17
KIMI masih sabar menunggu Sarah. Sudah banyak kali dia datang ke tempat kerja Sarah ini. Tapi dia tetap tidak dapat berjumpa dengan Sarah. Bila ditanya jururawat yang selalu bersama Sarah, dimana kebaradaannya jawapan nya tetap sama. Entah.. tak tahu. Macam disuruh pun ada.
Haii mana lak pulak minah ni. Aku dah buat salah apa dekat dia ni. Getus hati Kimi. Tiba-tiba dia nampak Sarah yang baru sahaja keluar. Sempat juga dia lihat Sarah seyum kepada seorang mak cik cleaner di situ. Lama juga aku tak lihat dia seyum macam tu. Macam mana kau nak nampak Kimi OI... dah kau dengan dia lama tak bersua muka. Haii sengal..sengal.
Dengan pantas Kimi bergerak ke arah Sarah yang baru sahaja hendak masuk kereta. Alhamdulillah hari ini baru dia dapat berjumpa dengan Sarah itu semua berkat bantuan Irfan juga yang memberitahu pukul berapa akak nya habis bekerja kalau tiada emergency.
Pergerakan Sarah terhenti apa bila pintu kereta yang dibukanya kembali tertutup. Lantas dia menoleh ke arah siapa gerangan yang main kasar dengan dia tu. Haii dah biadap ni main tutup tutup pintu bagai kalau tersepit kaki atau tangan aku macam mana. Kau nak tanggung.
" heii apa..masalah..kau ha," lenting Sarah tanpa memandang muka orang itu. Sebaik sahaja dia habis cakap baru da menoleh ke belakang apabila tiada sahutan daripada orang itu.
Punya terkejut tahap giler mati nya dia apabila orang itu adalah..
" Kimi?"
Kimi masih mendiamkan diri. Haii takut lak aku dengan ammat ni. Pandang semacam je. Sarah lansung tidak menghiraukan pandangan tajam Kimi itu, malah dia embali membuka pintu tapi sekali lagi ditutup oleh Kimi.
" heyy.. WHAT?" soal Sarah dengan kasar. Bengang betul aku dengan mamat ni. Dah la datang tak bagi salam, tak sopan pulak tu. Huh. Kimi masih memandang Sarah. Tidak lepas pandangannya.
" okay.. tak ada nak cakap apa-apa kan.. so please!" kata Sarah lagi dengan lebih lembut tapi ditekannya perkataan ' please ' tu. Kerana saat ini, tangan Kimi itu masih menutup pintu keretanya. Dan dia juga kini boleh dikira sudah di kepung oleh kedua belah tangan Kimi.
Sarah menolak Kimi sehingga dia ke belakang. Sekali lagi dia membuka pintu. Tapi kali ini tangannya pula yang disambar.
" heyy lepas laa.. giler apa?"
" jom ikut aku... naik kereta sekarang!" kata Kimi. Punya terkejut nya Sarah kerana sekarang gelaran antara mereka sudah berubah. Sarah sudah pun tertunduk menahan sakit apabila lengannya itu digenggam oleh Kimi. Mungkin mamat ni masih marah sebab itu lah dia pegang macam ni, kata hati Sarah.
" tak NAK.. tak nak!.. TAK NAK! LAAA!" jerit Sarah dengan sura yang agak kuat.
" jangan degil boleh tak.. dah ikut je. I don' care wheather you want or won't!" jawab Kimi. Sarah sudah pun dimasukkannya dalam kereta. Peluang ini dia tak akan lepas. Sudah lama dia mencar peluang untuk berjumpa selepas message yang diberi oleh Sarah itu tapi macam-macam cara Sarah buat untuk mengelakkan diri.
Sarah masih lagi menghentak-hentak kan kaki nya walaupun kereta yang dipandu Kimi sudah pun meluncur di jalan raya.
