15
HYE.. CAN WE TALK?" tegur Tasha ketika Sarah baru sahaja habis bercakap dengan nurse nya.
" ouh yeah.. sure.. let's go to my room.. its more privacy right?" jawab Sarah pula.
Asal lak minah ni nak jumpa aku. Dari muka nampak sangat yang dia ni bukan patient aku. Huh aku pun pandai-pandai pulak bawak dia pergi bilik kot dia nak bunuh aku, senang je nanti.
Oi Sarah, yang kau fikir negatif ni apa pasal. Mana tahu dia nak jodoh kan kau dengan adik or abang dia ke. Dari gaya nampak loaded juga minah ni. Ishh gatal juga kau ni kan Sarah.
Tasha hanya mengangguk sahaja tanda bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Sarah. Heyy perempuan.. kau tak payah sok baik laa dengan aku. Huh nampak muka je dah tahu materialistik. Ini mesti kes kau nak kikis duit Kimi kan. Langkah mayat aku dulu laa. Baru kau boleh rasa semua duit Kimi tu. Only me can have him.. not you or anyone.
" ye .. can I help you? Ada apa Cik nak jumpa saya?" soal Sarah dengan lembut sebaik sahaja punggung mereka cecah di atas kerusi.
" don't you know me...?" soal Tasha kembali.
Hai minah ni nampak macam nak main teka-teki pulak dengan aku haa.. apa ingat dia tu artis korea ke yang wajib aku kenal. Huh sengal punyal soalan daa..
" sorry? Do I know you?" soal Sarah kembali. Haa amek kau kan dah kena tanya balik. Huh ni mesti dulu sekolah dia, cikgu tak ajar cara betul nak tanya soalan.
" really? Didn't Kimi tell anything about me?" tanya Tasha kembali. Aku masih boleh bersabar lagi dengan kau perempuan. Jangan sampai kau malu dekat tempat kerja kau ni. Aku dapat tahu, hari ni baru masuk hari ketiga kau bertugas. So beware with all your words. Kata Tasha dalam hati. Dia sudah pun membuat muka seperti menyampah memandang muka Sarah.
Kimi? Wait..wait.. aku rasa macam aku pernah jumpa je minah tak cukup kain ni. Haa... KLCC. Time tu dia tengah makan dengan Kimi. Tapi asal pulak dia jumpa aku ni. Hishh aku tak nak buat masalah kat sini. Hai cik kak kalau nak cari gaduh dengan saya, tunggu kat simpang beb.. ni tempat kerja aku laa.. so be profesional okay.
" so how?" soal Tasha lagi dengan lebih tegas. Apabila Sarah seakan-akan tidak berniat untuk menjawab soalannya.
" ha.. tak ada pun. And setahu saya la, kalau seorang lelaki tu hanya akan cerita pasal seseorang apabila dia betul-betul mencintai orang tu. So apa pulak kena mengena kedatangan you dekat sini dengan hal Kimi?" sindir Sarah.
Oi minah kalau kau nak main api dengan aku, maknanya kau silap besar laa beb. Jangan nampak muka aku yang ayu ni kau boleh senang-senang pijak. Huh. Don't judge a book by its cover okay?
" heii you jangan kurang ajar dengan I ye. You don't know me.. I can do whatever I WANT! Jadi I nak you jauh kan diri dari Kimi. He is MINE! NO one can have him, only me..ONLY ME!" kata Tasha pula dengan hangin nya. " dan you perempuan, I tahu laa apa sebab you nak kawan dengan Kimi sebab duit kan.. haha berapa banyak dah dia bayar you? You are same with his other girlfriends.. so jangan perasan sangat laa yang dia suka kau. Muka pun macam tak cukup zat ada hati nak bercinta dengan orang kaya.. kesian.kesian.." kata Tasha lagi dengan angkuhnya. Puas hati aku.
Ini dah kasar ni sampai bayar berapa bagai. Kau ingat aku pelacur kee haa... heii iman aku masih kuat laa bukan macam kau. Kata Sarah dalam hati dengan amarah nya sekali.
Wah ini pasal berebut lelaki laa ni. Cehh bukan cara aku laa bergaduh sbab lelaki ni lain lah orang yang aku gaduhkan tu suami aku. Barulah bermati-matian aku pertahankan hak aku sebagai seorang isteri. Ni hubungan pun tak sah lagi, ada hati nak cakap yang ' he is MINE!'. Blueek! Nak muntah aku dengar.
