INI ADALAH HASIL KARYA AKU YANG PERTAMA.
HOPE KORG DPT BG PENDAPAT MENGENAI KARYA AKU NI.
HUHUHUU ENJOY! :)
HOPE KORG DPT BG PENDAPAT MENGENAI KARYA AKU NI.
HUHUHUU ENJOY! :)
EPILOG
anya tinggal lagi dua kertas sahaja, Sarah akan habis semester akhirnya dan dia akan pulang ke Negeri Sembilan untuk habiskan cuti semesternya sebelum menghadiri konvokesyen pada tahun hadapan.''Sarah! Cepat la sikit. Kau ni kalau bersiap mengalahkan datin,'' teriak Afiqah dari luar rumah sewa mereka.
''Ala bo sabar la sekejap, aku dah siap la,'' balas Sarah pula.
Afiqah memang dikenali sebagai bobo dikalangan rakan-rakan rapatnya. Gelaran bobo telah digunanya sejak dari sekolah menengah lagi. Tiba-tiba Sarah tergelak seorang diri dan tanpa disedarinya dia telah diperhatikan oleh sahabtnya itu.
''Cik kak oi, nak tergelak pon jangan la tiba-tiba macam tu. Nanti pandang dek orang habis malu aku. Dikatakan pula aku ni berkawan dengan orang gila.''
Sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan bobo itu lantas Sarah menghadiahi satu jelingan yang tajam ke arah bobo.
''Amboi, sedapnya mulut kau mengata aku. Kalau sehari tak kenakan aku bukan bobo nama kau kan,''jawab Sarah sambil menghidupkan enjin keretanya.
''Tak kan marah, santai sudah la. Aku memain je dan pembetulan nama aku Nurul Afiqah bt Zamrose ok, yang bobo yu hanyalah gelaran ,'' balas Afiqah.
''Apa-apa je la. Tadi kata dah lambat tapi dari tadi aku tengok kau ni membebel je macam nenek kebayan. Dah, cepat naik kereta. Jangan lupa pulak kunci semua pintu,'' jawab Sarah.
Sebaik sahaja Afiqah sudah yakin bahawa semua pintu telah pun ditutup olehnya lalu dia pun masuk ke dalam kereta. Kali ini tidak seperti selalu, Sarah terus memulakan perjalanan mereka tanpa memulakan apa-apa bicara dan Sarah juga lupa singgah di warung yang mereka selalu kunjungi untuk bersarapan pagi. Sarah juga tidak perasan sewaktu Afiqah memandangnya apabila mereka melalui warung tersebut.
1
arah sudah menyedari kelengangan suasana dalam keretanya. Dia mula teringat akan kata-kata yang dilontarkannya kepada Afiqah. Adakah disebabkan kata-kata itu yang membuatkan sahabatnya itu tersinggung. Bagi Sarah suasana yang membosankan dalam kereta adalah antara perkara yang tidak disukainya tetapi apabila melihat kembali muka temannya itu dia hanya mematikan sahaja hasratnya untuk memulakan bicara. Topik yang dibualkan oleh juruhebah radio itu langsung tidak memberi apa-apa maksud kepada dua orang sahabat itu.Sebaik sahaja sampai di Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) dan Sarah sudah pun meletakkan keretanya di tempat parking, dia melihat Afiqah terus sahaja turun tanpa berkata apa-apa kepadanya. Lantas Sarah memanggil sahabatnya itu.
''Bo! Kau balik pukul berapa? Hari ni aku habis periksa lambat sikit. Dalam pukul lima setengah baru habis. Aku ada kertas pagi dengan petang. Kau pulak?''tanya Sarah.
Sebelum menjawab, Afiqah hanya memandangnya sahaja. ''Kalau macam tu, aku balik dulu nanti. So kau tak payah la tunggu aku tau. Aku punya kertas pagi je sampai pukul satu ,'' balas bobo dan terus berlalu tanpa mendengar jawapan Sarah.
Sarah hanya memandang temannya itu dengan wajah yang rasa bersalah. Untuk melupakan apa yang terjadi antara mereka, Sarah terus mengatur langkah ke perpustakaan bagi mengulangkaji pelajaran sementera menunggu paper examnya mula pada pukul sepuluh pagi.
Masa yang diambil untuk ke perpustakaan sepuluh minit dan jam ditangannya sudah menunjukkan pukul lapan lima puluh pagi. Tiba-tiba dia merasakan dia telah melanggar seseorang dan dia sudah pun terduduk selain matanya berpinar kerana dia dapat rasakan ada buku yang jatuh di atas kepalanya.
