Sunday, October 23, 2011

14


HYE GIRLS!” tegur Ika sebaik sahaja Sarah and Bobo masuk ke dalam kereta.
               “ Nyah.. janji pukul berapa.. tengok you lambat ten minutes okay!” kata Sarah pula. Hari ni kan first day mereka.. so kena lah tnjukkan prestasi dan sikap yang baik ehehe..
               “ ala beb.. cool sudah. Bukan ni dah cukup cepat ke aku datang. Kau cepat-cepat pun bukannya, diorang dah sampai,” kata Ika pula. Bobo di belakang hanya menunggu masa sahaja hendak menyampuk perbualan mereka berdua.
               “ kau tahu Ika.. kawan kau yang sorang ni dok kejut aku pukul lima pagi. Apa dia ingat aku nak sahur ke haa.. azan subuh pun belum berkumandang lagi,” sampuk Bobo. Tawa Ika dan Bobo sudah pun bersatu, apa lagi monyet kalau duduk dalam kereta ni pun mesti pekak lima minit. Haha. Sarah sudah pun menutup kedua belah telinganya. Nasib baiklah dia pakai tudung, berlapis-lapis telinganya ditutup so tak ada lah pekak sangat.
               “ dah cukup..cukup.. dah sampai pun. Aku turun kan korang kat depan tu. Korang masuk je dulu, tak payah tunggu aku. Lagi pun kita kan lain department and about I don’t think so. But anything happen I’ll inform you, okay?” kata Ika tiba-tiba.
               “ okay no problem laa. Aku pun ada janji lunch nanti. So Bo, how about you? Nak follow aku boleh je,” sambung Sarah lagi.
               “ eh tak ada kerja aku nak ikut kau keluar dengan Kimi de.. apa ingat aku tak ada boyfriend ke haa.. aku pun ada janji ar.. ehhehe..” kata Bobo pula. Hai Bobo.. masa bila aku cakap yang aku nak keluar dengan Kimi haa. Kata Sarah dalam hati. Dia sudah pun pandang Bobo dengan tak puas hati. Minah ni kan mulut dia...
               Tapi aku pelik juga ni, selalunya Ika akan soal dari A sampai Z. Tapi hari ni asal dia macam lain je, happy semacam.. hem tak pe laa, asalkan dia bahagia. As long as she happy, I’m happy too.. wah ayat aku pulak, boleh cair sesiapa yang dengar ni. Hehehe.
               Sarah sudah pun berada di department orthopedic itu. Sedang Sarah dalam perjalanan untuk mengambil buku laporannya dan punch card. Dia perasan akan seorang lelaki yang amat dikenali pada suatu ketika dulu. Tapi dia tidak pasti dengan apa yang dilihatnya itu kerana dia hanya melihat sepintas lalu sahaja.
               Sarah kembali menoleh ke belakang untuk melihat lelaki itu tapi tiada. Sarah berlalu ke arah seorang wanita yang dalam lingkungan 30-1n itu. Sarah sempat juga memberikan senyuman seikhlas mungkin pada wanita di hadapan nya ini.
               “ maaf.. boleh akak tanya?” soal Mai. Cantik sungguh wanita di hadapannya ini. Adakah dia doktor baru yang sibuk diperkatakan dua tiga hari lepas. Kalau ya, memang lawa sesuai dengan kerjayanya sebagai seorang doktor.
               Sarah hanya membalas dengan anggukan dan senyuman sahaja. Dia sibuk mencari buku laporan dan card nya untuk di punch kan. Melihat keadaan Sarah itu, pantas Mai menghulurkan card dan buku laporan itu pada Sarah.
               “ terima kasih.. kak..?” tanya Sarah.
               “ Maimunah. Panggil je Kak Mai.”
               “ ouh terima kasih Kak Mai. Saya Murni Maisarah. Panggil Sarah je. I’m new here. Tolong beri tunjuk ajar ye,” sambung Sarah lagi.
               “ ouh ye? Doktor? Cantik nama.. macam orangnya juga,” kata Mai lagi. Sarah hanya tersipu malu.. hehe berapa orang da cakap.. eh Sarah tak baik laa riak. Astagfirullah al azim.