Sarah menepuk-nepuk tangannya dan ketawa sebaik sahaj Tasha selesai berkata.
" dah.. dah habis cakap? Boleh I cakap sekarang?" soal Sarah. Tasha yang melihat wajah selamba Sarah itu makin membuatkan dia semakin berapi. Tasha hanya menghadiahkan satu jelingan maut kepada Sarah apabila dia ditanya soalan sebegitu.
" you dengar apa yang I nak cakap ni.. kalau la you susah-susah datang office I ni just to ask me to go away from Kimi's life. Tak payah laa. Buat habis beras je! I tak perlukan khidmat you untuk bagi nasihat dekat I. I tahu apa yang I patut buat dan tidak patut I buat... ayah I dah cukup bagi didikan dekat I so you tak payah susah ye.."
Dilihatnya muka Tasha sudah pun merah apabila free.. free je kena ceramah dengan aku. Haa amek kau.. padan muka. Sarah sudah pun mengangkat tangannya sebagai tanda untuk Sarah kembali diam.
" diam! Aku tak habis cakap lagi ni.. kau tak patut serang aku.. kau pergi tanya Kimi tu apa sebenarnya perasaan dia dekat kau bukan aku. Dan kau tu bukannya tuhan sampai kena menentukan kan jodoh kimi. Kononnya 'HE IS MINE!'.. woi tak de tuhan ke sampai kau cakap macam tu. Semua makhluk dekat muka bumi ni hak Allah bukan kau laa. And ubah la cara pakaian kau ni.. buat mata aku rosak je tau.."
Tasha yang sudah pun membuka mulut untuk membindas kata-kata Sarah itu pantas sahaja dipotong oleh Sarah.
" ehh.. cop..cop.. sikit lagi. Sekarang dengan rasa meluat aku dekat kau, kau KELUAR dari bilik aku sekarang! Dan jangan pernah tunjuk kan muka kau depan aku. Kau nak sangat Kimi kan.. aku pun tak hadap sangat laa dekat dia..huh," kata Sarah lagi.
" kau...kau. tunggu je laa apa aku akan buat dekat kau nanti. BEWARE! Aku akan pastikan hidup kau tak akan senang.. kau jangan panggil aku Tasha, kalau aku tak dapat pisah kan Kimi dengan kau. Aku tahu Kimi suka kau sebenarnya, tapi aku tak kan benarkan benda tu terjadi lagi mulai saat ni. Dan jangnalah selepas ni kau akan dapat jumpa dia."
Kata Tasha sebelum berlalu pergi. Dihempasnya pintu seperti bapak dia pulak yang beli pintu tu. Huh.
Aku percaya Alah akan sentiasa bersama dengan orang yang dianyai. Huh kusut..kusut. patutnya dari awal lagi aku sedar yang Kimi tu anak orang kaya. Kau tak payah suruh aku laa Tasha, aku sendiri akan jauhkan diri dari dia. Tak payah laa kau susah susah nak jahanam kan hidup aku, sebab aku tak kan ganggu korang lagi.
Tak boleh aku nak buat kerja macam ni de... nak pergi mintak half day la dengan Doc. Haikal.
Diketuknya pintu, tapi tidak ada suara pun yang menyuruhnya untuk masuh. Tapi dibukanya juga pintu itu. Dilihtanya bilik itu kosong. Tapi ada lagi satu pintu berdekatan dengan tempat duduk ketuanya. Saat dia ingin membuka pintu itu, terdengar dia akan suara Haikal dan Am yang sedang rancak berbual. Dibukanya sedikit pintu itu untuk mendengar dengan lebih jelas apa yag dibualkan oleh mereka.
" Am.. aku tak tahu laa macam mana akhirnya hubungan aku dengan Ika. Kesian juga aku bila tengok dia macam tu. Huh susahnya ada family macam ni," kata Haikal pada Am.
" ada ke dia mengungkit dengan kau?" soal Am pula.
" tak ada laa... walaupun dia tak cakap tapi aku tahu sangat yang dia terasa dengan family aku. Aku sayang sangat dia wehh, macam nak mati pun ada. Aku tak boleh bayangkan hidup aku tanpa dia.. for sure I can't live without her.."
" eleh.. aku pun dulu macam kau. Boleh je aku hidup tanpa dia. Selagi ada tekad, benda tu mesti kita boleh buat punya. Kau je yang melebih-lebih. Ika.. aku rasa tak pernah pun fikir macam tu. Dia faham laa situasi kau tu," kata Am lagi.
