Saturday, July 23, 2011

Tak Seindah Impian

5


arah dikejutkan dengan bunyi loceng jamnya yang membingitkan telinga.
" Arghh bising laaa pulak jam ni,'' bebel Sarah sambil tangannya pantas mengambil bantal untuk menutup telinganya yang sudah sakit itu tapi usahanya itu sia-sia belaka.
'' Yela-yela aku bangun ni..huh,'' kata Sarah pada jam locengnya seakan jamnya itu memahami dengan apa yang dikatakan. Sarah mengerling ke arah jarum jamnya yang menunjukkan tujuh pagi.
'' Seb baik laa aku uzur hari ni, kalau tak memang terlepaslah waktu subuh,'' bebelnya lagi. '' tapi still mata ni susah nak bukak..huh,'' sambungnya lagi. Kali ini digagahkan seluruh anggota badannya untuk bergerak. Salah dia juga menonton televisyen sehingga larut malam mentang-mentanglah kak longnya tiada kerana outstation, dia pun mengambil peluang. Hehe siapa tak kenal Sarah, pantang ada peluang akan terus disambarnya. Jangan tertanya pulak kenapa papa tak ada sebab sekarang ni aku duduk dengan kak long kat Kuala Lumpur sementara nak start kerja nanti.
            Selesai menyegarkan dirinya, Sarah terus keluar dari bilik air dengan tuala sahaja sejak dia tinggal bersama kak longnya. Alah perempuan dengan perempuan apa salahnya, jawab Sarah ketika Ati menegurnya keluar dari toilet dalam keadaan begitu. Sarah yang begitu leka memilih pakaian tekejut dan hampir terlucut kainnya apabila terdengar satu suara garau yang seakan suara perempuan pun ada.
'' Wah..wah..seksinya akak kita sorang ni,'' kata suara itu. Lantas Sarah menoleh ke arah datangnya suara itu. Kali ini lagi terkejut reaksi dia apabila melihat sahabatnya itu ada di katilnya.
'' Boleh terliur laki kau tengok ni..haha.. kitorang tengok pun dah terliur sikit.. camne ni fana,'' tambah Ika pula yang gemar menyakat dari zaman sekolah lagi.
Kali ini mereka bertiga sudah pun ketawa dengan kuat sekali mana tidaknya tiga suara bergabung menjadi satu. Kalaulah rumahnya saat ini mengguna atap nipah maun sahaja terbalik jadinya disebabkan ketawa mereka bertiga terutamanya si Farhana Joyah tu. Dari sekolah memang ketawa dia sahaja yang dia nak ditonjolkan tak kira tempat langsung. Tapi masa telah berubah, sekarang dia dah kurang sikit ketawa dengan gila tapi kali ni entah apa yang merasuknya agaknya. Tapi itu mungkin salah satu kelebihannya, dengan gelak tawa dan sikapnya yang ceria itulah yang membuatkan ramai yang terpikat dengannya. Tapi itulah jual mahal sangat, kata dia alah dia masih muda malas nak fikir nak terikat dengan sesiapa, selagi masih muda nikmati lah hidup sebaik mungkin jangan senang sangat nak bagi hati kita kat orang.
            Sarah sudah tercengang melihat rakan-rakannya yang sudah terpacak di biliknya. Entah dari mana mereka datang dan macam mana pulak cara mereka masuk. Takkan lah dia tak kunci pintu semalam. Tapi seingat dia, dia sudah pun mengunci semua pintu sebaik kak long nya pergi.
'' Heey korang cakap apa ni, tak malu ke?'' balas Sarah pula.
'' Eh laki aku sorang jew tau boleh tengok.. yang korang ni buat aku terkejut je, hampir nak terlucut tuala aku. Sebaik dapat kawal tau..kalau..t..'' sambung Sarah lagi tapi sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya, Ika sudah pun memotong.
'' Yelaa sebaik kan.. kalau tak.. free..free jew kitorang dapat tengok. Betul tak?'' sekali lagi Ika berjaya mengenakannya. Kali ini juga gelak tawa mereka bergabung buat kali kedua kerana berjaya membuat mukanya merah saat ini.
Huh malunya, siaplah korang ada ubi ada batas ada hari akan ku balas, kata Sarah dalam hatinya. Saat ini dia sudah pun membuat muka, biar rakan-rakannya itu tahu yang dia sekarang ni memang sakit hati dengan mereka tapi sia-sia sahaja, usaha dia itu tidak bertemu kejayaan malah menyakitkan hatinya lagi apabila mereka mengenakannya lagi.
