Saturday, August 13, 2011

8
Datuk Halim masih menanti Kimi yang dijadualkan akan muncul di pejabatnya untuk mula bekerja pada pagi ini. Tapi hampir sejam menunggu Kimi masih tidak muncul-muncul lagi. Lantas tangannya mencapai telefon di atas meja untuk menelefon Halimah, isteri kesayangannya itu. Sememangnya Kimi memang banyak mengikuti sikapnya antaranya adalah sikapnya yang keras kepala itulah yang paling ketara pada anaknya itu.
“ Hello..Mah ni abang ni..”
“ ha abang..ada apa call ni?”
“ tak ada apa.. saya nak tanya anak bujang awal tu dah keluar ke pejabat belum?” tanya Datuk Halim pula. Saat ini dia merasakan isterinya itu pasti tidak tahu menahu akan keputusan Kimi yang hendak bekerja di syarikat keluarga mereka. Dulu Kimi pernah mengutarakan hasrat untuk tidak bekerja di syarikat Datuk Halim selagi dia tidak menimba pengalaman di tempat orang.
“ Kimi? Saya tak tahu pun dia nak masuk pejabat hari ni. Yang awak pun satu, kenapa tak bagitahu saya.”
“ Puan Halimah oi.. saya telefon ni bukan nak dengar awak membebel.. saya tanya mana anak awak tu? Dari tadi saya tunggu kat pejabat ni, batang hidung dia pun tak nampak.. dah nak dekat sejam ni saya tunggu.”
“ memang la awak tak nampak batang hidung dia.. dah tuan dia dok membuta lagi dalam bilik. Awak pun satu.. dah tahu kenapa tak ingatkan dia.”
“ hish awak ni dok membebel je dari tadi. Kan saya ada mesyuarat tadi. Dah pi kejutkan anak awak tu. Cakap dengan dia kalau dia tak masuk pejabat hari ni.. semua duit, kad kredit saya potong,” kata Halim pula. Biar sekali-sekala anaknya itu tahu rasa sikit. Kepala dia sahaja pula yang kita kena ikut, ni kepala mak bapak dia tak nak pula ikut. Anak muda zaman sekarang, tak macam dulu dengar kata ibu bapa.
“ eh awak ni.. sampai macam tu sekali pula. Yela saya kejut,” jawab Halimah yang masih ingin membela anak lelaki kesayangannya itu. Mana tidaknya, Kimi itu seorang sahaja anak lelakinya.
“ dah la..awak dok membela anak awak tu. Dah saya nak sambung kerja ni. Ingat pesanan saya tu. Assalamualaikum!”
“ Waalaikumsalam,” balas Datin Halimah. Terus diletaknya ganggang telefon itu. Anak bujangnya itu perlu dikejutkan kalau tidak sampai ke subuh pun dia boleh lagi tidur dengan nyenyak.

            Farhana yang sudah lama berada dalam bilik Datuk Halim terkejut apabila melihat orang yang diperkenalkan Datuk itu adalah satu-satu anak lelakinya. Maknanya kalau Datuk mati nanti semua harta dan syarikat ni jatuh dekat anaknya itu. Ish jahat aku ni sampai fikir Datuk mati lak.
“ hye Fana..” tegur Kimi sebaik sahaja mereka keluar dari bilik papanya. Untung juga papa tak marah kerana dia lambat masuk. Sememangnya dia sungguh lupa yang dia kena masuk pejabat hari ni. Waktu mama kejutnya tadi, dia terkejut juga lagi terkejut teruk dia apabila papa mengugutnya akan potong semua kemudahan yang papa bagi kalau dia tak masuk pejabat hari ni. Nak tak nak., terpaksalah dia pergi ke pejabat juga walaupun dia berasa letih yang teramat.
“ hye..” hanya sepatah sahaja yang Fana jawab. Entah Sarah tahu ke tidak yang si Kimi ni sebenarnya anak Datuk. Sebenarnya, Fana sudah nekad untuk memberitahu Sarah tentang perkara ini tapi sepertinya Kimi dapat mengesan keinginannya itu.
“ eh sombong nampak adindaku ini? Kenapa?” tanya Kimi. Dia masih menggunakan panggilan mereka dahulu sewaktu keluar dengan Sarah. Sarah? Bagaimanalah keadaan dia sekarang. Lepas sahaja mereka memulangkan phone masing-masing lansung dia tidak contact Sarah lagi bukan kerana dia sudah lupa akan Sarah tapi dia sibuk keluar bersama Zakuan, teman rapatnya yang baru sahaja habis belajar di Washington, London.