Huh andai kau tahu Haikal macam mana aku terpaksa menanggung semua rindu aku terhadap dia disebabkan perbuatan aku sendiri. Yang pasti, aku tak kan pernah maaf kan sikap aku terhadap dia selama ini. Sebab tu lah seboleh mungkin aku tak nak jumpa dia lagi sebab aku tak naksakitkan hati dia lagi.
" Bro! You still love her?ala mengaku je laa dengan aku. Sekarang dia dah kerja kat hopital ni, patut laa kau kerap datang sini kan.. kau perhatikan dia dari jauh ea? Tak kan dengan aku pun kau nak berahsia kot. Kita dah kenal lama kan beb," soal Haikal pula. Haikal sudah pun mengangkat-ngangkat keningnya menunggu jawapan.
Sarah yang di luar bilik, berdengup kencang jantungnya menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Am. Aku kah orang yang dimaksud kannya.. patutlah aku marasa ada orang yang melihat aku tapi aku tak tahu siapa.. mungkinkah orang tu AM?
" haha.. yes I'm still love her.. and I will love her forever and ever.. walaupun aku jasad aku dah habis dimamh bumi.. tapi aku tak boleh buat apa dengan perasaan aku. Aku dah sia-sia kan peluang yang aku ada dulu dan sekarang she have new one.. good looking, better than me.." jawab Am.
Sarah sudah pun terduduk apabila mendengar jawapan dari mula Am. Dia pasti sepasti mungkin yang Haikal dan Am sedang bercerita mengenai dirinya. He still love me.. kata Sarah. Tapi siapa lelaki yang dimaksudkan Am itu. Dia pernah nampak ke aku keluar dengan Kimi?
" wah ni dah parah ni.. habis tu tak kan kau nak diam je.. rebut laa cinta dia balik. Aku yakin Sarah still cinta kan kau. Beb tunjuk laa yang kau ni jantan sikit, jangan laa jadi macam perempuan duduk dan tengok je apa yang berlaku. Kau ingat ni drama filem ke? This is all about your life.."
" bukan main pandai kau nak nasihat kan aku.. kes kau dengan Ika pun tak selesai lagi ada hati nak nasihatkan aku. Dah laa aku nak balik.. malas layan kau ni. Good luck. Aku cadangkan dekat kau, bawa lah Ika jumpa parents kau. Diorang mesti paham punya. Lagi pun, Ika berkejaya apa. Gila tak nak menantu macam tu. Kalau aku pun aku nak.. dah laa berkejaya, lawa, berdikari, macam-macam lagi laa," kata Am pula.
" wah rilex Bro.. awek aku tu.. haha. Kalau kau nak aku boleh minta tolong Ika satu kan korang. Lagipun, diorang tu bestfriend. Memang kamcing giler laa." Haikal pulak memberi cadangan mengarutnya itu.
" kau jangan nak mengada-ngada ea.. kalau aku nak, biar aku buat sendiri kau jangan masuk campur. Pergi urus kan hal kau dengan family kau tu dulu," jawab Am. Seterusnya dia berlalu ke arah pintu tanpa menunggu jawapan dari Haikal.
Izdham sudah pun terkejut dengan apa yang dilihatnya kini. Sarah dengar ke apa yang aku cakap tadi. Hopefully laa dia tak dengar. Ala dia datang ni pun mesti nak jumpa dengan Haikal laa. Tapi kenapa mata dia macam dah nak nangis. Kalau lah aku dapat seka air mata dia saat ni, akulah manusia yang paling happy waktu tu.
" Dr. Sarah? Buat apa dekat sini?" soal Haikal. Am sudah pun bersiap sedia untuk berlalu. Tapi laluannya dihalang oleh Sarah. Am kembali memandang Haikal, tetapi Haikal hanya menjungkit bahu.
Am dan Sarah masih membatukan diri. Diam seribu bahasa. Masing-masing ego. Tiba-tiba..
" Sayang.. jom..lu," panggil Ika. Belum sempat ayat dia di habiskan, sudah ditutup mulutnya apabila melihat Sarah ada di situ. Ika kembali memandang Haikal. Haikal sudah pun menarik Ika.
" kalau korang nak berbincang boleh.. tapi jangan sampai bilik aku ni jahanam pulak ye.. aku tahu banyak yang korang nak cakap.. BYE!" kata Haikal pula. Ika sudah pun memukul Haikal kerana berkata begitu. Dia tahu sangat ini pasti Sarah berasa amat sedih. Haikal sempat memberi ucapan semoga berjaya kepada Am.
