10
Sebaik sahaja Sarah mematikan enjin keretanya, dia terus masuk ke rumah mencari Kak Ati. Habis kesemua pintu di rumah itu dibuka Sarah tapi orang yang dicari tetap tiada. ‘ eeii... mana pulak la minah ni poi? Tadi kata ada emergency tapi dia tak ada kat rumah.. huh’
Terus didailnya nombor akaknya itu.
“ Oi kak.. kau kat mana? Tadi kata ada hal penting tapi kau tak ada kat rumah. Huh.”
“ Woi sengal! Aku dah balik Seremban ni. Papa masuk hospital ha!” jawab Ati pula.
“ abeh tu asal kau tak bagitau aku awal-awal. Boleh aku terus pi sana.”
“ tak.. kau tunggu adik balik dulu.. lepas tu baru datang sini. Ala lagipun papa dah stabil sekarang ni.”
“ eh asal aku pulak? Huh..yela..yela,” jawab Sarah apabila mendengar akaknya itu sudah pun mendengus. Selepas itu talian terus dimatikan apabila Ati memberitahu ada seorang jururawat sudah menjeling-jeling ke arahnya.
Sarah lantas membersihkan dirinya untuk mengerjakan solat Isyak yang masih belum dilakukan dek kerana busy bertegur sapa dengan membe lama. Selesai sahaja mengerjakan solat, Sarah teruskan dengan membaca Al-Quran dan berzikir. Diakhiri juga dengan doa.
“ Ya Allah, Ya Tuhanku. Aku memohon kepadamu Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Kau berikanlah kesembuhan pada ayahku Ya Allah sesungguhnya kau berkehendak atas segalanya. Aku memohon padamu jua Ya Allah, kau berikanlah aku jodoh yang baik akhlaknya, anak-anak yang soleh dan solehah. Jika sudah samapai jodoh yang kau kehendakkan ke atas diriku, aku mohon kau pertemukanlah kami dengan cara yang terbaik mengikut cara Engkau Ya Allah. Rabbana Atina Fid Dunya Hasanah, Wafil akhirati hasanah. Waqina 'azabannar. Waqina 'azabannar. Waqina 'azabannar. AMIN.
Selesai bertelaku, Sarah melihat ada pesanan ringkas dan juga missed call dari ‘Kimi’? Sudah agak lama dia tidak berhubung dengan mamat yang digelarnya Mr. MS itu. Sarah tertanya-tanya ‘ aku patut balas message dia or aku missed call dia juga’. Tapi asal pulak mamat ni tiba-tiba nak call aku balik. Arghh hantar je la message.
“ wasalam.. hem baik je.. nak apa call tadi?”
Teragak-agak juga Sarah nak send message tu. Tapi akhirnya tersend juga..hehe. Baru sahaja Sarah hendak bangun dari katilnya, tiba-tiba telefonnya kembali berbunyi. ‘ ceh..cepat mamat ni balas.. rindu aku ke’. Eh Sarah, jangan perasaanlah. Cepat Sarah mengingati dirinya.
“ tak ada apa.. saja nak tanya khabar. .Awak tak
Rindu saya ke? Hehehe :D “
Ya Allah! Tak abeh-abeh dengan perasan dia tu.huh. dia ingat dia siapa aku nak rindu entah. Tanpa disedari terukir jua senyuman dibibir Sarah sewaktu baca untuk kedua kalinya. Belum sempat Sarah membalas, masuk message yang seterusnya.
“ awak ni balas lambatlah.. malu laa tu kan..
Biarlah sya tepon.. jangan tak angkat sudah ye”
Macam mana pulak aku nak balas, dah ayat kau semua perasan. Eleh nak tutup cerita sebenar lah tu. Kau yang sebenarnya rindu aku. Ha! KANTOI! Telefon Sarah sudah pun mengeluarkan ringtones ‘Tentang Perasaan’ dari penyanyi Indon, Irwanshah.
“ tengok.. nak angkat telefon pun lambat. Ish!” kata pemanggil itu pula.
“ Assalamuaalaikum,” ucap Sarah. Haha. Rasa kau! Kan dah malu, tu lah tak menyempat sangat sampai nak bagi salam pun lupa.
“ opps.. Waalaikumsalam. Suka la tu kan dapat perli saya.”