“ maaf..Encik Hakimi, kita sekarang di pejabat so formal okay? Nanti Datuk nampak, habis saya dikatanya ponteng kerja,” balas Fana acuh tak acuh. Pandangannya tertumpu pada skrin komputer sahaja lansung tidak memandang wajah lelaki yang sedang duduk di hadapannya itu. Sememangnya dia geli-geleman mendengar Kimi berkata begitu ketika di pejabat. Kalau ada rakan sekerjanya yang melihat, tak ke akan timbul gosip baru.
okay fine.. but one thing you must remember..” jawab Kimi.
what is it?’
don’t ever...ever..told Sarah about this,” balas Kimi lagi. Dia tak nak Sarah tahu yang dia ni anak Datuk. Dia tak nak Sarah berkawan dengan dia kerana dia anak Datuk. Dia perlukan keikhlasan dalam persahabatan yang baru hendak bermula ini. Walaupun dia tahu Sarah bukan perempuan materialistik tapi ini hanyalah sebagai langkah berjaga-jaga.
“ apa awak ingat Sarah nak sangat tahu pasal awak ni anak siapa ke ha? Awak jangan ingat semua benda boleh dibeli dengan wang ringgit,” jawab Fana. Geram betul dia dengan cara Kimi menyuruhnya untuk tidak memberitahu Sarah seolah-olah dia menganggap Sarah sebagai perempuan materialistik.
“ eh saya tak kata pun nak beli dia dengan duit saya. Duit-duit tu semua bukan saya yang punya pun. Yang awak nak emo ni kenapa? Sarah ada cakap dia suka saya ke?” soal Kimi lagi kali ni disertakan dengan senyuman yang kononnya dia seorang yang hebat. Makin meluat si Farhana melihat wajah tu tercongong di hadapannya. Ditambah lagi dengan kening yang diangkat-angkat dengan sengaja.
“ saya tak suka campur adukkan kerja dengan peribadi okay.. so why not you leave now.. I have a lot of work to do.. so please be understanding okay,” balas Fana pula. Malas dia hendak melayan bos barunya ini.
“ okay...okay... fine.. saya keluar dulu... berbahagialah dengan kerja awak tu.. and one more things... sampaikan salam saya dekat bestfriend awak tu,” jawab Kimi sebelum berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari Fana.

            Sarah masih menanti Fana di gelanggang badminton pada petang itu. Tiba-tiba sahaja dia mengajak bermain badminton untuk menghilangkan tension sekali membincangkan tentang sesuatu perkara, entah apa yang nak dikatakan entah. Katanya mustahak tapi setakat ni tak ada apa yang mustahak selain usahanya untuk mendapatkan pekerjaan di HUKM( Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia ). Masih ingat lagi akan perbualannya dengan Bobo kelmarin.
“ Sarah! Kau dah dapat kerja belum?’ tanya Afiqah Zamrose yang memang dari sekolah lagi digelar sebagai Bobo.
“ ha aku? Belum lagi. Tapi aku dah mohon kat HUKM. Eh kau dah dapat ke?’
“ yuppy! Aku dah dapat dah. Ni pun baru dapat surat tu yang aku terus call kau.”
“ ouh yeke.. tahniah.. hemm kau dapat mana?” tanya Sarah lagi.
“ aq dapat.. kat Hospital Besar Seremban. Aku kan anak jati Negeri Sembilan. Ala kau tahu je laa pak cik Zamrose tu, dari aku sekolah sampai nak kerja ni mana ada nak bagi aku pergi jauh-jauh meti nak duduk bawah ketiak dia,” jawab Bobo panjang jela. Mana tidaknya lama tidak berbual dengan temannya itu selepas cuti sem akhir mereka bermula. Memang tahun hadapan mereka akan graduate tapi pekerjaan sebelum mempunyai gelaran doktor ini hanyalah untuk mereka belajar cara-cara selepas nanti bergelar doktor. Walaupun hanya doktor sahaja dan bukannya doktor pakar tapi itu sudah memadai.