''Aduh!'' hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar dari mulutnya sambil mengusap kepalanya yang bertudung itu.
''Maaf la, saya tak perasan awak lalu tadi. Saya tengah leka membaca tadi. Awak sakit kat mana? Nak saya bawa ke bilik kesihatan ke?''kata lelaki yang tidak dia kenali itu.
Sarah lantas memandang ke wajah yang mengeluarkan kata-kata tersebut.
''Tak..t..takpe. salah saya juga berkhayal waktu tengah jalan tadi. Cuma kepala saya sakit sikit tadi. Sekarang dah elok sikit,''jawab Sarah dalam keadaan yang terketar-ketar. Dia sendiri keliru kenapa dia berkeadaan begitu. Adakah kerana dia terpegun melihat wajah lelaki itu atau mendengar suara lelaki tersebut yang boleh membuatkan sesiapa wanita sahaja terpikat.
''Ouh yeke. Memang patut la kepala awak sakit, buku saya ni tebal tau. Haha.''balas lelaki itu sambil memberikan sebuah senyuman yang boleh membuat sesiapa pun tergoda. Sarah hanya membalasnya dengan senyuman juga. Kali ini lelaki itu memandangnya dengan pandangan yang lain lantas Sarah mengalihkan matanya.
''Awak tak nak bangun ke? Ramai dah orang pandang kita ni.''kata lelaki itu lagi.
''Ha? Yeke? Mesti la nak bangun.''
Melihat sahaja Sarah susah untuk bangun dengan pantas lelaki itu membantunya untuk bangun dan kembali tunduk untuk mengambil buku-buku mereka. Lelaki itu meletakkan buku-buku tersebut di atas meja yang terletak di tepi perpustakaan. Sarah melihat lelaki tersebut datang kembali ke arah dia dan memimpin dia ke arah meja tadi.
''Herm..saya boleh jalan la tadi. Lagipun kepala saya yang sakit bukannya kaki. Malu la orang pandang tadi.''
Lelaki itu hanya tersenyum mendengar apa yang dikatakan Sarah.
''Saya tau..saja nak pimpin awak. Biarlah orang pandang.''
''Nanti marah la pulak girlfriend awak,' balas Sarah sambil tersenyum.
''Memandai je. Mana ada girlfriend. Lain la macam awak kan, mesti dah ada boyfriend. Perempuan lawa macam awak ni tak kan tak ada yang tersangkutkan.''
Sarah tergelak apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu.
''Asal pula awak gelak. Herm.. betul la tu kan,'' kata lelaki itu lagi dengan muka peliknya kerana tidak dapat mencari apa yang salah dalam kata-katanya.
''Tak ada apa-apa. Cuma lawak je apa yang awak cakap tu. Ada yang tersangkut? Tak ada maknanya,''balas Sarah sambil mengerling ke arah jam tangannya. Punyalah terkejut Sarah apabila melihat jam sudah pun menunjukkan pukul sembilan setengah.
''Kenapa?''tanya lelaki itu lagi.
''Tak.. saya dah nak kena pergi dewan periksa. Paper mula pukul sepuluh.''
''Ouh yeke?''balas lelaki itu lagi sambil mengerling ke arah jam di tangannya pula.
''Okay la saya nak kena pergi dulu ni. Ada rezeki nanti kita jumpa lagi.''
''Okay. Bye.''jawab lelaki itu.
Sarah pun berlalu dan dia menoleh kembali, ''Sorry pasal tadi,''kata Sarah lagi.
Lelaki itu hanya memandangnya sambil tersenyum. Sarah pun terus berlalu.
Hakimi asyik teringat akan kejadian pagi tadi apabila dia melanggar seorang perempuan. Dia seakan terpegun apabila melihat perempuan itu tersenyum dan matanya yang bersinar itu membuatkan dia tidak lena untuk tidur.
''Eh apa nama perempuan tu? Aku lupa tanya la pulak. Dah la dia amek course apa pun aku tak tau,'' ngomel Kimi sendirian.
Sejak dia pulang dari petang tadi, dia tidak dapat melupakan wajah tersebut. Wajah itulah yang membuatkan diri dia tidak tentu arah sehinggakan rakan sebiliknya ada menegur tadi. Hakimi membuat keputusan akan pergi lagi ke perpustakaan untuk melihat jika perempuan itu ada datang lagi. Keesokan harinya, selepas sahaja habis menjawab paper exam yang terakhir tadi dia terus sahaja pergi ke perpustakaan dan tunggu di meja semalam.