Yupp suka sangat dapat perli kau. Tapi itu semua tak terkeluar dek mulut, cakap dalam hati je. Hehehe.
“ jangan perasan boleh. Kang kalau saya dah perli, tak dapat de awak nak cakap dengan saya. Ni nak apa? Rindu ke?” balas Sarah pula. Ishh apa aku cakap ni. Kang dia perasan pulak. Dah lah dia ni mamat senget!
“ apa awak cakap? Siapa mamat senget?” soal Kimi. Ehehe.. kena kau Sarah. Macam lah aku tak tahu yang kau panggil aku mamat senget. Sarah..Sarah..
“ ha? Siapa? Eh tak de lah.. tapi tak tahu lak pulak kan kalau awak kenal dengan Miss MK. Saya nak sangat jumpa orang tu,” balas Sarah pula. Eh dia dengar ke aku cakap dia mamat senget. Hehe.. tapi aku cerdik la En. Kimi oi, boleh je aku larikan diri dari soalan.
“ rasanya..awak dah kenal kot. Eh jom jumpa. Nanti leh borak panjang.”
“ jumpa? Entah tak tahu. Ada jodoh jumpa la ea.”
“ ada jodoh? Hem tak nak lah cam tu. Kalau ada jodoh tak ke mana jugakan.”
“ ishh.. dah lah merepek je. Saya nak tidur ni. Bubye. Goodnight.” Jawab Sarah. Mamat ni kalau dok melayan memang makin menjadi perasan dia. Sarah pun matikan talian sebaik sahaja salam dijawab.
Tiba-tiba ada pesanan ringkas masuk sewaktu Sarah hendak melelapkan matanya.
“ mimpi kan saya tau. Jangan mimpi orang len.hehehe”
Sarah hanya tersenyum dan menggeleng kepala sahaja. Terus dilelapkan mata. Buat seketika, Kimi dapat menghilangkan sedikit kerisauan dia terhadap papa.
KLIA SESAK. Sarah masih lagi menunggu adiknya Irfan di ruang menunggu. ‘ ishh mana pulak la budak sorang ni.’
“ Angah!” jerit satu suara dari belakang Sarah. Terus mereka berpelukan. Eh takpe okay, ala dia kan mahram and wali aku..hehe
“ Ngah! Kau dah gemuk la. Pastu makin pendek pulak tu,” kata Irfan. Sahaja dia nak menyakitkan hati kakak dia itu, rindu nak gaduh balik katakan.
“ kurang asam kau. Ehh.. ni dah terhabis kurus dah pernah aku rasa tau. Eleh nak bajet la tu kau dah tinggi dengan aku,” balas Sarah pula. Sememangnya, dia memang rindu suasana kecil mereka. Dia dengan Irfan memang susah nak memahami diri masing-masing. Karang bila dia nak ni, Irfan pun ikut menyemak nak tu. Pastu kang bila orang dah tak nak, dia pun tak nak. Tak ke sengal. Hahaa.
“ well! Susah lah nak cakapkan. Eh Ngah! Orang ada nak bagitahu something ni. Tapi nantilah orang penat lagi ni. Kita balik umah Angah and Along dulu ke?”
“ hem yela.. eh taklah terus balik Seremban. Papa baru je keluar wad. Along dah ada kat sana dari hari Sabtu hari tu. Ni kau bawa kereta boleh?” soal Sarah.
“ papa masuk wad? Ni mesti sebab angah dengan along tak nak balik kan?kete?ala..orang penat ar Ngah. Angah bawak lah. Ish pemalas lah Angah ni.”
“ sedap mulut kau kan..dok mengatakan kitorang. Ni semua sebab kau lah, anak kesayangan dia nak balik. Nyusahkan je. Pemalas kau ea. Okay tak apa, nanti kau nak pakai kereta aku jangan harap dapat de. Dah jom!”
“ hehe.. ala kereta along ada! Eh Ngah kita pergi makan dulu ek? Tapi kan Ngah itu membuktikan bahawa papa memang sayang aku. Hahaha”
“ kerek la ko! Hem..pandai mintak aku an.. kita makan dekat KFC sana tu boleh?” kata Sarah lagi sambil tangannya menunjuk ke arah KFC yang berhampiran dengan mereka.
Sarah masih menanti di meja sambil menongkat dagu. ‘ huh lembab betul la adik aku sorang ni beli makanan. Dah la perut aku menyanyi lagu rap ni’.