Sarah sudah pun mencapai telefon bimbitnya. Kalau ikut kan hati nak telefon je Izdham. Tapi nampak macam gedik laa pulak nanti sebab dibuatnya diorang gaduh sebab aku tak haru jadinya nanti.. hai masalah.. masalah..
" nak telefon siapa tu?" lembut sahaja Kimi bertanya. Api dengan api kalau lawan sampai bila pun tak akan selesai masalahnya. So terpaksalah dia mengalah.
" tak tahu buat apa... busybody.. heii boleh turun kan I tak haa.. tak ada masa laa nak layan you ni. Mana pergi nya awek you yang tak cukup kain tu. As her boyfriend.. I rasa ada eloknya you pergi shopiing beli baju yang tutup aurat sikit," sindir Sarah. Kalau bukan sebab kereta tengah laju meluncur, dah lama dia terjun dari kereta ni. Huh. Oi Sarah.. sayang laa nyawa sikit, huh.
" simpan laa phone tu.. kita dah sampai. Jom turun. I want discuss something with you!" kata Kimi tiba-tiba. Dia sudah pun tunggu di luar kereta. Sarah sahaja yang masih blurr dalam kereta.
Nak turun.. tak nak turun.. nak turun.. tak nak turun.. hishh sakit kepala. Mamat ni kan tak pernah buat aku senang berfikir tau kalau pasal hal dia huh. Kang turun, haru jadi nya pulak. Kot Tasha intip kitowang tak ke aku kena belasah karang.
Haii Sarah lupa ke kau tu kan ada silat. Nak takut apa dengan minah tak cukup kain tu. Kau lagi brutal pe. Dia tu tahu menggoda je. Hahaaha. Ishh turun je laa. Bantai laa apa pun yang berlaku nanti. Jahat gak mulut kau ni ek.. hehehe.
" lama fikir? Dah sedia laa ni. Okay jom duduk dekat sana. Panas laa sini," sindir Kimi sebaik sahaja Sarah keluar dari kereta.
Huh mamat ni memang suka sindir and sakit kan hati aku tau. Kang aku tinggal kau dekat sini baru tahu. Eh Sarah oi, kalau kau tinggal kan dia, kau nak balik naik apa?
Ala.. teksi kan banyak. Hehe. Cop..cop.. dia kata panas! Mana ada panas haa, sekarang ni kan time orang nak pergi beriadah. Dah petang dah pun. Huh sah anak orang kaya. Tak boleh kena panas lansung. Dah tahu macam tu, baik bawak aku pergi hotel. Hehhe.
" dah duduk.." tegur Kimi sebaik sahaja melihat Sarah. Sarah pulak seakan seperti mak turut yang hanya ikut apa yang dipinta oleh Kimi.
" so.. whats the problem?"
" masalah apa nya pulak. Awak yang bawak saya datang sini.. I'm the one who should ask that question to you," jawab Sarah. Sekarang pandanganna dibunag jauh memandang keindahan ciptaan Allah.
" okay.. okay. Cool. I terpaksa okay.. dah you susah sangat nak jumpa I bila I ajak keluar..," jawab Kimi pula. Dia pula banyak bersabar bila berhadapan dengan gadis di hadapannya ini. Sarah bukan seperti perempuan-perempuan yang pernah dia kenal. Cara dia, sikap dia semua nya jauh berbeza dengan Tasha.
Ya dia dapat tahu yang Tasha ada mendatangi Sarah untuk meberi amaran. Hal ini pun diketahui daripada Fana.
" so.. what? You nak apa? Cakap cepat.. I ada banyak kerja lagi."
" okay.. kenapa you jauhkan diri dari I? Did I do anything?" soal Kimi. Diakembali meandang Sarah yang duduk di sebelahnya itu. Tapi Sarah masih tetap pandang ke arah tasik yang terbentang luas di hadapan mereka.
