya mencebik muka. Haha.
“ dah..dah.. gaduh laa pulak kang. Jom masuk,” kata Sarah pula. Mereka semua hanya menurut sahaja.
            Sebaik sahaja kaki melangkah masuk, suasana sudah pun hingar-bingar dengan masing-masing sudah pun saling tegur-menegur.
Alya, Sakinah, Bobo, dan Intan sudah pun mula operasi menegur mereka. Lagi-lagi Alya dia kan jenis yang sudah terlebih peramah banyak mulut la kiranya. Haha. Tahu dek dia aku cakap macam ni memang dah rasa lah penangan dia.
“ Opss!” Sarah tiba-tiba.
“ asal kau?” Ika pula bertanya. Nawa hanya memandang sambil menatikan jawapan yang keluar dari mulut Sarah.
“ tak ada apa.. tapi cuba korang tengok kat sana.. especially FANA!” jawab Sarah pula sambil tangannya menunjuk ke arah dua orang lelaki yang sedang leka berbual. Fana sudah pun terlopong.
“ asal aku tak tahu dia datang ha? Kowang kata.. kowang ajak Din je, asal lak ada mamat tu sekali?” tanya Fana pada Ika dan Nawa. Sarah yang mendengar tu sudah terasa bahang amarahnya. Sengalnya kawan, kau nak kenakan aku ea? Ha, padan muka kan dah kena batang hidung kau.
“ mana la kitorang tahu. Kitorang memang ajak Din tapi tak tahu lah dia ajak ‘julap’ sekali.. hehee..” jawab Nawa pula.
“ ehh.. cop..copp.. kitorang nak surprise kan kau Sarah.. tak kan kau tak marah or rasa pape nampak dia kat sini? Like..kau dah tak ada mood or apa-apa je la,” tanya Ika pula.
“ asal lak aku kena rasa macam tu?” jawab Sarah. Dia memang tak rasa apa-apa pun. Tapi kalau lima tahun dulu apa yang berlaku depan dia ni terjadi , memang sekarang dia dah cari ladies la jawabnya sebab gelabah tengok mamat tu.
“ yela.. bukan kau suka dia ke?” tanya Nawa lagi. Fana hanya tersenyum. Setakat ni hanya dia seorang sahajalah yang tahu dia sudah tiada perasaan lagi dekat Din.
“ aku dah tak rasa pape lagi kat dia la.. korang ni lambat tau.. lain laa kalau kau try Am ke? Ok gak tu an? Haha,” jawab Sarah pula. Dia sudah pun tertawa. Janganlah cakap yang kawan dia percaya apa yang dia cakap. Diorang ni kekadang lurus bendul juga.
“ eh kau suka Am ke? Bukan sekarang kau dalam proses mengenali Kimi ke?” kata Fana pula. Sarah sudah pun membuntangkan mata. Sengal bengal punya kawan. Aku cakap jangan pernah sebut pasal benda tu tapi benda tu juga lah kau nak cakap. Huh.
“ KIMI?!” tanya Nawa dan Ika serentak separuh menjerit. Nasib baik suasana ketika itu masih bising, kalau tidak memang suara diorang lah yang dengar. Sarah masih terdiam. Sememangnya dia memang malas nak cakap pasal hal ini. Lagipun mamat tu bukannya contact or kacau-kacau dia lagi so buat apa nak mengharap lagi. Memang dia tahu jenis lelaki yang macam tu, bila dah lama sikit mesti dia dah lupa.
“ Sarah? Kau dengar tak... kitorang tanya apa ni? Kau jangan nak larikan diri ea.. dengan Fana kau cerita.. dengan kitorang sikit tak nak bagitahu,’’ tambah Ika lagi sambil buat muka la. Apa lagi yang minah tu tahu kalau nak korek rahsia mestilah buat muka, mengajuk and macam-macam lagi.
“ A...a..ak..aku..”
“ Hey guys! Lama tak jumpa korang.. sikit tak nak tegur aku kan.. aku pulak kena datang sini. Apa ingat korang anak raja ke ha?” tegur Mira tiba-tiba. Alhamdulillah. Selamat juga aku daripada kena jawab soalan diorang. Fana ni pun satu, ada ke patut dia tinggal kan aku dengan Ika and Nawa lepas dia dah terlepas cakap. Memang dah tahap gaban punya sengal la dia tu. Mira thanks.. selamatkan aku, ucap Sarah yang tidak didengari oleh Mira. Mira sudah pelik tegurannya itu tidak diendah oleh mereka bertiga.
“ OI! Korang dengar tak aku tegur ni!” jerit Mira tiba-tiba. Ha, kan nenek dah marah haha.
“ dengar..dengar.. cool laa  beb.. jangan lah emo. Hari ni kan hari happy kita,” jawab Sarah pula.
