Wednesday, July 6, 2011

Tak Seindah Impian

2
ndah sungguh cuaca hari ini, Murni Maisarah seakan tidak mahu melepaskan hari ini daripada berlalu pergi. Walaupun jam baru sahaja menunjukkan pukul sepuluh tetapi dia dapat merasakan kepantasan masa itu berlalu. Teringat pula kenangan sewaktu di bangku sekolah dahulu, terasa lucu pula apabila mengingati kisah-kisah yang pernah dilaluinya bersama rakan-rakan. ''Sarah! Keluar cepat. Sarapan. Papa dah nak pergi kerja ni,'' teriak papa dari tingkat bawah. Tersentak Sarah dari lamunannya. '' Ala papa ni, suka sangat kacau daun la. Baru la Sarah nak berangan kejap,'' ngomel Sarah sendirian. 
Dia merasa agak pelik juga kerana sejak kebelakangan ini dia asyik ingat akan kisah-kisah ketika dia masih di zaman persekolahan dahulu. Bagaimanalah agaknya sahabatnya sekarang, pasti sudah berjaya semuanya. Dalam keadaan seperti ini, dia malas sungguh untuk turun ke meja makan tapi digagahkannya juga.
''Asal adik kak long hari ni, monyok je? Takkan baru seminggu kat sini dah rindu boyfriend kat sana tu ataupun Sarah gaduh dengan dia?'' kata kak longnya dan sempat lagi memberikan senyuman perli kepadanya. Sarah memandang dengan jelingan tajam ke arah kak longnya itu. Suka sangat buat dia sakit hati, lepas itu cakap perkara macam tu depan papa pulak. Sakit  hati melihat perangai kak longnya yang semakin menjadi-jadi itu. Nasib baik papa ada kalau tidak, memang nasib malanglah yang menimpa kak longnya itu.
''Aikk..anak papa seorang ni sudah berpunya ke? Kenapa papa tak tahu, boleh la cepat-cepat dikahwinkan,''kata papanya pulak sambil gelak. Kali ini papanya pula yang menyakat. Dia melihat kak long dan papa masih lagi tergelak kerana dapat mengenakannya dan melihat dirinya yang seperti tidak tentu arah mendengar usikan mereka itu.
''Mana ada pa, siapa la yang nak kan anak papa yang tak berapa lawa ni. Dengarlah cakap kak long tu, merepek je lebih. Tu la banyak sangat makan kerepek. Sebenarnya pa kak long tu yang tak sabar-sabar lagi nak kahwin,''giliran dia pula untuk mengenakan kak longnya itu. Puas hati dia kali ini kerana dapat membalas usikan akaknya itu. ''Lagipun pa, sarah takkan kahwin selagi tak kerja, tak ada rumah and kereta sendiri. Itu adalah target utama Sarah, kahwin ni nanti-nanti je.'' tambahnya lagi.
''Sudah...sudah...kamu berdua ni kan, kalau tak bertekak sehari tak boleh ke? Dah macam kucing dengan anjing,'' balas Mustapha bagi meleraikan pertikaman lidah antara anak-anaknya itu. ''Kalau macam tu pa, Sarah jadi kucing and anjing tu kak Ati la. Hahaha..,'' kata Sarah pula. ''Aikk apa pasal aku anjing kau kucing pula. Sebab apa?'' jawab Ati dengan rasa tak puas hatinya. '' Haiii susah betul la dapat akak lembab ni. Dah sah-sah la Sarah ni comel and kiut miut macam kucing. Kan papa kan?'' balas Sarah sambil ketawa. Dia hanya melihat dari jauh papanya juga turut ketawa dan mengangguk-angguk, mungkin itu sebagai tanda papanya menyetujui apa yang dikatakannya sebentar tadi.