'' Cop..cop.. jangan cakap yang ko ambil serius yang kitorang terliur tengok kau berkeadaan tuala ni,'' tanya Nawa tiba-tiba. Sekali lagi muka Sarah pun merah. Ya, dia hampir terpedaya dengan kata-kata rakannya itu.
'' Eh.. mana ada. Merepek je. Tak ada aku nak ambil serius. Lainlah yang cakap tu laki aku, konfem aku dah tersengih sampai nampk gusi,'' balas Sarah sambil tersenyum sinis dan akhirnya tersembur juga ketawanya apabila melihat reaksi Ika yang sudah pun mengambil bekas sampah di bawah mejanya dan buat-buat untuk muntah. Haha.. geli hatinya melihat gelagat temannya itu.
Dia sangat bahagia sekarang dengan adanya sahabat karibnya, kak Ati dan papa dia rasa kehidupan dia sudah lengkap tanpa seseorang yang bergelar lelaki di sisi. Ditambah lagi, dia akan mula bekerja selepas cutinya habis bulan ini.
'' Eh sorry sikit, aku pun tak kempunan lagi nak tengok kak oi. Kalau terlucut sekalipun kau punya tuala tu, aku sendiri merelakan mataku ditutup dengan bantal tau,'' balas Fana pula sambil menutup matanya dengan bantal. Sarah masih lagi tertawa malah kali ini semakin kuat.
'' Hey..dah..dah! keluar! Aku nak pakai baju dah ni. Tak kan la nak tengok pulak,''
'' Ehh.. boleh ke?'' balas Nawa pula sambil memaparkan senyuman menggoda dengan keningnya diangkat-angkat.
Sarah yang melihat Nawa membuat muka begitu lantas melemparkan bantal peluknya ke arah Najwa. Berlari-lari Nawa untuk mengelak dari terkena balingannya itu. Diikuti dengan Ika dan Fana.
'' Gatal!! Jangan harap aku nak bagi la,'' sempat lagi Sarah menjerit sambil menutup pintu biliknya.
 Tak juga dia lupa untuk mengunci pintu biliknya. Lebih baik sediakan payung sebelum hujan kan? Karang tak pasal-pasal sahabatnya itu sudah pun menerjah masuk.


Selesai berpakaian , Sarah terus turun untuk menyediakan sarapan. Saat dia ingin ke dapur, dia melihat Ika dan Nawa sedang menonton televisyen manakala Fana pula sedang duduk di hadapan komputer yang ada di ruang tamu itu sambil tangannya pantas menekan-nekan di keyboard. Entah apa yang dibuatnya itu. Setelah beberapa minit..
'' Korang.. meh la breakfast. Ala biasa-biasa je, orang bujang buat la katakan,'' pelawa Sarah dengan senyuman yang tidak lekang dibibirnya itu. Sekurang-kurangnya rakan-rakannya ada di sini tak ada lah dia terlalu bosan.
'' Eh korang.. air bujang ke? Bukannya anak dara ke?'' tanya Fana pula sambil tangannya sudah menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
'' Hish kau ni jangan jadi lembab boleh tak? Bujang yang dikatakan Sarah tu maksudnya single la,'' jawab Ika pula. Nampak riak muka yang geram di mukanya.
Fana hanya senyum tersipu apabila ditegur Ika begitu. Sarah pula hanya menggeleng-geleng kepala. Apalah jadi dengan corak kehidupanya kalau teman-temannya ini tiada disisi? Tiba-tiba soalan itu terpacul di otaknya.
''Eh korang datang ni nak apa?''tanya Sarah tapi belum sempat dijawab ditujukan lagi soalan.
'' Eh kejap..kejap! Macam mana korang masuk ha?'' tanya Sarah lagi, jelas terpacar wajah kebingungan di mukanya.
'' Ala biasalah, kitaorang kan ada bakat membuka pintu yang berkunci tanpa perlu menggunakan kunci pun. Ditambah lagi dengan bantuan pakar seperti aku ni haha,'' balas Nawa sambil tangannya menunjuk ke arah diri sendiri dengan muka dia yang sudah bangga itu.