" you nak tau.. okay. I bagitahu. First, girlfriend you tu dah hina keluarga I dan I. Second, I nak tanya betul ke yang you ni anak datuk?" terang Sarah dan kembali menyoal Kimi. Kimi hampir sahaja ternganga mulutnya apabila Sarah menanyakan soal itu.
" kalau I kata ya.. kenapa? You have problem with it?" soal Kimi.
" yess.. banyak problem I. Thanks for baing honest. Thats all for today. Its over between us. Dan I harap you tak kan jumpa I lagi. I tak nak laa jadi penghalang antara you dengan Tasha. Kang tak pasal-pasal mama you pulak yang datang serang I," sindir Sarah.
" what? Sarah.. tak kan pasal benda tu pun kita nak putus sahabat kot," jawab Kimi. Sarah sudah pun pandang Kimi dengan penuh tanda tanya. Sahabat? Ye ke?
" okay.. jangan laa pandang macam tu. I mengaku. That I'm already falling in love with you.. so can we go to serius relationship? Forget it about what Tasha said or my mom. Just follow what your heart says okay.. and bagi pihak Tasha dan mama I tolong maaf kan diorang?" tambah Kimi lagi. Dia tidak boleh menipu perasaannya lagi. Dan peluang ini perlu di ambil sepenuhnya.
Sarah diam untuk seketika. Dia kembali memandang Kimi dan memberikan sebuah senyuma sebelum mengatakan sesuatu.
" wah mudah nya.. you mengaku yang you love me.. serious relationship? Hemm.. you can say sorry a million times, say I love you as much as you want.. say whatever you want.. whenever you want.. BUT if you're not going to prove that you.. the things you say are true, THEN don't say anything at all.. because if you can't show it , your words don't mean a thing," terang Sarah.
Kimi yang mendengar setiap butir ayat yang keluar dari mulut itu hampir terkedu mendengar nya.
" yess.. I'll prove it to you. Satu hari nanti.. I pasti kita kan sah menjedi suami isteri. Dan saat itu you'll be proud of me.. I akan pasti kan you akan jadi isteri I no matter what," jawab Kimi.
Sebaik sahaja mengucap apa yang ingin dikatakan, perjumpaan mereka tamat disitu. Tiada siapa tahu adakah mereka akan bersama akhirnya. Itu semua ketentuan Allah. Jodoh, pertemuan, ajal, maut semua nya di tangan tuhan.
SARAH DAN BOBO MENGINAP DI RUMAH SEWA IKA, NAWA DAN FANA. Malam ini mereka sudah pun menyiapkan beberapa helai baju kerana esok mereka berlima akan bergerak ke rumah Amira. Esok majlis pertunangan Mira akan diadakan selepas pada waktu malam. Dia kata lebih romantik bila diadakan pada waktu malam.
Dan selepas itu, kami terus kan jelajahan kami dengan bertandang ke rumah Nawa pula. Haha kalau korang nak tahu, pertunangan Nawa ala-ala nak nikah pula. Siap dengan pelamin bagai. Haha. Itu seperti apa yang dia kata laa.
Ala biasalah hari bahagia dia kan.
" Guys! Attention please!" panggil Ika.
" yupp.. apa yang bleh saya bantu akak?" jawab Fana pula. Masing-masing sudah pun tergelak. Kerana antara mereka lima orang memang Ika yang tua. Tapi tua bulan je pun. Hehe.
" Haikal.. hemm.. propose me!" sengaja ditekannya ayat ' propose ' tu. Hehe. Ika mana boleh kalah dengan Nawa. Nawa nak bertunang, dia pun nak. Nasib baik bukan pengantin lelaki yang sama. Haha. Celupar pulak mulut aku haa.
" haaa? WHAT? Serius?" serentak mereka empat orang bertanya. Macam dah janji laa pulak. Hehe.
Ika sudah pun menutup mukanya dengan bantal. Eh korang jangan terkejut pulak kenapa Ika boleh bagitahu kitorang. Sebab dia dan Haikal tak lagi sembunyi kan hubungan diorang. Huhu.