               “ akak! Bilik Doktor Haikal mana? Saya ada janji kena jumpa dia laa. Because I’m new here so I don’t know where his room,” tanya Sarah pula.
               “ ouh Doktor Haikal.. hem tak pe.. nanti akak panggil kan seseorang untuk tunjuk kan Sarah bilik Doktor tu,” kata Mai pula. Sarah hanya mengangguk dan ucap terima kasih pada Kak Mai.
10 minit kemudian...
               “ Sarah!” panggil Mai. Sarah yang sedang leka membaca artikel itu terus menutup majalah yang dibacanya dan pergi ke arah Kak Mai. Alangkah terkejut bin beruk nya Sarah, rupanya lelaki yang dilihatnya itu sememangnya lelaki yang dia kenal dulu tapi asal mamat ni macam tak kenal aku. Tak kan aku salah orang pulak.
               “ Sarah.. Sarah ikut dia ni.. nanti dia tunjuk bilik Doktor Haikal,” kata Kak Mai. Sarah hanya mengangguk tanda setuju. Dilihatnya mamat di sebelahnya ini tapi lelaki ini masih buat don’t know je. Huh.
               “ ok kak..tapi dia ni siapa? Macam mana dia tahu selok belok hospital ni.”
               “ ouh.. dia ni sepupu akak.. kenapa nak kenal ke? Hemm bagus juga tu, dia ni pun dah lama single. Harap muka je hensem tapi awek elek,” jawab Kak Mai. Sarah hanya tergelak mendengar jawapan Kak Mai itu.
               “ hishh apa akak cakap macam tu. Malu laa saya. Saya je yang tak nak awek, malas laa.. okay jom laa I tunjuk kan bilik Doktor Haikal,” kata Am pada Sarah. Seakan akan tidak megenali siapa gadis di hadapannya ini.
               Sepanjang perjalanan, Sarah diam seribu bahasa. Tidak berani dia hendak menegur lelaki di sebelahnya ini. Tapi dari tadi ada juga aku perasan mamat sebelah aku ni dok curik-curik pandang aku. Hai cik abang oi, kalau nak cakap dengan saya tegur je. Sya tak marah pun suka ada laa.. hishh kau Sarah, pantang nampak lelaki hensem. Hehe.
               “ Ni bilik Doktor Haikal.. good luck. Selamat bertugas,” kata Am. Tanpa sempat Sarah menjawab lagi, Am sudah pun menoleh kembali wajahnya.
               Maafkan aku Sarah. Bukan niat aku nak buat kau macam ni, tapi aku still tak dapat buang perasaan aku kat kau. And aku tak dapat terima sikap aku pada kau dulu. I just don’t want to hurt your feeling for the second time. Aku harap.. kau tak kan mengharapkan apa-apa daripada seorang lelaki yang bernama Izdham.
               Sarah terdiam melihat kelakuan lelaki di hadapannya kini. Sikit pun dia tak toleh pandang aku.. Sarah kembali buka mata yang dipejamnya tadi. Kalau kau pandang aku, aku tahu yang kau masih ada perasaan dengan aku.. Am aku tau tu kau, walaupun kau buat macam tak kenal aku.. but i’m very sure that is  you. Pandang aku Am..pandang..pandang..
               Sarah sudah mula hendak berasa hampa. Ya kau memnag dah tak ada perasaan lagi kat aku. Tapi jangan laa buat aku macam ni. Tak cukup ke dulu kau. Heii stop Sarah jangan nangis sebab dia lagi, cukup airmata yang kau bazirkan dulu.
               Am kuatkan dirinya untuk toleh ke belakang. Dia yang melihat Sarah masih memandangnya, tanpa disedari dia telah memberikan senyuman kepada Sarah. Sarah yang melihat, kembali berbunga hati dia.
               Aku tahu kau pun rasa benda yang sama. Buktinya kau tetap pandang aku kan walau pun kau berusaha untuk tak pandang aku. Aku tak dapat tipu diri aku yang aku masih sayang kan kau dan aku tahu kau pun rasa yang sama. Tapi sebab kau rasa bersalah dengan aku, that’s why you ignore me right?, monolog Sarah sendiri.
               Am sudah pun hilang dari pandangannya. Ditolehnya pintu disisinya itu. Tanpa disedari, setitis demi setitis air matanya jatuh.