'' Eh yeke? Ish bahaya laa korang ni. Dibuatnya jiran aku nampak, dikatanya pulak pencuri,'' jawab Sarah pula dengan nada tidak puas hati.
            Sarah ni juga boleh dikira lurus bendul atau lebih tepat lagi blurr antara mereka berempat. Tapi bila dia dah start buat lawak bodoh dia tu, memang susah lah orang nak potong apa yang dia cakap tu.
'' Kau ni Sarah.. muka kitorang yang cun habis ni tak kan la dikata pencuri pulak.. huh kau ni pun, sengal!'' kata Nawa pula.
'' Sarah..Sarah.. yang kau pergi percaya cakap Nawa tu buat apa. Tak kan la kau dah lupa kot yang kau pernah bagi kitorang kunci spare and kitorang boleh datang sini bila-bila masa je,'' sampuk Fana pula.
'' Ouh ek? Haha..lupa sudah..''
'' Eh lupa lak. Sarah pergi la siap cepat, hari ni kan off day. Jom laa kita pergi beli baju untuk reunion uh. Please! Kau pun mesti belum beli lagi kan,'' pujuk Ika dengan wajah manjanya itu dengan harapan Sarah akan bersetuju. Dari sekolah sampai sekarang memang susah nak ajak Sarah keluar. Sarah mempunyai seribu satu alasan yang susah nak patahkan.
'' Aku tak tanya lagi laa dengan kak Ati. Sorry ek,'' jawab Sarah.
'' Tengok dia dah mula nak bagi alasan. Tak payah risau aku dah tanya dengan kak Ati dia okay je,'' balas Fana pula.
Aku pun belum beli lagi baju untuk reunion tu jadi tak salah kot kalau aku ikut diorang. Alah sekejap je pun, kata Sarah dalam hatinya. Akhirnya Sarah memberi senyuman pada rakan-rakannya dan diikuti dengan anggukan tanda dia bersetuju. Seraya itu Ika sudah lompat kegembiraan lalu memeluknya, tidak terkecuali juga Nawa dan Fana.

Semasa mereka berempat di KLCC. Ika dan Fana telah pergi ke butik pakaian yang menjual pakaian mengikut fesyen dan trend terkini. Manakala Sarah dan Nawa ke butik Muslimah. Pakaiannya tidak kurang hebatnya, masih mengikut trend dan  fesyen semasa dan masih mengekalkan identiti seorang muslimah itu.
'' Nawa, aku nak pergi pee..pee.. jap hehe. Nanti kita jumpa kat KFC ea. Kau text aku tau bila dah sampai,'' kata Sarah ketika Nawa masih membuat bayaran dan begnya yang berisi baju itu diberi pada Nawa.
'' Hemm..ha? Ouh okay. Cepat sikit tau!'' sempat lagi Nawa menjerit dengan nada yang sedikit perlahan ketika Sarah hendak keluar dari butik itu.
            Selesai sahaja dia melepaskan hajat dia pun mengeluarkan novel yang sempat dia beli sebentar tadi selepas dia ke ladies. Sedang dia asyik membaca novel dengan tidak sengaja dia telah melanggar seseorang.
'' Ouchh..!'' hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya.
Hee siapa pulak yang laggar aku ni. Macam tak ada orang lain je nak langgar. Apa dia ingat aku ni tiang ke. ARGGHH marah Sarah dalam hatinya.
'' Ehh..maaf. sakit tak?'' tanya pemuda itu.
Suara tu? Macam aku pernah dengar je. Tapi tak kan lah. Sarah masih lagi terduduk di situ. Tapi Sarah masih lagi marah dengan pemuda itu tanpa menghiraukan siapa pemilik suara itu.
'' Ingat best sangat ke...ke..''
Tidak sempat Sarah menghabiskan ayatnya lagi lelaki di hadapannya ini sudah pun memotong cakapnya. Hishh pantang betul aku kalau orang potong cakap aku ni. Sarah sudah pun bangun dari tempat dia terduduk tadi.
'' Awak!'' kata pemuda itu pula. Sarah sudah kebingungan. Pemuda di hadapannya ini seperti mengenalinya sahaja. Tapi suara tu masih tetap sama. Tak kan la dia pemuda yang aku langgar dulu. Sarah memejamkan matanya untuk mengingati seraut wajah itu tapi langsung dia tak nampak semuanya kabur. Sarah kembali membuka matanya.
"Awak!'' panggil pemuda itu lagi.
