4
alam Jumaat hari ini tidak sama seperti malam-malam sebelumnya. Hari ini Sarah tidak berhajat untuk mengikuti ayahnya ke masjid seperti selalu. Bukan kerana dia malas dan bukan kerana dia ada hal tapi kerana dia berasa amat letih sekali. Salah satunya berpunca daripada kepenatan otaknya yang sudah ligat mencurahkan idea yang bombastik untuk novel terbarunya. Eh korang jangan terkejut pula. Aku ni kan novelis. Tak ramai orang tahu aku mengarang novel hanya kak Ati dan papa sahaja. Ini kerana aku telah menggunakan nama pena aku pada ketiga-tiga novel aku itu dan aku juga tidak mengikuti aktiviti bertemu peminat pada hari pesta buku, semuanya kerana tidak mahu identiti aku terbongkar. Bak kata Siti Nurhaliza BIARLAH RAHSIA!Tapi cita-cita aku untuk menjadi seorang doktor tak pernah aku abaikan malah minat aku dalam mengarang novel ini memang sudah lama aku pendam sejak zaman sekolah lagi. Akhirnya niatku tercapai juga apabila manuskrip aku diterima. Saat itu tak dapat aku gambarkan kegembiraannya.
Sarah keluar dari biliknya dan berlalu ke meja makan. Saat ini perutnya sudah pun mengeluarkan rentak lagu yang agak bingit untuk didengari. Di dapur Sarah melihat akaknya sedang enak menjamu selera tanpa mengundang dirinya untuk bersama-sama bersantap. Papa sudah tiada di rumah, dia sudah pun pergi ke masjid.
“ Sedapnya orang tu makan. Sikit pun tak undang orang dekat sini,” sindir Sarah sambil mula menyenduk nasi putih. Tapi kak Ati masih buat tak tahu seolah-olah dia tidak wujud di situ.
“ Cik kak oi..telinga sudah pekak ka? Ini orang kan.. memang menyebalkan,” sambung Sarah lagi apabila sindirannya tidak dilayan oleh akaknya seperti selalu sambil tangannya memegang telinga dan membuat suara ala-ala cina dan indon.
“ Ish kau ni kan kalau tak bising sehari tak boleh ke? Aku nak makan pun susah,” balas Ati dengan nada sinisnya. Entah apa sudah jadi dengan moodnya saat ini. Ini semua gara-gara Helmi, teman lelakinya itu yang tiba-tiba sahaja mencari kesalahannya. Hanya disebabkan dia keluar makan dengan kliennya dan menolak tawaran Helmi untuk makan bersama telah menimbulkan konflik antara mereka. Huh memang tak profesional lansung.
Sarah yang masih pelik dengan perangai akaknya itu masih buat muka cool nya itu. Sarah siapa tak kenal, masalah orang malas dia nak amek tahu.
Sarah yang sedang leka menjamu selera dikejutkan dengan bunyi telefon kak longnya itu tapi bertambah pelik apabila kak Ati tidak menjawab seperti selalu malah dia terus menekan punat off dan berlalu ke biliknya selepas membasuh pinggan.
Di bilik, Ati tidak dapat lagi tahan dengan bunyi handphone yang terus-terusan bunyi. Akhirnya Ati jawab dengan penuh amarah.
“ Helo! Nak apa lagi? Eeii orang nak tido la. Boleh tak jangan kacau. Benci laa,” jawab Ati tanpa sempat Helmi memulakan perbualan. Saat Ati sudah habis berbicara terus dimatikan sahaja telefonnya dan membalingkan ke katil.
Lima minit kemudian telefonnya kembali berbunyi tapi ini hanyalah sekadar khidmat pesanan ringkas sahaja.
Awak! Maaf kan lah b, tadi b emo sikit.
Tension la dgn keja. Pastu nak ajak ayang gi makan.
Skli awak kuar dgn klien dgn laki pulak tu.
Mana saya tak emo. MAAF k!! See u tomorrow!!
Luv u MUAHH!! NICE DREAM!!
Ati hanya melihat mesej itu dengan pandangan kosong sahaja. Selepas itu dengan tidak semena-mena dia sudah pun mengalirkan air mata.
“ Huh ni semua pasal laki tu aku nangis!” kata Ati sendirian dengan perasaan bengang. Mana tidaknya sudah marah-marah orang boleh pulak bagi mesej macam tu, dia ingat aku ni apa?