Apa lagi selepas je kitorang tanya , Ika terus cerita apa yang berlaku.. jeles pun ada juga. Mana tidaknya, Nawa dah nak tunang. Ika pula dalam proses, kalau dapat restu dari kedua pihak so dia pun ikut laa gerak geri Nawa nak bertunang. Hehe.
" korang tau tak.. Haikal romantik gilerr. Siap nyanyi kan aku lagu tau. And aku cakap dengan dia aku pun nak nyanyi sama dengan dia. So kitorang berduet laa. Hehe lagu Pasha Ungu dengan bini dia Adelia tu. Hehe sama kan macam kisah aku dengan Haikal. I can't wait to be his wife laa," kata Ika lagi.
" cehh gatal betul minah ni. Kau lupa ke family dia macam mana?" soal Bobo pula. Fana pula menyampuk, " hampeh nya kau. Dah laa nyanyi pakai lagu favourite aku pulak tu. Hemm alangkah best nye kalau ada orang propose aku macam tu," kata Fana pula.
" eleh biarlah.. elok laa ada hubungan yang sah.. haa kau fikir apa sebenarnya Bo.. eleh Fana ada aku kesah. Dah dia yang nak nyanyi lagu tu, so aku pun join je laa.. hehe. Chop..chopp.. jangan nak ngada ngada ikut style Haikal propose aku tu ea.. ala nanti kau mintak laa Ibal buat yang lagi romantik..hahaha," Ika pula menyakat Fana.
" cehh kurang hasem kau.. tak pe.. nanti mesti dia buat lagi better and romantik dari Haikal kau tu. Huhu," jawab Fana pula. Haishh mulut sedap je kau cakap macam tu. Kau betul ke nak tolak lamaran abang saudara Sarah tu and terima Ibal. Are you really sure? Soal Fana kepada dirinya.
Nawa hanya tersenyum melihat gelagat teman-temannya itu. Kalau benar lah Ika mahu berkahwin, alhamdulillah. Sarah masih diam. Gelak tidak, senyum pun tidak. Najwa yang memerhati kan Sarah itu, tertanya-tanya kenapa temannya yang seorang itu moody.
Dia tidak menafikan yang Sarah kurang berjaya dalam hal percintaannya. Bermula dengan Izdham dan sekarang dengar cerita dengan Kimi. Tapi Sarah pernah beritahu yang dia dan Kimi itu hanya berkahwin. Dan dia masih menyukai Am.
Fana pulak beritahu Kimi tu ada perasaan dengan Sarah. Tapi Sarah je yang buat dek. Hai tak faham betul aku dengan kawan aku sorang ni.
Sarah tiba-tiba bangun dari tempat dia duduk. Cerita yang dipaparkan di televisyen itu lansung tidak menarik perhatiannya. Fana, Ika, Bobo and Nawa memandang tepat ke arah Sarah yang lagi berdiri itu.
" aku masuk bilik dulu.. ngantuk laa.. Bye! Good Night." Kata Sarah. Mereka berempat saling berpandangan dan akhirnya memandang Fana. Kerana Fana yang selalu tahu tentang masalah yang dihadapi oleh Sarah baik dari segi percintaan mahupun pekerjaan.
" APA? Kali ni betul! Aku tak tahu apa-apa.. tak pe, lain kali aku korek rahsia ea. Aku nak buat reben dekat hantaran Nawa ni. So jangan ganggu aku okay!" kata Fana sebaik sahaja melihat teman-temannya itu pulak memandangnya.
" cehh poyo je. Macam kau pulak yang nak bertunang. Nawa tak ada apa-apa kau pulak yang melebih-lebih. Bluekk! Dah lah aku pun nak tidur," kata Ika pula.
