18
MAK OI MIRA!! Betul ke ni kau? Gilerr lain ngoman kau beb. Lawa doh kau make up macam ni," puji Sarah. Mira sudah pun tersipu-sipu malu. Haha memang laa lawa dah Syam bayar mak andam yang terbaik untuk bini dia. Oppss.. silap. Bukan bini laa baru tunangan dong. Haha.
" Ah.. banyak laa kau Sarah. Biasa je pun. Apa selama ni aku tak lawa ke haaa?" soal Mira pula.
" lawa.. lawa. Cuma kali ni terlebih lawa pulak. Aku takut je si Syam kang tak sabar tengok kau macam ni. Terus dia tukar kan nya majlis pertunangan kepada majlis pernikahan.. haha okay juga tu. Jimat belanja," kata Sarah lagi.
" yelaa Mira. Ngoman kau lain gilerr. Ishh Nawa, lau kau tunang nanti mesti kau lawa macam Mira kan ?" soal Fana pula.
" eh haruslah. Mungkin lebih lawa and ayu lagi dari Mira," jawab Nawa sambil badannya sudah menggayakan beberapa pose. Yang lain-lain pandang semacam je dengan Nawa.
" haii Cik Fana oi.. asal laa kamu pergi puji minah sebelah aku ni. Tengok kan dah kembang semangkuk," sampuk Ika pula.
" wehh Ika.. yang kembang tu bukan kau ke.. apa ek lagu yang aku buat untuk kau time sekolah dulu.. haaa… dah ingat. Guys! Ikut I nyanyi okay! Kembang kepis.. Bob The Builder… kembang kepis.. kembang kepis."
Ika sudah pandang semacam dengan Sarah. Hishh budak sorang ni kan asyik nak mengenakan aku je. Aku nak kenakan Nawa. Aku balik pulak yang terkena. Hampeh tol.
" Auchh..!"
Haaa.. kan tak pasal-pasal dah kena cubit ketam dengan Ika. Tu laa mulut tak ada insurans. Kau ingat korang zaman sekolah lagi ke haa. Sindir apa pun tak ada kesan lansung dalam hati. Tu dulu laa beb. Sekarang ni lawak pun dikatakannya sindir betul-betul. Well zaman berubah kan .
Apa lagi.. minah-minah ni ketawa sakan laa tengok aku kena cubit. Tak pe korang macam ni kan . Selalu jadikan aku bahan ketawa.
"Huh nak merajuk laa macam ni. Cepat siapa nak pujuk aku? Nanti aku bagi satu flying kiss," kata Sarah pula.
" apa kata kau suruh Kimi pujuk.. mesti dia nak," jawab Fana pula. Sarah sudah pun buat muka bengang dia. Ishh perempuan suka spoil kan mood aku tau.
" ehh apa pulak Kimi.. Am laa.. kan Nawa kan ?" soal Ika pula. Pulak dah. Pening betul kepala aku macam ni seorang kata Kimi, seorang lagi kata Am. Ishh memandai je, tak silap aku, aku pilih Am. Mana datang laa pulak Kimi ni.
Fana ni pun satu, aku tau la Kimi tu boss kau, tapi tak payah laa dok promote nama dia kat aku. Tak heran pon. Haha. Kejam tol aku ni. Sekali dia yang jadi 'laki' kau baru tahu.. langit tu tinggi ke rendah. Huisshh tak nak aku, selisih malaikat empat puluh empat.
" ya Allah anak dara ni.. sampai ke luar haa dengar dia bertekak.. nasib baik laa pihak lelaki tak sampai lagi. Kalau tidak alamat tak jadi bertunang laa si Mira ni haa," tegur Salimah.
Haa.. ayok tatayok.. Datin Salimah dah ngamuk. Habis laa. Haha kalau Mira tak jadi bertunang. Alamat habis laa kitorang yang kena sunat. Ishh ngeri!
" haa.. cik, Sarah yang dok memekak dari tadi. Ala acik macam tak kenal dia je. Suara dia kan tak boleh nak control sikit," kata Ika pula. Makcik Salimah hanya tersenyum melihat gelagat kawan anaknya itu.
