Tiba sahaja Sarah di rumah, dia terus menghempaskan badannya yang sudah kepenatan ditambah lagi dengan kaki dan pinggangnya yang sudah lenguh-lenguh kesan dari dia terjatuh dengan pemuda itu di KLCC.
Dia melelapkan matanya yang sudah tak larat untuk dibuka lagi. Rasa seperti terlalu ramai setan bergayut-gayut di kelopak matanya saat ini. Tidak sampai lima minit, Sarah membuka kembali kelopak matanya itu apabila teringat akan telefon bimbitnya yang sudah kehabisan bateri. Sebaik sahaja selepas mengecas telefon, Sarah terus mencapai tuala untuk membersihkan dirinya yang sudah pun berlekit dengan peluh dek terik matahari.
Sarah bergegas menjawab panggilan telefon yang mebingitkan telinganya itu. Dalam masa yang sama dia berasa hairan juga dengan ringtone telefonnya itu. Tidak silap dia, dia menggunakan ringtone lagu tentang perasaanku dari Irwanshah. Macam mana pula ringtonenya boleh bertukar ke lagu disaat aku mencintaimu dari Dadali. Tanpa berlengah lagi Sarah terus menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemilik nombor itu. Dia juga tidak perasan akan wallpaper di telefon yang masih elok diletak di telinganya itu.
“ Hello.”
Dari bunyi suara macam suara lelaki tapi maam pernah dengar tapi kat mana ek? Kata Sarah dalam hatinya.
“ Assalamualaikum. Hello,” balas Sarah walaupun perasaan curiganya telah timbul. Sampai di saat ini juga Sarah masih tidak perasaan telefon yang ditangannya itu bukan telefonnya yang sebenar.
“ opps..sorry..Waalaikumsalam,” kata pemuda itu pula. Mungkin saat ini pemuda itu sudah malu kerana memulakan perbualan tanpa mengucap salam terlebih dahulu. Orang zaman sekarang memang mudah melupakan adat-adat ketimuran yang sudah lama diamalkan oleh orang Melayu. Mana tidaknya, sudah enak duduk di bandar. Sudah biasa dengan kehidupan moden katakan. Alhamdulillah dia masih mengekalkan ajaran papa padanya itu.
“ Sape ni? Nak apa?”
“ Tak kan tak ingat kot. Baru tadi kita lepas berlanggar. Tak tajam juga kan memori awak ni,” kata pemuda itu pula.
Sudah tahu lah Sarah bahawa pemuda yang menelefonnya ini adalah pemuda yang pernah dia langgar sewaktu di libry dan KLCC. Terasa juga Sarah akan kata-kata pemuda itu tadi.
“ ouh.. hemm.. mana dapat nombor saya ni!” tanya Sarah separuh jerit. Pelik juga dia bagaimana pemuda ini boleh dapat nombornya sedangkan dia rasa dia tak pernah pun beri. Malah nama dia juga, dia tidak pernah beritahu.
Dihujung talian, pemuda itu sudah pun tergelak. Gelaknya itu boleh dikira kuat lah juga.
“ heii yang awak nak ketawa ni apa pasal? Kalau nak buat lawak, bukan sini tempat dia,” tambah Sarah lagi. Huh baru puas hati dia.
“ hahaha.... okey..okey! tak kan la awak tak perasan lagi?”
“ perasan apa nya? Perasan yang awak tu sebenarnya stalk saya kew?” balas Sarah pula.
Kali ini bertambah kuat ketawa pemuda itu sehingga Sarah terpaksa menjauhkan sedikit telefon itu dari telinganya.
“ heii..awak ni kenapa sebenarnya ha? Kalau tak ada apa-apa saya letak telefon sekarang?” tambah Sarah lagi. Tapi pertanyaan Sarah itu bukan lah bentuk pertanyaan yang sebenar hanya itu membuatkan pemuda itu blur selepas puas ketawa kan dia. Baru puas hati dia, sedap dia je gelak kan orang. Apa dia ingat aku ni kawan rapat dia apa. Menyesal aku pernah tersuka kat dia. Heeiii tak suka dia lagi, suka sangat menyakitkan hati orang. HUH!