" Ye. Saya dengar ni" jawab Sarah. Dalam hati diaberdoa-doa janganlah pemuda di hadapannya ini pemuda yang pernah dia langgar dahulu. Dia tak bersedia nak jumpa dalam keadaan begitu.
'' Awak ingat saya tak?'' tanya pemuda itu lagi.
Apa yang aku tak nak itu lah yang akan terjadi huh. Walaupun dia sudah cam lelaki ini melalui suara tapi dia masih buat tak tahu.
'' Ha? Maaf..''
" Ingat tak..yang buku saya pernah jatuh atas kepala awak tu."
"Ouh yang tu..ingat kot.." balas Sarah acuh tak acuh. Kalau dulu dia memang nak berjumpa lagi dengan pemuda itu selepas pelanggaran mereka tapi dia tak nak hari ini.
" Alhamdulillah. Sebaik awak ingat. Lega saya'' jawab Kimi. Sesungguhnya dia memang takut kalau gadis di hadapannya ini tidak mengingatinya. Pertemuan yang tidak dijaga ini memang membahagiakan hari dia. Walaupun sebentar tadi dia rasa tension sangat dengan Tasha, menantu pilihannya mamanya itu telah hilang sebaik sahaja melihat gadis di hadapannya ini.
" Ha? Kenapa alhamdulillah pulak?'' tanya Sarah. Dia kini sudah kembali menunduk untuk mengambil novel dan telefonnya yang terjatuh tadi. Untung sahaja tidak pecah. Tahan lasak juga telefonnya ini. Pemuda itu juga turut tunduk untk mengambil barangnya.
" Tak ada apa. Saje je. Lepas pelanggaran kita depan library tu, saya ada cari awak,'' jawab Kimi sambil tangannya ligat mengumpul kembali kertas yang berselerak itu dan masuk kembali ke dalam fail.
Sarah yang masih terkejut dengan sikap terus terang pemuda itu terdiam. Dan ketika dia memandang lelaki itu untuk mendapatkan kejujuran disebalik kata-katanya. Malang tidak berbau, sedang dia asyik memandang pemuda itu tiba-tiba Kimi menoleh kerana merasakan dirinya diperhatikan. Sarah yang terkejut itu pantas mengalihkan pandangannya kerana tidak sanggup berlawan mata dengan pemuda itu. Disebabkan itulah tanpa disedari dia telah tersalah mengambil telefon yang juga sama warna, bentuk dan brand dengan lelaki itu.
Selepas mencapai novelnya, Sarah bangun untuk berlalu pergi tanpa pantas dihalang oleh Kimi.
Kali ini dia tidak akan lepaskan gadis ini sebelum mengetahui namanya dan kalau diizinkan nombor telefonnya sekali.
" Ya?" tanya Sarah kerana laluannya dihalang.
" Hemm..jom kita pergi minum-minum lepas tu boleh berbual-bual sikit," pelawa Kimi.
" Maaf lah, saya datang sini dengan kawan. Dia tengah tunggu dekat KFC tu,'' jawab Sarah pula. Dengan lembut dia menolak pelawaan itu walaupun hatinya melonjak-lonjak ingin menerima tapi bila teringat teman-temannya dia terpaksa menolak. Gatal juga kau ni kan Sarah, kata Sarah dalam hatinya.
" Ouh yeke. Lelaki ke perempuan? "
Sarah semakin pelik adakah saat ini dia girlfriend pemuda ini sehingga dia bertanya begitu. Tapi dijawab juga soalan itu.
" Perempuan laa..nape?''
" Ha? Tak ada pape la," jawab Kimi bagi menutup kebimbangannya.
Sarah yang mendengar jawapan itu hanya tersenyum dan kembali ingin meneruskan jalannya tapi terbantut sekali lagi apabila pergelangan tangannya dirasakan seperti dipegang. Lantas Sarah menoleh kembali. Cepat-cepat ditarik tangannya itu.
" Maaf saya tak sengaja. Boleh tak saya tahu nama awak?'' tanya Kimi lagi. Dia seperti susah nak bercakap dengan gadis ini. Dia merasakan gadis di hadapannya ini tidak seperti gadis-gadis bandar lain. Gadis ini masih mengekalkan gaya dan sikap muslimah.