               Heii..Sarah stop it laa. Cubaa laa kau kuat sikit. Dia dah tak nak kau tu, so jangan laa terhegeh-hegeh pulak. Si Kimi yang suka kau tu kau buat tak tahu. Huh tak pham betul aku dengan kau ni. Si Am tu dah banyak kali sakitkan hati kau tapi kenapa kau masih nak juga dekat dia. Apa dia agi kau ubat pengasih ke haa..? kata hatinya.
               Arggghhh! Aku tak tahu.. yang aku tahu aku masih sayang kan dia. Walaupun aku rasa macam nak tembak dia sampai mati sekali pun aku tak sanggup nak lakukan sebenarnya. Aku tahu apa yang dia buat tu memang tak layak dimaafkan, tapi aku pun tak tahulah. Kenapa aku mudah sangat nak maafkan dia. Heii tak main laa ubat pengasih ni, syirik laa..
               “ Doc.. Doc tak apa-apa?” tegur seorang nurse yang masih melihat Sarah verada di hadapan pintu bilik Doktor Haikal. Tersentak Sarah dari lamunannya. Pantas diseka air matanya yang jatuh tadi.
               “ ha? Tak apa.. saya okey.. thanks. Awak boleh sambung kerja. I want to see Doc. Haikal,” jawab Sarah. Nurse itu hanya mengangguk dan berlalu dari situ dengan satu tanda tanya.

ASSALAMUALAIKUM!
               Terkejut bin beruk Sarah melihat Ika yang berada dalam bilik Doktor Haikal. Dah laa aku tengah sedih dengan Am tadi.
               Ditambah pyla dengan situasi depan mata aku haa.. wah Ika dasyat kau, bergelak ketawa, bertepuk tampar kau dengan ketua aku. Cehh ada apa-apa ke ni. Kata Sarah dalam hati.
               “ haa..hemm. Sorry. I thought that’s only you in this room. If that case, you finish your meeting first, i’ll wait it,” kata Sarah tiba-tiba.
               Haikal yang masih terkejut itu, masih membuat muka biasa untuk menutup ketakutannya. Takut dia rahsia tentang hubungan dia dan Ika akan terbongkar. Bukan sebab dia tak berani berterus terang tapi ini semua sebab faktor family. Ika sendiri juga sudah maklum dengan masalah yang menimpa hubungan mereka.
               no.. we are done,” kata Ika pula. Terus dipandang ke arah Haikal. Dan Haikal hanya mengangguk sebagai dia paham akan isyarat itu.
               Ika yang lalu di sebelah Sarah, tidak mampu hendak memandang muka temannya itu. Hai tahu kau takut nak pandang aku. Ni memang aku pasti tahap sepasti mungkin yang dorang mesti ada sorok something. Woo tak pe tak nak cerita kan..nanti aku carik tahu sendiri. Ala Ika kau dengan aku mana boleh sorok rahsia lama-lama..hahaa
               “ EHEM!.. you pandang apa lagi tu? Duduk! Saya ada banyak benda nak cakap,” kata Haikal pula.
               Hai hensem juga ketua aku ni. Hai melepas suda. Ni kan Ika punye buah hati. Mana aku tau, aku tau laa.. cara dari ketua aku pandang and Ika pandang.. aku tahu laa..
Well aku ni kan tahu je perasaan orang tapi perasaan aku pun..hemm..
1 Jam kemudian...

               Sarah yang lalu di hadapan meja Kak Mai dipanggil olehnya.
               “ kenapa? Tadi datang happy ni balik moody kenapa?” soal Kak Mai.
               “ hehe.. tak ada laa.. penat je. Yelaa Doktor Haikal bagi macam-macam kerja. Well orang baru laa katakan so kena la dengar cakap bos,” jawab Sarah pula.
               “ pandai laa awak! Ala Doktor Haikal tu sporting laa tapi dia banyak sangat rahsia and family dia tu care abaout status and keturunan. Akak dengar cerita, dia nak jadi Doktor ni pun mak dia tak bagi sebenarnya tapi dah minatkan nak buat macam mana,” celoteh Kak Mai
               Wah info baru ni. Mungkin ni kot sebab kenapa dorang rahsia kan relationship dorang.. hemm cubaan yang baik. Kuat juga akak depan aku ni bergosip. Wahh hahaha.. dah jumpa partner baru. Silap-silap aku datang sini bukan kerja dok dengar hot news dari Kak Mai.