Memang dari bangku sekolah lagi dia sudah mengenali sahabat-sahabat Amira itu. Alhamdulillah semuanya Berjaya. Walaupun sewaktu PMR ada yang kecundang tapi sewaktu SPM mereka dapat gred yang bagus sehingga lah mereka dapat mencapai cita-cita mereka.
" Ibu.. Ibu! Pihak lelaki dah sampai tu haa. Nak suruh masuk ke apa?" teriak Hisyam. Sempat juga diajukan soalan tahap rendah dia tu.
" haa dah sampai! Mira.. siap cepat. Touch up apa yang patut.," pinta Salimah. " Ya Allah.. Hisyam. Tak kan laa nak suruh diorang bertapa dekat luar rumah pasang unggun api. Hishh budah bertuah ni. Pergi suruh pihak lelaki tu masuk. Kang tak tunang pulak akak kamu ni.."
Selesai sahaja perbincangan antara kedua belah pihak, Mira pun sah menjadi tunangan kepada Shamirul. Ketika majlis itu berlansung tadi, Sarah dikejutkan dengan kedatangan Kimi sekeluarga. Melalui Mira, barulah dia tahu yang keluarga Sham dan Kimi memang berkawan rapat sejak dulu lagi. Patut laa mak dia pun jadi wakil pihak lelaki.
Tapi yang aku dok pelik sampai sekarang ni haaa.. asal la minah tak cukup kain tu pun ada. Ishh merosakkan mata aku betul. Walaupun hari ni dia pakai memang laa tutup semua kecuali rambut tapi baju dia masyaAllah.. ketat. Aku tengok macam teddy bear sesak nafas pun ada. Sebab apa, sebab baju ketat laa. Haha. Kau Sarah dok mengata orang je kan. Kau sorang pun boleh jadi mengatanya.
" oi Sarah.. kau kenal ke dengan Kimi tu?" sergah Sham. Hai malaun mana pulak laa main sergah aku ni. Dah la salam tak ada. Ngek betul.
" hishh kau ni. Salam tak ada ke haa? Mana pergi adab melayu kita ni. Orang zaman sekarang... hishh..hishh," perli Sarah. Haa amek kau, tu laa padah nya main sergah aku. Lain kali nak cakap dengan aku pastikan ada appointment okay. Bukan nak cakap apa laa, tapi memang hakikat. Biasalah.. orang busy kan. Perasan laa kau!
" dah kau tak payah nak ubah topik dekat sini. Aku pun nak tahu juga ni. Asal Kimi dari tadi pasal dia ek? Sampai I tengok Tasha macam kerang busuk pulak bila dengar nama Sarah disebut-sebut. Datin tadi pun macam tak suka je kan?" tanya Mira pada Sham. Sham hanya mengangguk sahaja apa yang diperkatakan oleh Mira itu.
" entah tak tahu. Alaa lantak diorang laa. I don't have any problem with them.. meriah gilerr majlis korang.. jelous pulak aku. Hemm boleh tak aku temu bual korang? Apakah perasaan anda apabila sudah mempunyai ikatan pertunangan ini?" soal Sarah pula.
" Sarah.. stop laa lari kan diri. Okay, kalau kau tak nak cerita dekat aku. Tak apa. Tapi si Kimi nak jumpa kau dekat sungai yang ada jambatan tu. Kau tahu kan dekat mana. Ala tempat kita selalu lepak dulu tu. Dah kau pergi selesaikan masalah dengan dia."
" Ishh.. tak ada kerja betul. Baik aku tolong Datin Salimah cuci pinggan ke.. susun pinggan mangkuk ke.. selain dari jumpa dia lah," jawab Sarah pula. Sejak pertemuan mereka di Lake Garden hari tu memang dia tak pernah lagi berniat nak berjumpa dengan Kimi. Lagipun gilerr pe, mak, ayah dia and minah tak cukup kain tu kan ada. Tak pasal-pasal aku jadi korban pulak kang.
Sarah terus berlalu meninggalkan Mira dan Sham yang masih belum puas menyoal dia macam-macam. Kenapa laa dekat sini juga aku kena jumpa mamat ni. Sedang Sarah berjalan ke luar rumah untuk mengambil pinggan mangkuk di khemah, Tasha sudah terlebih dahulu menarik dia keluar.