Sarah hanya memandangnya dengan senyuman dan berkata " Kalau dah ditakdirkan nanti kita pasti akan bertemu lagi. Dan ketika kita bertemu buat kali ketiga dengan cara berlanggar juga baru saya akan beritahu nama saya. Saya juga tak nak tahu nama awak buat masa ini,'' jawab Sarah.
" Baik saya setuju. Saya juga beranggapan pelanggaran kita yang pertama hanyalah kebetulan dan yang kedua ini tidak disengajakan. Tapi kalau sudah kali ketiga saya akan anggap memang kita sudah ditakdirkan berjumpa dan saya juga anggap yang awak ni mungkin sahaja jodoh saya,'' balas Kimi pula.
Sarah yang mendengar perkataan jodoh itu dengan tiba-tiba senyuman dibibirnya mati. Dia takut untuk mendengar perkataan itu. Bukan sebab dia takut dengan jodohnya tapi dia takut bila sudah ada perkataan jodoh pasti sahaja mereka akan terikat sesama sendiri, itulah yang dia takutkan. Takut dilukai.
Tapi dia cuba juga membalas senyuman pemuda itu dan seterus mengangguk menandakan dia pun bersetuju lalu Sarah pun berlalu dari situ. Sarah sudah pun hilang dari pandangannya saat ini tapi dia tetap berdoa bahawa akan ada pelanggaran lagi antara mereka selepas ini. Dan saat itu dia akan mengetahui nama gadis itu. Dia pun berlalu dari situ. Tanpa mereka sedari takdir telah pun menetapkan mereka bertemu lagi. Dan takdir juga telah membuat mereka akan berhubung melalui telefon bimbit yang masing-masing tersalah ambil.

            Sebaik sahaja Sarah melangkah masuk, Sarah melihat rakan-rakannya sedang asyik menikmati ayam KFC.
" Hai korang. Sorry lambat!" tegur Sarah tapi Ika, Fana dan Nawa sudah pun membuat muka. Sarah juga tidak terlepas membuat muka kesiannya.
" Yang kau ni lambat sangat kenapa? Apa kau tolong acik cleaner tu cuci tandas ke? Ke kau kena sembelit tiba-tiba pulak?'' tanya Nawa pula.
" A'aa la, kau bertapa apa dalam tandas tu?'' tambah Ika pula. Langsung dia tidak diberi peluang untuk potong cakap Ika dan Nawa.
" Ala guys sorry la. Aku ada hal tadi. Baguslah korang makan tanpa tunggu aku..''
Tapi sebelum sempat Sarah menghabiskan ayatnya Fana sudah pun potong cakapnya.
" Banyak la kau kitaorang tak tunggu. Kitaorang tunggu tau. Tapi disebabkan kau lambat dan perut kitorang merengek-rengek minta diisi jadi terpaksa lah makan juga.'' Kata Fana sambil menunjukkan aksi seperti hendak mencekik Sarah.
" A'aa kitorang pun ada telefon kau. Tapi tak ada orang angkat. Asal?'' tanya Nawa pula. Sarah sudah pun mengeluarkan telefonnya. Dilihat telefonnya sudah pun mati lalu dia tunjuk kan pada temannya. Mereka sudah pun mencebiknya.
" Kau ni boleh bagi aku habis cakap dulu tak?" kata Sarah pula. Dia sudah bengang, pantang nenek moyang dia kalau dia tengah cakap ada sahaja orang menyampuk. Lagi pun dia sudah minta maaf , yang kawannya nak perbesarkan lagi apasal. Marah Sarah dalam hatinya.
" Aku ada hal mendadak la. Aku kena balik dulu la. Nanti kita jumpa time reunion tu ea," kata Sarah lagi. Saat ini dia hanya ingin berada di rumah sahaja. Malas hendak meneruskan rancangan mereka selepas incident tadi.
" Asal lak?'' tanya Fana. Nawa dan Ika hanya mengangguk-angguk untuk mendapatkan kepastian.
" Ada lah. Nanti kita jumpa okay? Bye!'' jawab Sarah. Pantas dia bangun dari tempat duduknya dan melambai ke arah teman-temannya itu dan terus berlalu tanpa menunggu jawapan mereka. Sengaja Sarah berbuat begitu, kalau tidak pasti akan berduyun-duyun soalan yang diajukan nanti.
Arghh katilku...kepala dia saat ini sakit sekali. Kalau lah dia dapat baring alangkah nikmatnya. Sebab itu la dia nak balik saat ini.

No comments:

Post a Comment