Dari luar pintu Sarah hanya melihat gelagat yang dilakukan akaknya itu tanpa diketahui Ati. Kalau lah akak nya tahu dia sedang mengintip saat ini, mahu sahaja dia sudah kena penyepak sulung akak nya itu. Malas hendak melayan drama di depan matanya itu, Sarah lantas berlalu dari situ untuk ke biliknya menyiapkan kerja. Kerja yang dimaksudkan Sarah itu bukanlah maksud kerja yang sebenar seperti buka micosoft word dan menulis laporan tapi kerja yang dimaksudkan Sarah adalah bermain game di facebook dan berchatting dengan rakannya.
Sebaik sahaja laptopnya sudah pun bernyala dia melakukan kerjanya untuk berchatting dan bermain game di facebook. Sedang Sarah asyik melayan teman-temannya berchatting, pandangannya tertangkap pada sebiji mug yang masih kemas dalam balutan plastiknya.
“ Mug ni? Ouh Fahmi yang bagi. Ish macam mana boleh lupa ni,” kata Sarah sendirian sambil tangannya masih memegang mug itu. Mungkin sebenarnya dia tidak lupa akan pemberi mug itu Cuma tidak ingat sahaja. Biasalah manusia bila dah dapat yang lebih baik yang lama tidak diendahkan. Lagipun dia kan lelaki pertama yang bagi aku hadiah tak kan senang-senang aku boleh lupa macam tu sahaja.
Sarah kembali meletak mug itu di atas meja belajarnya. Malas hendak dia mencungkil memori lama yang sudah lama tersimpan rapi. Buat pening kepala je lebih baik dia main game. Tapi nak buat macam mana dah otak aku ni nak juga fikir benda yang memeningkan. Bila diingatkan kembali kenangan zaman sekolah pasti sahaja akan ada peristiwa manis dan pahit yang tak dapat dilupakan. Sarah mengaku dia banyak main dan tidak serius waktu sekolah. Oleh sebab itulah dia hanya dapat 6A dalam PMR (Penilaian Menengah Rendah). Memang dia mengaku dia sungguh menyesal saat itu apabila melihat rakan-rakannya yang lain sudah pun berpindah ke sekolah baru tapi dia masih terperuk di sekolah yang sama. Papa ada juga membebel padanya tapi apa boleh buat nasi sudah menjadi bubur.
“ Argghh sedihnya!!”
Sarah kembali merenung laptopnya itu apabila tiba-tiba satu pop-up yahoo messenger itu membuatkan dia tersedar dari lamunannya sebentar tadi.
<izzudinluv> Oitt..salam. Kau apa khabar sekarang?
Sarah sudah pun terkaku untuk membalas kerana dia masih terkejut dengan gerangan orang yang menghantar pop-up yahoo messenger sebentar tadi. Sarah terasa janggal untuk membalas. Bukan apa dia sudah lama tidak berhubung dengan mamat ini.
<izzudinluv> Ehem..! Ada orang tak ni?
Nak tak nak terpaksa lah balas, kesian pula dia tertunggu-tunggu.
<sarahcute> W'salam. Ha ada. Nape? Lama tak dengar cite?
<izzudinluv> Ouh tak ada pape. Saje je. Nape kena bersebab baru boleh chat ke?
Buat apa sekarang? Study?
<Sarahcute> Tak de laa sampai macam tu. Yup..study tapi tahun depan da
graduate.. sekarang ni tengah cuti sem akhir.
Sarah masih lagi tertanya-tanya, apa dia patut menggunakan ‘kau’, ‘aku’, atau ‘awak’, ‘saya’. Ish susah betul lah macam ni. Asal la kau tegur aku waktu aku tengah pening. Tapi lau dia tak tegur mungkin sampai sekarang kitaorang masih lost contact.
<izzudinluv> Ouh yekew..bagus..bagus.. Jadi doktor lah lepas ni ek?
Sekali lagi Sarah terkejut. Mana tidak nya Din masih lagi mengingati cita-citanya walaupun mereka sudah lama tidak berhubung.
<sarahcute> Agak la..insya-Allah.. tapi kan weh boleh tanya something tak?
<izzudinluv> Tanye la..
<sarahcute> Hemm.. nape kau letak nickname.. izzudinluv?
<izzudinluv> Ouh pasal tu.. sahaja..sebab tak tahu nk luv siapa. Yg you pulak
nape letak sarahcute?