“ eleh..eleh.. macam perli aku je. Hahaa..yelaa dah nama pun ayah kau takkan dia nak berjauhan dengan kau pula. Kau ingat papa aku tu setuju sangat ke aku kerja KL kalau akak aku tak ada,” balas Sarah pula. Memang selepas dia mendapat gelaran doktor itu, dia akan berusaha pula untuk mendapat gelaran doktor pakar orthopedic yang selama ini diidam-idamkan.
“ hahaha terasa sudah.... aku tau tu.. okay laa wei naik pula bil telefon aku cakap lama-lama dengan kau. Kau sabar je laa ea..nanti dapat laa tu kat HUKM.. ha jangan lupa tau reunion kita sabtu ni..jumpa kat sana tau...bye..Assalamualaikum,” kata Bobo pula lalu terus pun dimatikan selepas Sarah menjawab kata-katanya tadi.
“ oi mak kau pocot!”
Farhana sudah pun mentertawakan Sarah yang sudah terluah malatahnya itu. Tu la berangan lagi kan dah kena. Hahaha..
“ Fana! Kau ni kan..huh,” kata Sarah lagi. Kan dah terlepas melatah aku. Ish buat malu aku je. Fana ni kan memang betul nyebeling deh.
“ hahaha...padan muka kau.. tu laa berangan lagi kan dah terkena. Aku yang dah sampai duduk lagi sebelah kau ni..kau wat tak tahu je.”
“ eh yeke? Tak perasan pun. Mana Ika dengan Nawa?” tanya Sarah pula.
“ biasalah tak dapat datang... dah lah jom main. Kang dok membebel kat sini waktu pun dah habis nanti,” jawab Fana. Sarah hanya mengangguk sahaja sambil mereka berlalu untuk memulakan permainan atau boleh dikatakan pertandingan kerana sesiapa yang kalah kena belanja, well as usual.
“ Fana...Fana... aku dah agak dah, aku mesti menang punyalah,” kata Sarah selepas sahaja berjaya kalahkan Fana dalam game tadi.
“ eleh kau..nasib je tu.. apa orang kata bagi chance,” balas Fana pula.
“ okay.. what ever.. aku tau janji tetap janji.”
“ cehhh... ada aku kesah.”
“ kau jangan nak ngada ea.. aku ngah haus ni.. bek kau belanja cepat!” jawab Sarah sambil cuba mengejar Fana yang sudah pun mula berlari. Tiba-tiba..
‘BUM!’
“ aduh,” luah Fana sambil tangannya ligat menggosok punggungnya yang agak kesakitan ekoran pelanggaran itu.
“ Fana? Kau tak apa-apa ke? Tu laa lari lagi..kan dah jatuh,” kata Sarah pula. Dia sudah pun tertawa.
“ kau la punya pasal ni. Kalau kau tak kejar..tak ada makna aku nak lari tau,” jawab Fana.  Sarah masih dengan ketawanya. Pantas tangan Fana memberi satu tamparan di bahunya. Untung sahaja tidak berapa kuat.
“ ehh..cik tak apa-apa ke?” tanya seorang pemuda yang berlanggar dengan Fana.
Ya Allah ada orang kat sini rupanya. Macam mana aku boleh tak perasan. Sebaik sahaja Fana dan Sarah mendongak ke arah suara tersebut ada dua orang pemuda yang seakan dikenali mereka.
“ Sarah... Fana...?’’ tanya pemuda satu lagi.
Sarah pun terus bangun sambil membantu Fana.
“ Ibal.... Din...?” katanya pula. Fana masih diam dan buat-buat tak nampak siapa di hadapan mereka.
“ eh korang.. lama tak jumpa,” tanya Din.
“ tahu pun.. yang korang sombong tu asal.”
Fana dan Ibal masih lagi membatu diri. Hanya Sarah dan Din sahaja yan meriahkan suasana ketika itu. Aku berfikir, tak kan la ketegangan antara diorang belum pulih lagi. Kalau betul laa belum pulih, mak oi lama tu. Gila betul minah dengan mamat ni.
“ hahaaha... eh jom ar pergi minum sama-sama. Boleh borak-borak,” tambah Din lagi.
“ okay juga tu. Jom Fana,” ajak Sarah pula.
“ ha aku? Eh tak boleh ada hal.. lagi pun esok aku dah kena kerja.. penat ar nanti,” jawab Fana. Sengaja dia cakap begitu kerana ingin mengelak daripada berbual dengan Ibal kerana dia tahu Sarah akan lakukan bermacam perkara untuk buat dia berbual dengan Ibal.