Setelah hampir setengah jam menunggu orang yang dinantikan tidak juga muncul-muncul telah menampakkan riak wajah yang sedih di muka Kimi. Dia menoleh ke belakang apabila terdengar bunyi benda terjatuh dan disaat itulah perempuan yang dinantikan itu keluar dari perpustakaan dan lalu di sebelah Kimi tapi masing-masing tidak perasan orang yang dicari sudah sangat dekat dengan mereka.
Sebaik sahaja Sarah ingin menuruni tangga Kimi kembali menoleh tapi malang baginya kerana Sarah sudah pun menuruni tangga. Orang yang dinantikan tidak juga muncul-muncul akhirnya Kimi pun pulang kerana beranggapan yang Sarah sudah pun pulang ke kampung halaman. Dia pun akan pulang ke kampung pada hari ini dan keiniginnya untuk bertemu lagi dengan perempuan itu tidak kesampaian. Jika ada jodoh diantara mereka, mereka pasti akan bertemu di mana-mana tempat yang telah dirancang oleh-NYA.
Di rumah sewanya, Sarah masih bersiap-siap untuk pulang ke rumahnya di Negeri Sembilan dan seperti biasa dia akan menghantar Afiqah ke rumahnya. Hal ini kerana rumah dia dan Afiqah dekat. Tiba-tiba dia teringat akan peristiwa pelanggaran antara dia dengan lelaki di depan perpustakaan itu. Sejak peristiwa itu, dia seperti tidak dapat melupakan apa yang berlaku ketika itu dan juga suara itu. Sarah menutup matanya untuk mengingat kembali wajah lelaki itu tapi dia kembali membuka matanya.
''Ish..asal muka dia kabur ni. Suara dia je yang aku dengar,'' ngomel Sarah sendirian di dalam biliknya.
''Cik kak oi..muka siapa yang kabur? Suara apa yang kau dengar? Ha! apa yang kau tak cerita lagi kat aku ni?''tiba-tiba Afiqah tanya. Entah bila dia ada dekat situ tiba-tiba lontarkan pertanyaan yang tak henti-henti, bisik Sarah dalam hatinya.
''Kau ni kan dengar je apa yang aku cakapkan. Ni siapa suruh kau masuk? Dah mintak izin belum sebelum masuk?''balas Sarah pula.
''Eh..eh kau ni aku tanya kau, kau tanya aku balik pulak. Sejak bila pula aku nak masuk bilik kau kena mintak izin. Mimpi ke apa. Jawab la apa yang aku tanya tadi."
Sarah bangun dari katilnya dan pergi ke tandas sebelum datang dari katilnya dan pergi ke tandas sebelum datang kembali mengambil tuala dan barang mandiannya. Dia sempat juga mengerling ke arah Afiqah yang masih menanti jawapan darinya tetapi hanya senyuman sahaja yang diberikan.
Setelah menanti jawapan daripada Sarah , Sarah tidak juga muncul-muncul malah Sarah berlalu pergi ke tandas tanpa memberikan apa-apa jawapan kepadanya.
''Minah ni kan, kalau aku tanya something tak pernah nak jawab. Mesti nak larikan diri. Agak-agaknya kan dia tengah fikir pasal siapa ek? Ala Sarah kau tak kan dapat simpan lama-lama cerita tu la, nanti mesti kau cerita kat aku punya. Just wait and see,''kata Afiqah sendirian ketika Sarah masih berada di bilik air. Afiqah keluar dari bilik itu setelah melihat Sarah tidak juga keluar-keluar dari bilik air. Malas untuk dia menunggu lagi, lebih baik dia pergi bersiap-siap ada juga manfaatnya.
Lebih kurang setengah jam mereka berdua bersiap akhirnya mereka pun memulakan perjalanan mereka untuk pulang ke Negeri Sembilan bagi menghabiskan waktu cuti mereka.
okay , best .. tp macam berjela sgt . haha
ReplyDeleteweh , tukar ayat 'perempuan' tu kpd 'gadis' lg elok kot . then , dkat dialog hakimi tu ada byk sgt ayat "tadi" , kau pendek kan , tapayah ulang kata , nanti bosan . that's all .. ahah
ouh okeyy...aq cuba p'baiki nnt..thanxx..mmg la b'jelaa...da nme pon novel ishhh
ReplyDelete