               “ ouh yeke kak? Sian dia kan. Okay laa kak.. saya pergi dulu..dah bising,” kata Sarah lagi sambil menunjuk phonenya itu.
               Hai mamat ni tak geti sabar ke haa.. dah laa ajak orang lunch, lepas tu nak call call pulak. Huh. Apa laa nasib. Macam mana laa aku boleh pulak terperangkap pergi lunch dengan Mr.Ms ni.
               Sarah yang merasa ada seseorang yang memerhatikannya ketika dia hendak melangkah masuk ke kereta Kimi.
               “ heii asal? Why?” soal Kimi.
               Sarah hanya menggeleng dan kembali masuk dalam kereta. Kimi meneruskan perjalanan mereka.
               so.. how your day? Macam mana kerja?” soalnya lagi.
               “ huh tired.. very tired. Rasa macam nak balik rumah tidur je.”
               really? Nak I hantar kan ke?” tanya Kimi lagi. Sarah hanya tersenyum. Argghh tal boleh betul aku pandang senyuman dia. Boleh cair dibuatnya.
               “ eh tak payah. I tak interupt your work ke ni? Nanti ada pulak yang mengungkit,” tambah Sarah lagi.
               “ haha.. mana ada ganggu laa. Kan I nak jadi tunang you lepas ni, so kena laa berlatih ambil and hantar you balik. Heii by the way, where is your car?” jawab Kimi dengan selamba.
               “ jangan perasan laa. Siapa pulak laa nak jadi tunang dia.. siapa lagi kalau bukan adik ipar kesayangan you tu yang ambil kunci kereta I tak pulang-pulangkan,” kata Sarah pula.
               Kimi hanya memandang dengan senyuman menggodanya ke arah Sarah. “ WHAT? Don’t look at me like that.. scary you know?” kata Sarah lagi. 
               Tersembur gelak Kimi. Hihsh mamat ni kalau sehari tak ketawakan aku agaknya dia mati tak.. ada je benda yang buat dia ketawa kan aku..
               “ okay..okay.. sorry! Kelakar tengok you buat muka macam tu. Tapi sweet laa. I just lawak je dengar you cakap ‘  jangan perasan laa. Siapa pulak laa nak jadi tunang dia.. siapa lagi kalau bukan adik ipar kesayangan you tu yang ambil kunci kereta I tak pulang-pulangkan’...”
               “So whats the problem..?” soal Sarah.
               “ kata tak nak jadi tunang I. Tapi kenapa pulak you mention Irfan as my brother-in-law.”
               “ ha..hem.. sahaja.. nak kena kan you.. dah la.. cepat makan nanti lambat pulak saya masuk kerja,” jawab sarah. Kimi hanya tersenyum melihat gelagat Sarah yang seakan budak kecik. Mana tidak nya, ada sos di tepi bibirnya. Lantas Kimi mencapai kain yang disediakan itu dan mengelap sos di tepi bibir Sarah.
               Sarah yang terkejut dengan tindakan Kimi itu, terus mencapai kain yang diguna Kimi dan mengelapnya sendiri. Hishh mamat ni malu aku orang tengok. Gaya macam aku ni isteri dia pulak..hemm. tapi sweet laa dia buat macam tu. Gentleman.
               Tanpa disedari Sarah ada mata-mata yang asyik memandang mereka. Iaitu Am dan Tasha. Am yang secara tidak sengaja ada janji dengan client disitu dikejutkan dengan aksi Kimi mengelap bibir Sarah.
               Tasha yang melihat seakan akan ingin menampar perempuan yang disebelah Kimi itu. Pantas sahaja Kimi menolak pelawaan dia untuk makan bersama dengan mentah-mentah. Nasib baik dia ikut kereta Hakimi tadi, jadi dia tahu la apa punca nya Kimi berubah sikap dan mungkin juga hati. Siap kau perempuan mati kau aku kerjakan!

No comments:

Post a Comment