" heii.. kau ni kenapa? Aku dah tak ada urusan dengan kau. So boleh tak jangan pernah ganggu hidup aku?" bentak Sarah sambil menarik tangannya yang berada dalam genggaman Tasha.
Tasha sudah pun membuat muka. Saat ini tangannya sudah pun menarik tudung Sarah yang sudah kebelakang. Sarah yang terkejut dengan tindakan spontan Tasha itu mengerang kesakitan.
" sekarang kau diam. Kau jangan pernah berharap yang kau akan dapat Kimi. Kerana sekarang di mata mama Kimi kau tu adalah perempuan murahan, perempuan yang dah jual harga diri dia dan di mata mama Kimi juga.. aku lah wanita yang sempurna dan sesuai untuk jadi isteri dia. So mulai detik, saat ini aku tak nak nampak kau dekat dengan dia lagi. Paham tak PEREMPUAN!" tengking Tasha tanpa menyedari siapa yang sudah mendengar segala perbicaraan dia sebentar tadi.
" TASHA!"
Dengan pantas Tasha menoleh ke arah suara yang memanggil nama nya tadi. Terkejut dia apabila saat ini Kimi sudah pun berada di belakang mereka. Tasha sudah seakan serba tak kena.
" lepas kan dia sekarang..! aku cakap LEPASKAN dia!" tengking Kimi pula.
Tasha dengan amarahnya melepaskan Sarah dengan sekuat hati apabila mendengar tengkingan Kimi itu. Itu baru kali pertama Kimi berani tengkingnya dan itu semua sebab perempuan ni.
Kimi segera mendapatkan Sarah apabila melihat kepalanya sudah pun berlumuran dengan darah.
" Tasha! You tengok apa yang you buat.." kata Kimi. Tasha pula sudah tidak tentu arah. Akhirnya dia menghilang entah ke mana, meninggalkan Kimi dan Sarah.
Kimi akhirnya mengendong Sarah lalu dibawanya kembali ke rumah Mira.
" Ya allah.. apa jadi kat Sarah ni Kimi?" soal Ika yang sudah punkelihatan cemas. Lantas ditolaknya Kimi ke tepi sebaik sahaja Kimi meletakkan Sarah di atas kerusi. Ika sudah pun mengambil tugasnya untuk melihat keadaan Sarah.
" Darah banyak keluar. Kita kena bawa dia pergi hospital juga. Nawa! Bawa kereta aku. Jom kita pergi sekarang!" kata Ika selepas beberapa minit. Kimi segera mengahalang mereka apabila Nawa ingin berlalu ke kereta.
" biar I tolong hantar Sarah. Lagi pun sebab I juga kan dia jadi macam ni.."
Ika dan Fana berpandangan apabila mendengar Kimi berkata begitu. Datin Halimah yang mendengar, mula bersuara.
" Kimi... kamu jangan nak mengada-ngada hantar perempuan ni. Mama tahu dia berpura je ni. Kamu jangan percaya. Mama tak izin kamu hantar dia!"
" maa.. Sarah dah berdarah ni. Kimi tak kira. Kimi akan hantar Sarah juga. Sebab Kimi, dia jadi macam ni. Tasha! I akan selesaikan perkara ni selepas kita balik KL!" jawab Kimi. Sempat juga dia memberi warning pada Tasha. Dia akan membalas perbuatan Tasha pada Sarah itu.
" apa kamu ni Mah. Ajar anak yang bukan-bukan. Tak apa Kimi. Papa izin kan kaumu hantar dia. Nanti balik KL kamu beritahu," sampuk Datuk Halim. Dia tahu Sarah pasti dianiaya oleh Tasha. Bukan dia tak dengar si Tasha memburuk-buruk kan Sarah di hadapan isterinya. Isterinya itu pun satu percaya bulat-bulat cakap Tasha. Mana tidaknya calon menantu pilihan katakan.
DI HOSPITAL. Sarah masih tidak sedarkan diri.
" oi apa yang berlaku sebenarnya ni haa? Macam mana Sarah boleh jadi macam ni?" soal Ika dengan tiba-tiba.