Punya lah geli geleman Sarah bila Izzudin menggunakan gelaran you. Ishh bluekk geli-geli, ngomel Sarah.
<sarahcute> Eh tu sebab Sarah memang cute pun.
<izzudinluv> Yup btol sekali. 10 markah untuk awak.
<sarahcute> Eh Ibal apa cerita sekarang ek?
<Izzudinluv> Ouh Ibal.. dia dah jadi pilot kat Air Asia and always flight out of
Malaysia.
<sarahcute> Wah bestnya. Semua kawan aku dah berjaya kan. Kau dah jadi
Engineer. Ibal jadi pilot. Tahniah laa.
<izzudinluv> Tu laa kan Sarah pun dah nak jadi doktor. Nanti boleh la
ubat Din ea?
Makin geli aku dengan mamat ni.
Dan tiba-tiba telefon aku yang tadi sunyi sepi telah mengeluarkan bunyi yang amat nyaring sekali sampai bingit juga telinga ni. Tangan Sarah dengan pantas menjawab panggilan itu.
“Assalamualaikum!!” kata Fana separuh menjerit.
“ Oi yang kau nak jerit ni asal? Apa telinga aku ni dah pekak ek? Hemm waalaikumsalam,” jawab Sarah
“ Bijak ko ni an..lepas dah sound aku.. baru nak jawab salam.” kata Fana lagi.
“ Kau tepon aku ni nak membebel ke apa?
“ Aikk sabar-sabar lah. Kau asal lambat angkat fon aku.? Kau wat apa haa?” bebel Fana lagi seperti mak nenek pun ada.
“ Suka hati aku laa. Yang kau ni tak ada kerja lain nak wat selain call aku.. kau dah tak ada orang lain ke nak call like your boyfriend maybe?” sindir Sarah.
“ Ishh kau ni aku tepon salah , tak tepon lagi lah salah. Huh. Cakap la kau buat apa tadi?” tanya Fana lagi.
“ Aku chat ngn Din.. puas hati? Kau tepon aku nak apa sebenarnya ni ?” balas Sarah.
“Biar betol dasyat laa kau. Dari sekolah lagi dah maju tapi still tak dapat kalah kan Ika..Tapi bila la dan siapalah yang akan tersangkut ngn kau ek? Am ke Din?” balas Fana.
“ Boleh tak jangan hidup kan nama yang aku dah kubur kan. Kali ketiga aku tanya ni, kau nak apa sebenarnya? Kalu tak aku tutup tepon sekarang,” jawab Sarah dengan geram sekali.
“ Ala lek laa...nak cepat-cepat wat apa. Eh kitorang dah jemput tau budak-budak yang akan datang reunion tu nanti. Lagi seminggu tau!”
“ Ha? hemm okay,” jawab Sarah.
“ Asal lak kau nak terkejut?” tanya Fana.
“ Tak ada pape la. Sibuk je!”
“ K la weh bye. Nak tido la ngantuk. Kau tu pon dah pi tidur. Dah pukul 11.30 ni,’’ kata Fana pula.
“Eh yeke? Cepat nya masa berlalu. Ok la bye. Muahh..ASSALAMUALAIKUM!’’ balas Sarah.
“ Geli aku. Hemm waalaikumsalam.”
Talian terus dimatikan. Sarah mahu menyambung kembali chattingnya dengan Din. Sarah terus membalas tanpa melihat status Izzudin.
<sarahcute> Haha.. aku doktor Orthopedic la. Ehh kau nak join betch aku
buat reunion tak?
*izzudinluv is now offline*
Jelas kelihatan kehampaan di wajahnya.
“ Ni semua Fana punya pasal la ni. Time ni juga die nak telefon.” Kata Sarah dalam hatinya.
“ Tak pe Sarah. Kau bukannya ada apa-apa dengan dia nanti chatting la balik.”
Sarah berkata begitu bagi menyedapkan hatinya. Lantas dia switch off laptopnya dan terus menyimpan. Sarah melakukannya dengan pantas sekali.
Akhirnya dia tertidur sewaktu sedang membaca novel Panas Salju. Hari ini boleh dikatakan hari yang membahagaiakan kerana dia dapat berchatting dengan orang yang lama dia tidak berhubung. Semoga hari esok akan lebih indah dan lebih baik dari hari ini.
Sarah sudah pun dibuai mimpi-mimpi yang indah.
No comments:
Post a Comment