Ibal hanya memerhati Farhana. Sungguh dia tersinggung dengan jawapan yang diberi Fana. Sudah hampir 8 tahun dia tidak bersua dengan Fana jadi dia berasa kekok untuk berbual dengan Fana. Pelik sungguh dia melihat Sarah dan Din yang nampaknya tidak ada masalah untuk berbual padahal Din juga sama seperti dia lama tidak bertemu dengan dua orang gadis di hadapannya ini.
“ dah..ko jangan nak ngada-ngada...ikut cepat,’’ kata Sarah. Nak tak nak terpaksalah Fana ikut juga.
Sedang Fana berbual dengan Din Sarah mengambil kesempatan ini untuk berbual dengan Ibal pula.
“ oi... menung nampak.. ke pandang someone?” tanya Sarah pula. Ibal sudah pun menoleh ke arahnya. Tak kan minah ni perasan aku tengah pandang kawan dia. Dia ni dari dulu tahu je apa yang aku tengah fikir.
“ ha? Mana ada.. kau ni pula.”
“ eleh..eleh nak kelentong aku konon. Pi laaa!!” kata Sarah lagi
“ korang asal tak bertegur ni. Ingat senang ke nak berjumpa, fana sibuk kat office.. kau dengan flight kau...so hargai lah waktu ini,” tambah Sarah lagi.
Ibal sudah pun terdiam untuk berfikir sejenak ada betul juga cakap Sarah ni. Buat apa tak bercakap tak tentu pasal, waktu yang ada ni perlu dihargai.
“ yela nanti aku cakap lah dengan dia.. hee kau ni sibuk je. Pi laa laa cakap dengan Din kau tu,” balas Ibal pula.
“ apa pulak Din aku.. bukannya aku minat dia pun. Kalau aku minat dia lagi tak ada maknanya aku rancak bercakap dengan dia. Lain la macam kau dengan Fana memang nampak sangat yang korang masih suka sama suka,” jawab Sarah pula. Biar mamat lembab depan dia ni berfikir cepat sikit. Tak kan tak faham-faham lagi. Huh.
“ asal lak kau cakap macam tu? Ko ni macam paparazi la pulak .. tahu semua.”
“ ye laa da korang berperangai macam ni.. nampak sangat laa wei..”
“ Sarah! Jom balik. Nanti aku lambat la esok.” Sampuk Fana pula. Ibal pandang ke arah Fana dan pandangan mereka pun bertaut.
“ EHEM..EHEM..!”
Terus Fana dan Ibal mengalihkan pandangan mereka. Sarah dan Izzudin hanya ketawa  melihat teman mereka berkelakuan seperti itu.
“ yela jom balik..” jawab Sarah.
Sarah sudah pun menunggu di dalam kereta, begitu juga dengan Din. Peluang ni diambil Ibal sebaik mungkin.
“ Fana!” panggil Ibal saat Fana hendak ke kereta.
Fana menoleh, “ hermm..”
number?”
“ ha?” jawab Fana pula. Pelik betul la mamat ni. Dah la tadi tak bertegur dengan aku. Tiba-tiba minta nombor pula.
“ nombor phone? Dah tukar kan,” tambah Ibal lagi.
“ ha...a’aa.. 0142463284” jawab Fana. Saat ni dia hanya ingin cepat balik sahaja.
“ ouh okay thanks.. nanti Ibal call or text,” balas Ibal lagi.
Fana hanya mengangguk lalu terus masuk ke dalam kereta. Dalam kereta,Sarah sudah tersenyum-senyum, pasti ada benda nak kenakan dia laa tu.
Ibal sudah pun tersenyum sendiri. Tadi dia mula hendak berputus asa kerana menyangka Fana tidak akan memberi  nombor telefonnya. Tapi akhirnya, dia dapat juga. YAHOO!!
Akan dia cuba untuk membaiki hubungan antara mereka. Dia tidak ingin menjadi lelaki lembab seperti yang dikatakan Sarah yang tidak tahu menilai belian yang sudah ada di  depan mata.
“ oi cik abang! Cepat la ha... aku nak kerja esok.. tahu lah kau cuti,” jerit Din yang masih berdiri di tempat tadi.
“ ha..? yela..yelaa...” berlari Ibal ke kereta.

No comments:

Post a Comment