" aku.. aku tak tahu. Sebenarnya aku nak selamatkan dia dari Tasha tadi. Tapi.. ish semua nya berlaku dengan begitu pantas.."
" wah senangnya cakap. Kononnya nak jadi hero laa ni. Kalau papa, kakak and adik dia tahu mcama mana?" tanya Ika lagi.
" aku jelaskan laa apa yang berlaku sebenarnya."
" eh korang dua orang ni boleh diam tak. Bagi la Sarah rehat. Ika jom balik. Fana?" sampuk Nawa. Karang dibiarkan lama-lama, mahu ada je yang naik tangan kaki semua kang ni.
" aku.. nk stay sini. Sampai Sarah sedar. Korang balik dulu," jawab Fana.
20 MINIT KEMUDIAN...
" ARGHHH!" separuh jerit Sarah sambil tangannya memegang kepalanya yang sudah berbalut itu.
Kimi yang terdengar akan suara seseorang itu terus terjaga daripada lenanya. Dilihatnya Sarah sedang mengusap-ngusap kepalanya. Kimi menghulurkan air masak padanya. Sarah yang melihat keberadaan Kimi itu terus menepis gelas yang berisi air itu sehingga pecah berkecai.
Lagi berkecai jiwanya kalau nak dibandingkan dengan gelas yang pecah itu. Kenapa dia harus bertemu dan berkenalan dengan lelaki ini. Kalau lah dia tahu ini yang akan terjadi mati hidup semula pun dia tidak akan pernah kenal dengan Syed Hakimi Syed Halim ini.
Sarah.. benci sungguh kau pada aku sekarang sehinggakan air yang aku beri pun kau tak sanggup nak minum. Kimi kembali duduk di kerusi.
" asal kau kat sini lagi haa? Aku tak nak tengok muka kau. Blahh laa!" tempik Sarah tiba-tiba sambil tangannya menolah bahu Kimi.
Pantas sahaja Kimi mencapai tangan Sarah yang semakin kuat memukulnya itu. Ditenung dalam-dalam mata Sarah yang sudah sembab dek menangis. Mungkim disaat dia tidak sedar kan diri tadi, sempat juga dia menangis. Sarah maaf kan Kimi!
" heii.. sabar laa. I tak tahu apa-apa pun pasal Tasha tu. Sorry?" kata Kimi sebaik Sarah mulai berhenti memukul.
" I don't care.. bila I kata tak nak tengok you kat sini. I really means it.. so PLEASE! Leave me alone!"
" NO! I tak kan keluar dari bilik ni selagi you tak bagi I peluang!" kata Kimi pula. Bagi pertahankan kehendaknya itu. Apa pun yang terjadi, walaupun Sarah tetap tidak menerimanya.. dia tetap tidak akan memilih Tasha melainkan bersebab.
" Argghh!" kepalanya kembali terasa sakit. Kimi yang jelas nampak kerisauan itu, sudah mula ingin memegang kepala Sarah tapi Sarah lebih dahulu menolak mentah-mentah niat baik Kimi itu.
" don't touch me! I tak kan pernah bagi you peluang. NEVER! Kalau betul you cintakan I.. just leave me ALONE!" tambah Sarah lagi. Saat ini pintu hati dia memang sudah tertutup buat Kimi setelah apa yang diperkatakan oleh Datin Halimah, mama Kimi dan juga Tasha, minah tak cukup kain tu. Disebabkan dia aku kena berbalut bagai.
" Its not fair! You tak boleh guna kan cinta sebagai umpan untuk halau I dari sini. I tak kan pergi slagi you tak jujur dengan I. Tell me the truth. Do you love me?" soal Kimi.
Terdiam seketika Sarah apabila Kimi menanyakan soalan itu. Sungguh dia tidak menyangka soalan itu yang keluar dari mulut Kimi. Sarah kembali memegang kepalanya yang kesakitan disebabkan hantukan.
Diluar bilik Fana dan izdham sedang asyik mendengar pertelingkahan antara Kimi dan Sarah. Am yang mula rasa tergugat akan pertanyaan Kimi itu lantas membuat keputusan untuk masuk tanpa mempedulikan Fana yang bermati-matian menghalang dia untuk masuk. Alasannya Cuma satu, beri peluang kepada Kimi untuk berbaik dengan Sarah.