“ a’aa laa Mira.. jangan jadi sampai dah tak ingat kawan pula. Time susah je cari kita tapi bila senang punya cerita sikit tak nak kongsi.. betul tak Nawa?” balas Ika pula sambil pandang sinis ke arah Sarah. Nawa hanya mengangguk sahaja tanda bersetuju. Mira masih pening-pening lalat dengan apa yang cuba disampaikan Ika itu. Sarah hanya terdiam dan rasa sedikit bersalah. Bukan dia tak nak cerita tapi nawa and Ika yang sibuk sangat. Lagi pun benda tu bukannya penting pun. Dia bukannya kenal siapa Kimi tu. Entah anak Datuk mana agaknya( eh aku tembak je ni ) ingat dia nak kawan dengan aku er pergi cari ‘member’ lama sambil cuci mata..
“ Ika korang asal ni? Gaduh ek?” tanya Mira sambil jari telunjuknya di tujukan ke Ika.
“ hee kau boleh diam tak ha! Sibuk je nak tau.. huh busybody je,” balas Ika separuh menjerit. Terus Ika berlalu dari situ.
Mira dan Nawa hanya berpandangan tak berkelip mata apabila Ika cakap dengan nada begitu. Mana tidaknya minah tu memang jarang nak marah-marah orang. Lain lah kalau Sarah tu , memang dari sekolah lagi suka marah orang. Tapi sekarang dah berubah la pula.
Well people can change.
“ wuit.. asal minah dua orang tu?” tanya Mira pula.
“ hemm apa lagi, si Sarah tu la tak bagi tau something dekat kitorang,” jawab Nawa.
“ yeke? Pasal apa? Cete la kat aku,”
“ hehehe ntah aku pun tak tau.. eh kau dengan Syam pe cete?” tanya Nawa dengan senyuman gatal dia tu.
“ eh.. kau tak tau ke? Aku dengan Syam tunang bulan depan. Jemput datang ek, hehehe..”
“ serius? Wah.. bersatu juga korang kan.. moga-moga sampai ke jinjang pelamin okay?”
thanks Nawa.. nanti kau kobar kan laa dekat membe-membe kita ek,” kata Mira lagi. Nawa hanya mengangguk sahaja tanda mengiyakan apa yang dikata Mira.
            MALAM reunion ni tak semua yang datang. Mungkin masing-masing busy dengan kerja diorang. Ya lah masing-masing dah berjaya dalam hidup, ada yang jadi doktor, engineer, akauntan and macam-macam lagi.
            Mira sekarang dah jadi Doktor Pakar Sakit Puan, Aina pula dah ada syarikat sendiri walaupun masih baru tapi sudah mula nak maju. Intan Syarzila, Syepika, Nadia,Adhwa, Rasyid, Nadzmi, Azem, Siva, Khairul and lain-lain semua datang malam ni. Memang tak sangka la diorang semua dah berjawatan tinggi memang ngetop seh gaji-gaji diorang.
“ oitt Sarah!”
Sarah memandang ke arah suara yang memanggilnya itu.
“ ha kau! Nak apa? Pandai kau ek dah terlepas cakap, pastu tinggalkan aku sorang-sorang kat sana an,” balas Sarah pula. Terlihat Fana dan Ibal hanya tersenyum melihat celoteh Sarah yang seakan nenek kebayan sedang membebel.
“ hehehe... eh yeke? Tak ada tadi aku rasa ada orang ajak teman dia makan ha,”
“ eh dah aku pulak yang kena. Orang tu yang datang sini sebab nak lari kan diri la katakan,” kata Ibal pula.
“ eh korang da berbaik ke? Hemm tak lama lagi merasalah aku nasi minyak ni, dah terbau pun ha tak gitu Encik Din kita,” sakat Sarah pula.
“ a’aa betul tu Cik Sarah oi.. dah meledak-ledak baunya ha,” balas Din pula. Apa lagi meledak la ketawa mareka berdua. Biasalah kalau dah bergabung ketawa tu memang tak ingat dunia.
Terdiam kau dua umat tu. Hahaha...
“ kau ni kan Sarah... asyik nak kenakan aku je kan,” kata Fana pula, pura-pura merajuk la pulak.
“ eleh biasa laa tu.. dah tak dapat nak kenakan aku kenakan laa pulak GF aku,” nyampuk Ibal.
WHAT?” serentak Din dan Sarah.
“ wah dah declare ke ni?” tanya Sarah. Din hanya mengangguk sahaja.
Masing-masing terdiam lagi.. apa ek orang tua cakap... diam tanda betul.
“ a...aa..em..mmm...”
“ a...aa..em..mmm... apa nye? Cepat lah jawab..” Din pula, seakan tak sabar.
Bila Ibal mula nak buka mulut...
“ eh..cop..cop... ”
Sarah buka khidmat pesanan ringkasnya. “ eh korang kita sambung nanti ek? I want the answer as soon as possible ye Fana,” kata Sarah pula.
“ eh hang nak pi mana pulak? Aku baru nak bagitau,” kata Ibal pula.
“ huh nak tunggu kau begitau lombab bona.. huh aku balik dulu tau, ada hal,” balas Sarah pula.
            BELUM SEMPAT Fana nak jawab, Sarah sudah pun pergi tanpa bersalaman pun. Apa la hal dia agaknya tu ek? Kata Fana dalam hati.


No comments:

Post a Comment