Hanya tinggal Am dan Sarah sahaja di bilik itu. Masing-masing masih membisu. Ketika Am ingin melangkah keluar...
" I wants you to say it again.. infront of me now!" kata Sarah tiba-tiba. Biarlah kalau orang nak cakap dia ni perempuan tak tahu malu sampai minta lelaki cakap I love dekat dia. Janji dia tahu jawapan disebalik semua soalannya.
" cakap apa.. I tak faham laa."
" jangan buat tak tahu boleh tak haa! Jangan laa seksa perasaan I lagi. If you love me.. say it again! Susah sangat ke?" bentak Sarah sambil tangannya memukul-mukul badan Am.
" I tak boleh... I tak nak sakit kan perasaan you lagi. Just ignore apa yang I cakap dekat Haikal tu," jawab Am pula. Dia memang teringin hendak menyebut kalimah teragung itu.. tapi dia tak mampu. Dia takut dia tak sempat..
" KENAPA! Mudah sungguh you suruh I lupa kan. Apa you ingat otak I ni macam komputer boleh delete sesuka hati. You never change Am.. never! You masih sama.. I pelik laa kenapa depan I you tak nak cakap perkataan tu.. only three words.. only that I wants to hear from you..! susah sangat ke haa..!" kata Sarah lagi. Saat ini air matanya sudah pun merembes keluar. Mudah sungguh air matanya untuk lelaki ini tapi lelaki di hadapannya ini tak pernah kisah. Dia hanya pentingkan diri je.
Am masih membisu. Dia tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Sebetulnya dia memang tidak boleh mengungkapkan perasaannya terhadap Sarah sekarang. Dia tahu Sarah pasti kecewa dengan dirinya. Tapi itu lah hakikatnya. Sekurang-kurangnya, sekarang dia tahu Sarah masih mecintainya. Itu jelas dari mata Sarah. Siapa lelaki yang bersama Sarah itu sudah tidak penting lagi baginya, dia yakin hati Sarah untuk dirinya.
Kebisuan Am itu membuatkan Sarah semakin sakit hati. Baru tadi aku dengar dengan lancar Am berkata kepada Haikal bahawa dia masih mencintai aku dan akan terus mencintai aku walau tubuh dia sudah habis dimamah bumi. Kenapa! Kenapa! Susah sangat dia nak cakap depan aku. Huh. Malas aku layan dia lagi. Lelaki memang pandai bemain dengan kata-kata.
Sarah menolak tubuh Am apabila dia baru menyedari bahawa dia sekarang berada dalam pelukan Am. Mungkin itu kerana tadi dia menangis dan dia tidak perasan macam mana dia boleh ada dalam pelukan itu.
" don't touch me! Cakap dengan Haikal I tak balik lepas lunch," kata Sarah tiba-tiba. Dia terus berlalu dari itu dan dengan sengaja dia melanggar Am sehingga Am bergerak ke belakang. Am anya melihat Sarah berlalu dengan begitu sahaja. Tanpa berusaha untuk mengejarnya sekali pun.
Sarah.. maafkan aku. Aku yakin suatu saat nanti aku sendiri akan beritahu kau tanpa perlu kau suruh lagi. Maafkan aku..maaf..
DI TAMAN PERMAINAN. Sarah sudah pun membasahi pipinya dengan manik-manik jernih air matanya.
" huh kenapa aku menangis sebab dia. Lantak dia laa tu hak dia sama ada nak bagitahu aku atau pun tidak. Asal laa aku bodoh sangat pergi suruh dia ulang ayat tu walau pun aku dah tahu apa jawapan dia. Huh bodoh nya kau Sarah!" jerit Sarah di hadapan Lake Garden.
" oi apa anak dara..jerit depan tasik ni. Tak malu ke haa..?" tegur satu suara. Sarah sudah pun terdiam. Lantas dia menoleh ke belakang.
" NAWA! Macam mana kau ada sini?" soal Sarah. Pantas disekanya air mata itu.
" aku baru habis keluar dengan Fifi tadi.. kau pulak?" soal Nawa kembali
" aku.. aku jalan-jalan je dekat sini."
" still na tipu. Mati-mati kantoi dengan aku, menangis menjerit bagai tu apa?" tanya Nawa lagi.
" tak ada apa laa..testing nak berlakon. Kau apa cer dengan Fifi sekarang..mesra semacam je aku nampak. Ada hot news ke yang aku tak tahu," jawab Sarah pula.