Jika dia berbuat demikian, hanya menanti diluar pintu sudah pasti dia yang akan tergigit lidah nanti.
" heyy bro! Tak dengar ke dia suruh kau keluar tadi?" kata Am tiba-tiba sebaik sahaja melangkah masuk. Fana masih sabar menanti diluar, ingin menyaksikan konflik cinta tiga segi ini.
" kau siapa nak masuk campur hal aku?" soal Kimi dengan marah. Tak silap, lelaki inilah yang pernah dilihat dulu bersama Sarah di sebuah restoran kampung. Siapa dia di mata Sarah.
" aku boyfriend dia.. kenapa? Aku tak nak kau ganggu hubungan kitorang lagi sebab tak lama lagi kitorang akan bertunang seterusnya mendirikan rumah tangga. Aku nak kau pergi jauh dari kehidupan dia. PAHAM?" soal Am.
Kimi yang mendengar penjelasan Sarah itu, terduduk dibuatnya. Tidak disangka wanita yang amat dicintainya sanggup tipu dia mentah-mentah. Dia masih ingat Sarah ernah memberitahu lelaki ini hanyalah temannya sahaja. Tapi baru sekejap lelaki ini memberitahu tentang perancangan mereka kelak.
Sarah yang mendengar bait-bait ayat yang keluar dari mulut Am itu membuat kan dia ternganga hampir 10 saat. Lama tu. Apa mamat ni dah gilerr ke cakapa macam tu depan Kimi. Sejak bila pulak aku buat perancangan macam tu. Ahhh apa-apa pun janji Kimi tak ganggu aku lagi.
" Sarah...betul apa yang dia cakap? Jujur dengan aku! Aku paling pantang kalau ada orang yang menipu aku ni," kata Kimi lagi.
Sarah masih lagi mendiamkan diri. Fana bergegas masuk apabila mendengar Sarah mengerang dengan lebih kuat lagi. Kimi tetap menyoal tanpa menghiraukan kesakitan yang dialami Sarah.
" Kimi.. dah laa tu. Sarah kan baru sedar. Jangan laa buat dia stress beb! Tunggu laa dia sihat dulu baru korang bincang masalah ni.. dah. Dah kau ikut je kehendak dia suruh kau balik.. balik je," kata Fana pula apabila melihat keadaan Sarah yang susah diramal itu. Ditambah lagi dengan keadaan Kimi yang seperti memaksa itu membuatkan kesakitan di kepala Sarah itu bertambah. Am pula sudah menolak-nolak Kimi untuk menyuruhna meninggalkan bilik ini.
" aku tak kan pergi kalau perempuan ni cakap jujur dengan aku. Selama ni apa yang diberitahu Tasha semua betul la. Aku je bodoh yang percaya kau ni jujur and cinta kan aku. Tapi rupanya ada simpan lelaki.. Heyy aku malu laa kenal dengan perempuan macam kau ni. MATERIALISTIK!" kata-kata hinaan Kimi kepada Sarah
" ouh patut laa kau dok suruh aku blahh dari sini.. jangan jumpa kau lagi rupanya ada jantan lain.. muka je nampak suci.. tutup aurat tapi perangai mengalahkan orang yang dah ternyata jahat. Woi sedar laa sikit! Ingat Allah laa! Malu laa sikit! Malu aku sebab pernah cinta kan perempuan macam kau ni," tambah Kimi lagi dengan ayat lebih pedas.
Akal di sudah tidak mengawal hanya emsi semata-mata. Sehingga perkataan yang tak sepatutnya diucap terlepas juga untuk didengar.
" Kimi stop it!" jerit Fana dan Am serentak apabila mutiara-mutiara jernih yang keluar dari mata Sarah sudah semakin deras sehingga mendengar sedu sedannya.
" Ye! Aku mengaku yang aku memang cinta kan Izdham. Dan aku tak pernah mainkan perasaan kau. Jadi kau tak ada hak nak hina aku macam tu. Ye kau percaya sangat apa Tasha cakap kan.. so pergi laa kahwin dengan dia. Yang kau sini lagi kenapa. Dari tadi aku halau kau kan. LEAVE ME!" balas Sarah dengan tangisannya yang semakin deras.