“Aikk dia matikan,” kata Kimi dalam biliknya.
"Tak boleh jadi ni, dia tak perasan lagi yang kitorang da bertukar phone. Lambat juga minah ni. Lepastu boleh pulak dia kata aku stalker dia. Aku memang la ada niat tapi tak ada la pulak sampai nak buat, heiii aku waras lagi la", Pantas tangan kimi menekan punat-punat di telefon Sarah.
Sarah yang masih tersenyum dengan kepuasan hatinya mengenakan Kimi masih tidak mati dari bibirnya. Tiba-tiba dia dikejutkan dengan bunyi telefon yang masih disangka kepunyaannya itu. Disaat Sarah ingin membuka mesej dari nombor yang amat dikenalinya itu dia baru sahaja perasan akan wallpaper telefon ditangannya ini bukanlah wallpaper gambarnya tapi milik seorang lelaki dan lelaki itu adalah lelaki yang dia pernah langgar dan lelaki yang baru menelefonnya sebentar tadi. Saat itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa malu dan merahnya muka dia apabila mengingat kembali sikapnya terhadap pemuda itu.
Lambat-lambat Sarah membalas mesej itu.
"Maaf laa psal td.. saya x tau yg kte ni
Bertukar fone sbnrnye.."
Sarah pun send mesej yang ditulisnya itu.
Cepat sahaja telfon itu kembali berbunyi.
"Haha..xpe. da phm da. Awk ny lmbt jgak
Kan.. BLUR! Haha"...
Sarah yang membaca mesej itu hampir sahaja hendak baling telefon bimbit tu ke lantai. Nasib baik dia masih waras. Hish jantan ni, sedap mulut je. Mengata aku macam dah lama kenal.
"Ppew jew la.. nnti jmpe kt KLCC tempat
Ary 2 kite b’lggar..esok tau. Xske
Pki fone owg lme2 ni... :/ "
Baru sahaja Sarah send mesejnya sudah ada balasan dari pemuda itu.
"Ehh...smbongnya. ok laa.. jnji sye
dah tau nme awak n saya dah amek n
Tlong save an nombor sy kt fone awak
Lagi taw..baik kan??"
Sarah yang membaca mesej tu rasa macam lava nya sudah meletus.
"Ada sy sruh? Sye buang nombor tu nnti..
Kt fone awak ny pon sye buang."
Puas hati dia...
"Ok buat lah.. tapi best jgak dpt ngok
Gmba awk kt sni S.A.R.A.H..hehee :D"
Lagi sakit hati aku kalau layan mamat ni. Huh berani dia godek phone aku. Aku tak sentuh pun phone dia. Tunggu laa kau, kata Sarah dalam hatinya. Tau laa apa aku nak buat kat telefon kau ni. Hehhehe.. tanduk dua dia sudah pun keluar..
Kimi yang menunggu mesej dari Sarah tidak juga berbalas sehingga lah dia tertidur. Yang pasti dia puas hati kenakan Sarah. Memang dia ada lihat gambar-gambar Sarah tapi tidak lah gambarnya yang tidak pakai tudung. Dia masih dapat kawal diri dia lagi. Esok dia ada temu janji dengan Sarah hanya untuk pulangkan telefon masing-masing. Kimi berterima kasih juga pada Sarah kerana telefon mereka bertukar kerana sekurang-kurangnya dia terlepas dari gangguan Tasha untk sehari.
"Arghh aman nya dunia. Kenapalah mama jumpa Tasha dulu sebelum Sarah?" Tanya Kimi sendirian. Sudahnya dia tertidur ketika menunggu mesej Sarah yang memang tidak akan dibalas.
No comments:
Post a Comment