“ oitt Ngah..berangan je.. nah jom makan!” tegur Irfan dari belakang. ‘ opocot mak kau meletup’. Ha sebaik latah aku tak tersebur. Mangkuk punye budak, suka sangat sergah orang dari belakang. Kata Sarah dalam hati.
Mereka sedang asyik melayan keenakan makanan di KFC. Walau rasanya boleh tahan bagi perut yang dah berkeroncong macam kitorang ni memang semuanya balun. Tapi apa-apa pun aku masak lagi sedap hehehe.. angkat bakul sendiri la pulak.
Ketika Sarah hendak menyuapkan burger ke mulutnya, tiba-tiba dia ternampak..Kimi dengan seorang perempuan melintas depan meja. Perempuan nampak macam gedik semacam je, dah tu pakai baju macam kain dah tak cukup huh.
“ takkan dia makan sini juga,” kata Sarah dalam nada perlahan. Dia tak perasan kata-katanya itu sudah didengari Irfan.
“ apa Ngah?”
“ cepat makan.. aku dah nak gerak ni. Ala kau bungkus jew ar. Pergi ambil plastik, aku tunggu sini. Cepat!” perintah Sarah. Yang peliknya, Irfan seperti menurut sahaja tanpa banyak soal. Hem bagus juga tu, memahami buat pertama kali.
“ jom!” ajak Irfan. Sarah pun mengambil handbag nya. ‘Nak keluar kena lintas depan diorang, arghh lalu je laa. Bukannya dia ada kena mengena dengan aku’.
Ketika Sarah melintas depan mereka, dia sempat mendengar perempuan itu berkata, “ you.. lepas ni datang rumah I ok? I nak bagi you something ni, hadiah dari London.”
Kimi hanya menjawab hem..
Hee tak kan lah diorang buat benda tak senonoh kot. Mungkin mak ayah dia ada sekali tak? Tapi kenapa dia kena bagi barang tu dekat rumah? Arggh serabut kepala aku. Eh asal kau pulak yang serabut kepala, kata suara hatinya pula. Tiba-tiba..
“ oi Ngah.. kau nak suruh kita kena panggang ke ni? Buka lah pintu cepat, aku dah la penat, banyak barang. Kau pulak buat hal, huh.”
“ ha? Eh tak buka lagi ea? Ish kau ni membebel je. Dah la naik kereta orang. Dah jom!”
Sarah! abaikan apa yang kau nampak tadi. Kau tak ada kena mengena dengan dia. Tapi dia kata dia rindu kau, kata satu suara lain pula. Kalau dia rindu aku kenapa dia dengan perempuan gedik tu, meluat aku tengok. Hee apa yang aku fikir ni. Tiba-tiba Sarah pukul stereng keretanya.
“ oi! Kau ni asal? Terkejut aku.. jalan lah cepat. Dok termenung lagi asal. Kau ni ada penyakit suka termenung lah,” kata Irfan pula.
“ yela..yelaa, nak gerak ar ni.”
Kimi masih berfikir, adakah orang yang melintas di hadapannya tadi itu ialah Sarah. Tapi kalau betul Sarah, dia buat apa dekat sini. Irfan balik ke? Asal tak bagitahu aku.
“ you.. you fikir apa ni?” tegur Tasha tiba-tiba.
“ Tasha, you boleh diam sekejap? Pening la I dengar you cakap. Dah makan cepat, I nak balik lepas ni,” balas Kimi pula. Sebetulnya rimas dia dengan perempuan ni. Patut la hidup dia tenang dua tiga hari ni, rupanya minah ni pergi London. Kan senang kau terus tinggal situ tak yah nyusahkan hidup aku. Huh.
“ you ni kan.. huh,” jawab Tasha tergedik-gedik sambil hentak-hentak kaki. Apa kau ingat aku tergoda lah tu. Eleh setakat bergoyang semua benda kat badan kau tu aku tak heran lah. Piiiraaahh!
Eh betul ke Sarah? Dia nampak ke aku dengan minah gedik ni? Adoi, dah lah aku baru nak baik dengan dia. Huh ni semua sebab kau Tasha, sebaik mama yang suruh aku ambil, kalau tak jangan harap lah kau dapat jumpa aku.
No comments:
Post a Comment