12
Bo.. cakap la betul-betul,” pinta Sarah. Dia masih tidak mempercayai kata-kata sahabatnya itu.
“ Betul laa.. asal lak aku nak tipu kau. Betul weh.. rayuan aku nak tukar kat perlis tak dapat, tapi dia suruh aku tukar ke HUKM. So sama dengan kau laa,”
“ hahaha... giler laa..bestnya.. ada kawan. Walaupun kita lain department tapi tak pe still boleh lunch sama-sama. Abeh nanti kat KL kau tinggal kat mana? Stay with me laa.. macam tak biasa je,”
“ hehee..waktu tu kau and aku jew..mana ada akak kau.”
“ dah jangan nak mengada-ngada, akak aku kata bagus jugak kau tinggal sama.. nanti bila dia outstation, aku ada kawan.”
“ cehh..hampeh. pergunakan aku. Hampir sahaja aku nak terpedaya dengan kebaikan kau,” ujar Afiqah pula. Di hujung talian, kedengaran gelak tawa Sarah yang menganggap kata-kata kawannya itu sebagai satu bahan lawak.
“ oi beb.. dalam dunia ni mana ada kau dapat benda yang free. Kau nak pergi melabur pun kau kena bayar tau. Paling koman pun 20sen,” balas Sarah pula. Dia bukan apa, dia tidak kisah pun dengan itu semua janji dia ada teman untuk ke tempat kerja, teman untuk makan dan macam-macam laa.
Masih terngiang-ngiang lagi perbualan telefon antara dia dan Afiqah. Sugguh tidak disangkakan, akhirnya.. dia, Bobo dan Ika akan bekerja di bawah satu bumbung tapi lain department.
Sarah sebagai seorang Doktor Orthopedic dan akan bekerja di bawah Doktor Pakar iaitu Dr. Adam Haikal. Dia pun tahu nama doktor atasannya itu daripada surat penerimaan di HUKM.
Manakala, Bobo pula sebagai Doktor Bius dan Ika pula sebagai Doktor Puan. Kami semua masih belum menjadi pakar dan untuk menjadi Doktor Pakar dalam semua bidang yang diambil perlu bermula dari bawah, bertanggungjawab, berani dan tegas dalam melakukan tugasan and of course berkelayakan okay..
IRFAN melihat angahnya yang masih termenung jauh itu sudah pun mula untuk menjalankan agenda jahatnya.. JENG..jeng..
“ oi mak kau pocot.. apa ni?” latah Sarah sambil tangannya terasa memegang sesuatu. Lantas dihalakan pandangannya ke arah benda itu..
“ CICAK!!”
“ papa.. Irfan, Kak Ati..! ada cicak..!” teriak Sarah.
Irfan yang melihat angahnya itu sudah terlompat-lompat macam katak. Tak dapat menahan lagi tawanya. Terus terhambur gelaknya yang sebentar tadi dapat ditahan.
Sarah yang perasan dirinya diketawakan oleh adiknya itu, pantas mengejar adiknya. Kurang asam punya budak, dia kenakan aku cukup-cukup ha.. dah macam beruk aku terloncat-loncat takut.. bantai dia gelak kan aku pulak huh.. siap kau kalau aku dapat. Kata Sarah dalam hati.
“ Ngah.. cop..cop.. tak larat laa orang.. cukup laa tu. Orang ada benda nak cerita ny. Nak dengar tak? About your life,” kata Irfan termengah-mengeh dek lari dari dikejar Sarah.
Sarah terus mematikan lariannya, sebaik sahaja Irfan hendak membuka cerita. Terus lupa akan sakat adiknya sebentar tadi. Sarah hanya membalas dengan anggukan sahaja.
Mereka pun mengambil tempat di luar rumah yang sudah tersedia tempat duduk beserta meja. Dulu di sinilah mereka sekeluarga sebelum mama meninggal, duduk bersantai. Ma.. angah rindu mama.. kalau mama ada lagi mesti keluarga kita lengkap kan, kata Sarah dalam hati.
“ oi Ngah.. kau ni dok termenung je.. huh nak dengar tak ni?” sergah Ir.
Budak ni kan dok nak mengejutkan aku je. Baru laa nak melayan perasaan kejap dah ada monkey pulak yang ganggu ha. Huh.
“ ha.. cepatlah cerita!”
Ir pun memulakan cerita.