" aku lagi menyesal kenal lelaki macam kau yang mudah percaya segala apa yang orang cakap tanpa menyiasat terlebih dulu." tambah Sarah.
" aku bersyukur sangat yang Allah cepat tunjukkan aku perangai buruk kau tu. Aku buta sebab aku terlalu cintakan kau sehingga apa orang kata tentang kau, aku buat pekak je. Ye hari ni depan kau juga aku cakap yang aku akan setuju dengan cadangan mama untuk bernikah dengan Tasha. Dan aku juga akan pastikan hari pernikahan aku sama dengan hari pernikahan kau... jadi selamat berbahagialah korang ye..," kata Kimi dengan bengangnya apabila Sarah begitu berani mengaku yang dia mencintai pemuda dihadapannya kini.
" dan kau.. aku harap perempuan tak kan lakukan perkara yang sama dekat kau. So beware! Jangan bagi sepenuh kepercayaan pada dia. Sesungguhnya kejahatan dia terlindung dibalik muka polos dia tu. Haa.. lupa nak cakap 'Selamat Berbahagia yeeee' " sindir Kimi sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk ke arah Sarah.
Sebaik sahaja Kimi melangkah keluar.. dengan laju Fana mengejar dan melaung memanggil nama pemuda itu. Usai Kimi berhenti Fana memulakan bicaranya..
" kau lakukan kesilapan yang paling besar apabila kau bersetuju untuk bernikah dengan Tasha. Kau tahu kan Tasha tu macam mana.. apa yang Sarah buat tu ada sebab. Dia tak seperti apa yang Tasha beritahu kau.. dan apa yang kau nampak dan dengar tadi tu hanya salah faham je.."
" dahh.. dah.. habis cakap. I don't care. Kau tak payah nak bela kawan baik kau tu. Dan ingat sikit kau tengah cakap dengan siapa. Kau tu pekerja.. aku ni bos kau jadi kau tak ada hak nak tentukan apa yang aku patut buat dengan yang tak patut buat.. kalau dulu waktu aku masih kena tipu dengan kawan kau tu boleh laa kau cakap macam tu kat aku. Sebab time tu aku bodoh pergi mintak bantuan kau tapi rupanya kau pun tikam belakang aku. Harapkan pagar, pagar makan padi," sindir Kimi sebelum berlalu pergi.
Hati dia berasa begitu sakit seperti dipanah dengan panah yang penuh dengan api yang marak. Betul ke apa yang aku buat ni? Mungkin betul apa yang Fana cakap, aku salah faham?.. kau buat yang sepatutnya seorang lelaki buat. Takkan kau nak digelarkan sebagai lelaki pengecut. Lelaki yang penakut.
Kau tak perlu rasa bersalah dengan apa yang telah keluar dari mulut kau tu.. biar perempuan tu tahu rasa sikit. Biar dia tahu dengan siapa dia berdepan. Heii ini Syed Hakimi Syed Halim! Tak pernah kalah pun dengan sesiapa..
Yaa.. yaa.. apa yang aku buat tadi memang betul. Selama ni aku buat dengan kecantikan dan kesopanan dia. Harap sahaja pakai tudung tapi parangai macam musibat. Memang patut dia kena 'basuh' dengan aku tadi. Tapi bukan kau kata kau suka dia ke? Tak..tak.. ada perkataan cinta lagi untuk perempuan tu. Perempuan tu tak layak untuk dicinta...
Fana seperti tidak kenal siapa lelaki yang berada dihadapannya tadi. Kimi seperti dirasuk syaitan. Ini bukan Kimi yang dia kenal. Kimi yang dia kenal lembut dengan kata-katanya. Dia juga tidak perna membandingkan jawatan juga kekayaan yang dia miliki. Tapi sekarang semuanya berubah.
Hanya satu yang dia dapat rasakan.. Kimi akan menyesal suatu hari nanti dengan apa yang telah terjadi. Juga kata-kata yang kesat itu.
No comments:
Post a Comment