" dah.. tak pyah kau nak lari topik de.. cerita jee laa dekat aku. Cam ni laa kan kawan.. hermm," merajuk Nawa.
" yela..yelaa aku cerita."
Sarah pun menceritakan apa yang telah berlaku padanya hari ni. Hari ni memang hari nasib malang dia yang paling teruk. Bermula dengan Tasha menyerangnya berkenaan Kimi. Seterus nya dengan Am yang masih dengan degil dan keras kepala. Huh nyebeling bangat seyhh..
" so.. maknanya.. kau nangis ni sebab Am ke?" tanya Nawa. Sarah hanya mengangguk sahaja. Namk menipu pun buat apa. Nawa memang tahu dan kenal siapa Am.
" kau still suka dia ea? Habis tu Kimi macam mana?" soal Nawa lagi. Haii penat aku nak menjawab soalan Nawa haa.. tapi tak pe terasa kurang sikit beban aku.
"aku pun tak tau la.. tapi dapat rasa kan yang aku masih sayang kan dia... apa pulak kena mengena dengan Kimi ni. Kitorang bukannya ada apa-apa pun. Tapi kalau aku tak jumpa Am balik mungkin aku akan jatuh cinta dengan dia tapi aku tak janji laa.. sebab dia macam baik sangat laa dengan aku," jawab Sarah pula.
" hishh kau ni masalah betul laa.. orang buat jahat salah.. buat baik pun salah.. hai masalah..masalah! kau pilih laa yang terbaik.. aku sebagai kawan hanya menyokong kau dari belakang je," Kata Nawa.
" thanks.."
" hishh wehh aku kena balik klink laa.. kau okay tak ni?" soal Nawa lagi sebaik sahaja dia mendapat message.
" haii.. okay laa. Apa ingat aku dah nak mati ke haa.." jawab Sarah pula..
" choi.. mulut. Celupar betul. Tak sayang nyawa ke haa.."
" hehe..dah laa pergi. Lambat pulak kang. Aku okay laa. Nak ambil ketenangan kejap," jawab Sarah. Nawa pun berlalu sebaik mereka bersalam-salaman.
Message Ibal laa...
Oitt..salam.. wehh ko kat ne ek?
Pasl mslh ko 2?? Aku da try tnye Fana n
Dye cakap bg dye masa untk fikir... :O
Terus dihantar message itu pada Ibal..
2 Minit kemudian.. satu message masuk..
Wasalam.. aq skunk on de way nk pi
Korea.. biase la jd drver haa..hahah J
Say to Fana.. aq akn tggu jwpn dye smpi
Bila-bila.. hopefully jwpn yg x mngcewakn..
Telefon Sarah kembali berbunyi. Ini entah kali ke berapa panggilan yang masuk daripada orang yang sama. Apa mamt ni nak haa.. tak tahu ke aku tengah tak ada mood ni, tahap bengang ni. Huh. Dah laa tiba-tiba awek dia tu serang aku .. hai nasib-nasib..
Jngn gnggu I lgi. Pg laa dkt awek u 2..
Jngn jmpe I lgi.. I tak nak ada kaitan
Dengan u lgi.. maaf. L
Terus message itu dihantar kepada Kimi.
Hai mana pulak laa si Sarah ni aku call dia tak angkat-angkat. Huh. Baik tak yah beli handphone macam ni, kalau akhirnya orang telefon tak geti-geti nak angkat.
Kimi dikejutkan dengna bunyi masuk nya khidmat pesanan ringkas. Haa?? Awek? Jngn ganggu? Apa ni? Minah ni sihat ke tak.. tiba-tba hantar message ni pulak. Aku buat salah apa ni. Dua hari lepas kitorang okay je.
ak kan sebab dia dah tahu identiti aku. Hishh tak mungkin. Fana pun cakap dia tak kan masuk campur selagi kawannya itu tidak terluka perasaan nya. Pantas Kimi menekan intercom nya.
" Zack.. masuk bilik aku sekejap..ada benda laa nak cakap. Urgent," kata Kimi.
Dia harus siasat kenapa Sarah berkelakuan begitu. Ini tak boleh jadi. Dia tak kan mungkin dapat melepaskan Sarah. Ketika bersamanya, semua masalahnya seakan hilang. Tak dapat dia bayangkan kalau mama mengaturkaan perkahwinan antara dia dan Tasha. Sebelum hal itu terjadi, dia pasti akan melamar Sarah dahulu.
No comments:
Post a Comment