''Sarah!! Sengal punya adik. Siap kau, tunggu! Jangan nak lari pula,'' teriak Ati sambil kakinya laju melangkah untuk mengejat adiknya itu. Dari jauh papa hanya mampu memandang dengan penuh rasa syukur dan gembira kerana dia berjaya mendidik dua orang puterinya dan seorang putera peninggalan terakhir isterinya sebelum pergi meninggalkan dirinya dan anak-anak. Saat ini satu-satunya anak lelakinya sedang melanjutkan pelajaran ke Ireland dalam jurusan engineering.
“ Bang, kalau Ita da tiada nanti.. jaga anak-anak kita baik-baik ya. Be..kalkan mereka dengan ilmu du..nia dan akhi..rat bang. Ja..ngan se..se..kali abang sia-siakan diorang, mereka adalah a..ma..nah Ita pa..da a..bang. Kalau abang sa..yang..kan Ita mesti abang akan jaga diorang dengan baik seka..li. Ita perca..yakan abang, Ita tahu abang mampu lakukannya walaupun ta..npa Ita disisi abang,’’ sebak didadanya apabila melihat isterinya yang saat ini sedang terbaring lesu sambil berusaha memberi ingatan kepadanya.
“ Shusshhh....Ita.. jangan cakap apa-apa lagi. Ita rehat ye? Jangan fikirkan benda lain. Kita sama-sama akan mendidik anak-anak kita. Abang janji. Yang penting Ita msti berusaha ye untuk sembuh kalau bukan demi abang pun..demi anak-anak kita. Kesian Irfan, dia kecil lagi. Dia  sangat perlukan Ita,’’ balas Mus pula sambil menitis air matanya.
 Ini adalah kali kedua dia menitiskan air mata selepas kematian ibunya. Tiba-tiba dia melihat wajah yang selama ini banyak memberikannya kekuatan telah menghembuskan nafas terakhirnya di depan dirinya.“ ITA!!” jerit Mus apabila mendapati doktor tidak mampu menyelamatkan isterinya lagi. 
Mulai saat itu dia telah membekukan hatinya untuk semua perempuan dan berusaha sedaya mungkin untuk menyara anak-anaknya seperti yang diamanahkan isteri kesayangannya itu. “Segala yang abang buat semuanya untuk Ita dan anak-anak kita. Abang sayang kalian semua,’’ kata Mus serndirian. “Papa..Papa...’’ tersentak Mustapha dari lamunannya.
“Tadi papa kata nak pergi kerja, dah nak pukul 8.30 ni. Nanti lambat pulak,’’kata Sarah.
Mus memandang anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Dengan tidak semena-mena dia sudah pun memeluk kedua orang puterinya itu, Murni Atiqah dan Murni Maisarah. Walaupun saat ini Irfan tidak bersama mereka tetapi dia tidak pernah melupakan anaknya itu.
“Terima kasih nak, kamu berdua dah ingatkan papa. Papa sayang kamu semua.’’
“Papa..papa nangis ke? Papa ingat kat mama ea?’’ kata Ati lagi dengan nada yang amat sedih. “Tak sayang. Papa tak nangis. Lelaki mana boleh nangis kan. Okey la papa nak pergi kerja nanti kena marah pulak dengan bos papa,’’ balas Mus dengan tenang sekali. 
Dia tidak mahu menambah kesedihan anak-anaknya dengan mengatakan dia amat merindui mama mereka. Dia juga tahu anak-anaknya itu amat merindui kasih sayang seorang ibu.
“ Bye..Assalammualaikum,’’tambahnya lagi.
Sarah dan Ati hanya memandang papa mereka dengan penuh kehampaan. Sedih mereka melihat keadaan papa, walaupun dia tahu jawapan papanya tadi itu hanya mahu menjaga perasaan mereka. Papa juga bertungkus lumus untuk menyara mereka dan mencari rezaki tanpa mengenal erti penat. Semuanya hanya untuk mereka bertiga.