Baru aku tahu, rupanya selama ni.. Ir dan Kimi sudah kenal. Tu pun secara tidak sengaja, sewaktu Ir telefon aku. Kan waktu tu phone aku kat Mr.Ms . time tu laa dia ambil kesempatan kot nak kenal dengan adik aku. Tapi, kenapa dia tak bagi tahu aku..
Aq ingt lagi Ir cakap..
“ Ngah dia pun ada cakap.. yang dia nak kahwin dengan angah. Actually, dia tak kasi orang bagi tahu angah.. tapi faham-faham laa kan, hati orang ni kan lembut so orang tak sampai hati laa.”
“ APA!? Dah gila apa mamat tu.. tiba-tiba dok nak minang anak dara orang. Kenal pun amcam tu je.. tak kan laa nak wat jadi laki aku pulak. Kau tok sah laa nak caya dengan pe yang dia cakap, sekarang pun dye tengah happy dengan orang lain”
Arrrggghhh... serabut kepala otak aku ingat apa yang Ir cerita pasal Kimi. Ir ada juga cakap mamat tu dari keluarga barada gayanya. Tapi tak pasti lagi kata dia. Esok aku nak balik KL dulu and Ir pun nak ikut. Katanya nak stay dengan aku, nak jumpa aweks dia and ni yang aku tak percaya ni, dia kata Kimi ajak jumpa. Dia cakap bawa aku sekali. Apa ingat aku ni anak patung ke ha.. huh..
TRUUUTTT...TRUUUTT...SMS!
Terkejut Sarah dibuatnya. Suara Upin dan Ipin menandakan ada pesanan ringkas masuk mengejutkan Sarah kerana sekarang boleh dikira lewat malam juga. Cuma matanya sahaja yang tak boleh lelap dok fikir apa yang Ir cerita lah.
Oitt..Sarah. sowy gnggu.. ko jngn
Lpew plak nak pick up aq sok tw..
Hehe..gud nite.. sweet dream k..MUAHH
Lega Sarah membaca pesanan itu. Dari Bobo rupanya. Hishs minah ni aku tahu laa nak pick up kau. Okay, now i’m going to sleep.. kata Sarah sendiri.
Ditutup mukanya dengan bantal busyuk nya itu..
10 minit kemudian..
20 minit kemudian..
30 minit kemudian..
Terus dibaling batal busyuknya itu. Dicapainya pula jam locengnya di atas meja. MasyaAllah. Dah pukul 11.30
Macam mana ni, tak boleh tidur haa.. hermm.. pergi tengok Tv laa..
Sebaik sahaja Sarah meletakkan punggungnya itu di atas sofa, time tu juga laa lagu ‘ Lewat Semesta dari Randy Pangalila’ sudah mengeluarnya bunyinya.
Ishh siapalah telefon ni.. ‘Mamat Senget’
Nak apalah mamat ni telefon. Huh tak nak aku angkat do.. bunyi laa kau sorang.
Sarah lansung tidak menyedari yang dia sudah pun tertidur di atas sofa. Menjadi juga taktiknya ini untuk tidur.. hehe.
“ Ya Allah.. apa lah anak dara aku sorang ni tidur dekat sofa. Dengan Tv terbuka lagi.. ishh..” kata Mus sambil tangannya ligat membetulkan posisi baring anaknya itu dan menyelimutkannya.
Mus perasan akan phone Sarah yang berkelip-kelip itu. Pantas diambilnya.
“ ouh ada message,” tambah Mus lagi. Terus dibukanya pesanan ringkas itu.
<mamat senget> npew tak angkt call saya..?
Irfan dah cerita dkat u ea? Sye tggu
Sok kt KLCC. I’ll wait until u come..
Take my word seriously ok? J
Siapa pulak mamat senget ni.. ish macam-macam Sarah ni. Dari dulu sampai sekarang, suka sangat menggelarkan orang bukan-bukan. Tapi budak ni boifren dia ke? Tertanya-tanya Mus seorang diri. Dia harus menyiasat siapa mamat senget ni. Nampaknya anak terunanya itu seakan tahu tentang perkara ini. Hermm..
Biarlah budak ni tidur dulu. Mus letak kembali phone milik Sarah itu. Sarah pula sedang asyik dibuai mimpi sehingga tidak menyedari apa-apa pun.
No comments:
Post a Comment