Sarah yang di dalam bilik masih tidak dapat menutup matanya untuk tidur. Teringat dia akan pertemuan dia dengan Kimi. Kejam sangat ke aku dengan dia. Habis tu aku nak buat macam mana, aku memang tak nak ada kaitan dengan orang macam Kimi tu. Lagipun aku belum mencintai dia lagi.
Walaupun aku tak nafi kan time kitorang berlanggar di UKM dulu, aku sedikit tercuit dengan wajah dan cara dia bercakap. Tapi itu semua bukan cinta. Tak.. tak aku tak cinta dia. Aku masih suka dengan Izdham.
" yess.. I'll prove it to you. Satu hari nanti.. I pasti kita kan sah menjedi suami isteri. Dan saat itu you'll be proud of me.. I akan pasti kan you akan jadi isteri I no matter what..
Argghhh.. kenapa ayat dia yang tu aku tak boleh nak lupuskan dlam kotak ingatan aku ni.. ishh kalau laa otak aku ni macam komputer kan senang. Senang je aku nak delete semua benda yang aku tak suka nak fikir.
Haa salah satu nya benda macam ni laa. Menyesakkan hidup betul. Huh. Dah laa kena fikir pasal kerja, benda tak berfaedah ni, masalah Fana and Ibal yang mintak aku tolong tu.
Adehh pandai betul kau ni kan Sarah, masalah kau pun tunggang terbalik ada hati nak tolong orang. Hai beb cermin la sikit muka tu. Hei aku tolong diorang pun sebab diorang tu BFF aku. Kalau diorang tak ada kaitan dengan aku, aku pun tak hadap laa nak selesai masalah diorang, buat sesak kepala otak aku je. Monolog Sarah sendiri.
Sedang dia asyik berfikir itu dan ini. Sehingga dia tidak sedar yang hari sudah lewat malam. Dicapainya pula novel Ombak Rindu di atas meja lalu dibacanya. Kerana sehingga sekarang dia masih tidak dapat melelapkan mata.
Harap-harap lah apa yang berlaku pada Izzah tak kan berlaku pada aku. Watak Izzah dalam novel Ombak Rindu itu amat menyedihkan. Bagaimana dia terpaksa meneruskan hidup apabila pak ciknya itu sanggup menjualnya demi melangsaikan hutang.
Sempat juga menitis air mata Sarah membaca apabila Izzah sanggup menjadi perempuan simpanan Hariz tapi mestilah dengan cara yang halal disisi Allah..
" awak boleh anggap saya ni perempuan simpanan tapi biarlah halal di mata Allah. Jadikanlah saya isteri awak. Saya janji saya tak kan minta apa-apa dari awak.. cukup laa tempat tinggal dan keselamatan dari. Saya tak mintak lebih, saya sedar dari mana awak kutip saya. Dan saya juga tidak akan menyoal tentang segala aktiviti awak. Tapi tolong lah biar semuanya halal disisi Allah.."
Petikan dialog Izzah itu amat menyentuh perasaan. Tapi Sarah sedari air mata itu jatuh dengan labih deras. Mungkin bukan keran faktor dia membaca novel sahaja.. mungkin terdapat juga faktor lain.
Sarah akhirnya lelap dalam angan-angannya untuk berkahwin juga. Mana tidaknya Nawa kan bertunang, Ika dalam proses dan Fana mungkin sahaja akan melangkah ke alam itu juga.
Hanya dia sahaja yang masih banyak masalah. Memang sejak dia sudah bekerja, dia lebih mengutamakan kerja daripada segala hak. Hai Sarah kalau susah-susah sangat.. suruh je la papa cari kan. Jodoh yang dipilih oleh keluarga itu bukankah lebih baik dan sempurna.
Moga Allah telah menetapkan aku jodoh yang terbaik. Yang mampu membimbing aku di dunia dan akhirat. Yang baik udi pekertinya, penyayang dan ciri-ciri lelaki yang diidam oleh seorang wanita. AMIN ya rabbana al-amin...
No comments:
Post a Comment