Tiba-tiba telefon berbunyi, apa lagi bergegas lah kak longnya itu mahu menjawab. Agaknya kakaknya itu menunggu panggilan.  "Mungkin dari someone,’’detik hati Sarah. Tidak sampai seminit menjawab panggilan, dia mendengar kakaknya menjerit memanggil namanya.
“Sarah !!..’’
“Apanya?’’
“Ni ada tepon dari kawan kau,’’ balas kak Ati sambil memberikan ganggang kepadanya. 
Sarah rasa sedikit aneh kerana seingatnya dia tidak memberitahu sesiapa yang dia sedang cuti kecuali Bobo kerana mereka sama Universiti. Digagahkan dirinya juga untuk mengambil ganggang tersebut.
“Oi beb.. kau da balik sikit tak telefon aku kan. Sebaik la spy aku ramai yang boleh bagitahu kau ni dah selamat berada di rumah,’’dari suara sudah diketahuinya siapa, sudah pasti teman rapatnya itu kak joyah Farhana kita. Sarah hanya tersenyum di hujung talian.
''Ish kau ni dah tak geti nak bagi salam ke? Dah tak tahu adat? Berapa tahun la aku ni da tinggalkan kau kan?''balas Sarah dengan selambanya.
''Hehee..Assalamualaikum! Ala Sarah, tu la kau tak tahu macam mana seorang sahabat yang amat merindui kawannya ini,''jawab Fana pula sambil beriya-iya membuat nada sedih.
''Dah.. dah jangan kau nak berdrama kat sini pulak ea. Yang kau ni nak menjerit-jerit kat telefon ni pehal? Aku tak pekak lagi ok.''
''Yela..yela nak buat drama pun tak boleh. Huh. Kau ni nak marah-marah kenapa? ABC (Allah bagi cuti) ke?''balas Fana pula.
''Marah ke? Tak la temanku, mana ada marah. Tapikan kalau dah  terasa..hemm no comment... siapa makan cili terasa lah pedas nya kan?''jawab Sarah pula dengan nada yang menyindir. Sahaja dia nak mengusik temannya itu, yela lamakan tidak berbual-bual macam ni.
''Heeeii kau ni kan Sarah kalau tak buat aq bengang tak boleh kan. Dari sekolah sampai sekarang, kau dah tak ada mangsa lain ke asyik aku je pulak yang kena. Kalau aku tahu macam ni tak ada maknanya aku nak telefon kau tahu?''jawab Fana. Dari suara sudah tahu yang dia tersinggung dengan kata-kata Sarah. Salah dia juga telefon salah waktu. Saat ini dia memang tiada mood nak berbual dengan sesiapa tapi disebabkan rakannya itu digagahkan juga.
''Ala-ala nak emo pulak. Rilek la aku saja je la tadi. Kan da lama tak jumpa kau tu la teruk sikit perangai aku ni hehee. Ha! Kau nak apa telefon aku sebenarnya ni, tak mungkin la sebab rindu je kan?'' balas Sarah, kali ini dia cuba menjaga tutur katanya. Kesian pula kalau berlanjutan membuat Fana begitu.
''Yela..yela.. aku tepon kau ni pun sebab nak bagitahu yang kita orang ada wat reunion untuk batch kita and for anyone who were invited. Bawa la sesiapa yang kau suka, termasuk kau punya ehem..ehem..''
''Siapa yang korang invite tu? Kasi la tahu. Kalau tak aku tak pergi.''
''Ekeleh nak main ugut-ugut la pulak. Mana la boleh bagitahu, nanti tak surprise la. Kau ni pun tak sabar-sabar pulak,''jawab Fana. Sarah kedengaran jelas yang Fana tergelak di hujung talian.
''Ni mesti ada agenda lain ni kan. Tapi takpe, selagi tak ada kena mengena dengan aku,'' balas Sarah pula. Walaupun Sarah sudah mula rasa curiga tetapi didiamkannya. Dia tak nak rakannya itu tahu.
''Haha mesti la ada kena mengena dengan kau. Macam tak biasa la pulak kau ni.''
''Hmm apa-apa je la. Bila korang buat reunion ni?''
''Aikk dah tak sabar-sabar ke? Haha.. Hm lagi 2 minggu. Datang tau, kita orang nak sangat jumpa kau. PLEASE!!''
''Iyo la..Insya-Allah aku kali ni cuti lama. Boleh kot pergi. Hmm okay la weh aku nak poie mandi jap.''
''Patut la aku bau something busuk. Haha.''
''Amboi..amboi..dah la bye. Asslamualaikum.''
''Bye.. Waalaikumsalam.''
Selesai sahaja Sarah membersihkan diri, Sarah terlihat akan gambar semasa dia masih di zaman persekolahan.

''Arghh sungguh indah zaman itu,''kata Sarah sendirian dalam biliknya itu. 
Diambilnya album gambar zaman sekolah yang disimpan dalam sebuah kotak di bawah katilnya. Semua kenangannya dan rahsianya tersimpan dalam kotak itu. Sebaik mungkin dia akan menjaga kotak itu dan isinya agar rahsianya tidak terbongkar walaupun pada kak longnya atau rakan-rakannya terutama papa.
''Ishh bahaya..bahaya..selisih malaikat empat puluh empat,'' ngomel Sarah sendirian.

No comments:

Post a Comment