Wednesday, November 16, 2011

19

DUA TAHUN KEMUDIAN….       
Dua minggu lagi, impian dia untuk menjadi raja sehari bersama dengan orang yang dicintainya itu akan datang. Tarikh keramat yang dipilih mereka adalah pada 09.09.09. tarikh itu dianggapnya begitu unik sekali.
            Sarah masih ingat lagi pada tarikh yang sama tahun yang berbeza itulah telah tercetusnya perang dunia ketiga antara dia dengan Kimi hanya kerana lelaki itu salah faham dengan apa yang telah diucapkan oleh Am itu.
            Dalam pada tidak puas hati dengan Kimi, terselit juga perasaan terharu dengan kata-kata Am itu. Dan akhirnya kini dia sudah pun bergelar sebagai tunangan kepada Izdham Imran. Hanya dalam dua minggu, beratus jam dan beribu minit ini, dia akan selamat menjadi isteri kepada lelaki itu.
            Kata-kata yang pernah diucap Am dihadapan Kimi itu sebenarnya adalah satu kenyataan yang benar. Selepas Sarah keluar dari hospital, Am telah membawa Sarah ke pantai pada suatu malam.
            " Am nak Sarah tutup mata pakai kain ni.. meh Am pakaikan," pinta Am.
Aku pula hanya mengikut sahaja apa yang diminta oleh Am itu. Aku tak tahu kenapa lidah aku kelu untuk berkata-kata dan saat ini jantung aku dah pun buat irama rock yang boleh memecah salur darah aku.
            " dah sampai belum ni?" soal aku.
            " belum lagi.. tapi Am nak Sarah lihat dari sudut sini dulu."
            " nak tengok macam mana cik abang Oi.. kalau mata tertutup haa," sindir Sarah. Dapat didengarnya Am ketawa kerana bau menyedari kesilapannya. Walaupun bunyi ombak yang kuat, dia masih dapat mendengar sisa tawa Am itu.
            Kini, pandangannya terpaku pada satu ayat yang berwarna merah. Diteliti betul-betul setiap huruf nya. Sarah menyebut setiap huruf dan didengar oleh Am.
            "I..L..O..V..E..Y..O..U..S..A..R..A..H" terkebil-kebil mata Sarah selepas selesai menyebut huruf itu. Argghh malunya aku.. kenapa aku pergi sebut tadi. Nampak ke yang aku macam lembab sangat haa..
            Sarah kembali memandang Am yang sudah memandang mukanya. Muka aku kenapa ni, asal dia pandang semacam je.
            " jangan laa pandang macam tu..," pinta Sarah sambil memalingkan mukanya ke arah huruf itu semula.
            " jom pergi lagi dekat," ajak Am sambil tangan dihulurkan untuk membantu menuruni tangga  ke  arah pantai. Tapi aku menolak dengan baik. Am hanya tersenyum.
            Aku pulak punya excited nak tegok lebih dekat tak sedar ada kayu dekat depan tu. Hampir sahaja aku ingin terjatuh tapi aku merasakan ada seseorang menarik tangan aku. Dan bila aku lihat orang itu.. Am. Ahhh sweet nya dia tolong aku. Nak cair kejap boleh? Elhh cair konon, tadi jual mahal. Huh. Mesti laa jual mahal tak kan jual murah kot. Hehe.
            Tiba-tiba dia pandang aku.. cepat-cepat aku alih kan pandangan ke tempat lain. Ehh, takkan dia perasan kot aku pandang dia. Dasyat laa dia ada mata dekat belakang. Tapi serius aku maluu.. dia perasan ke , aku pandang dia tadi?
            Malam tu juga menjadi sejarah buat aku apabila kata-kata yang pernah dilontarkannya pada Kimi itu menjadi kenyataan. Am telah melamar aku malam itu. dan saat aku mengatakan ya selepas dia cakap 'Sarah.. will you marry me?'.. (wahh cair gilerr aku malam tu.
            Mana tidaknya, mamat tu kan payah nak luahkan perasaan.. tup..tup lamar terus).. tiba-tiba.. oh mak kau meletup.. terkejut den dengar mercun meletup.. tapi aku latah dalam hati je laa.. gilerr depan-depan kang tak pasal-pasal Am tarik balik lamaran dia.. hehe. Tapi 'siyes' laa aku tak tahu laa kenapa senang sangat aku katakan ya bila Am lamar aku tu.
Mungkin aku rasa dah tiba masa kot aku tamat kan zaman bujang aku. Mana tidaknya umur dah nak masuk 27 beb.. sedara mara pun dah tanya bila nak kahwin.. ada pulak kata aku ni tak laku. Sorry naik lorry laa ramai nak tau.. sampai bangla kat Nepal pun berebut nak kan aku.. hahhaa. Faktor lain, mungkin sebab aku cinta tahap mati kot dengan mamat ni.. hehe.
            Mesti korang nak tahu apa pulak kisah Kak Atie, Mira, Nawa, Ika, Fana, Bobo dan akhir sekali semestinya Kimi kan yang kononnya ingin mengadakan majlis perkahwinan pada hari yang sama dengan aku. Dan tidak aku sangkakan, dia telah mengotakan janjinya untuk menikahi Tasha Amanda pada hari yang sama aku diijab kabulkan.
            Aku harapkan majlis aku dan dia berjalan lancar.dan aku juga telah berjanji pada diri sendiri untuk memohon maaf padanya selepas aku menjadi isteri kepada Am. Biarlah aku yang mengalah dalam peperangan ini. Lagipun peperangan yang dilakukan oleh wanita tidak berdosa kalau mengalah. Oi Sarah, fatwa mana pulak yang mengatakan wanita tidak berdosa kalau mengalah? Hemm entah, aku main tibai je pun.
            Kak Atie sekarang sudah ada seorang anak yang bernama Ainuddin Halmi b. Aimi Helmi. Tak disangka-sangkakan pertunangan diorang hampir putus akibat sering bergaduh. Tapi akhirnya bersatu jua.
Itu semua suratan takdir. Jika Allah dah tetapkan itu jodoh kita, sejauh planet mana kita pergi akhirnya pasti akan ketemu dengan orang yang sama. Kak Atie telah melansungkan perkahwinannya sebulan selepas aku keluar dari rumah sakit. Majlis yang dibuat hanyalah ala kadar sahaja.
Kerana seminggu selepas itu Kak Atie harus ikut suaminya ke Jepun. Biasalah urusan kerja. Kak Atie menetap di sana selama dua tahun. Dan sekarang dia sudah kembali dengan bawa baby baru tapi belum lahir masih dalam perut tunggu masa nak keluar..
Mira, Nawa, Ika sudah pun sah menjadi isteri orang pada pasangan masing-masing. Mira, Nawa sudah pun menimang cahaya mata seorang puteri dan seorang putera. Bagus laa tu nanti bila sudah besar boleh laa mama korang kahwinkan korang.. hehe.
Ika masih belum terisi lagi perutnya dengan benih yang suci itu, nama pun masih pengantin baru . Ika baru sahaja melansungkan perkahwinannya pada bulan Mei lepas sempena dengan birthday nya. Fana masih lag bertunang. Mesti korang pelik kenapa tunang kan.. dia bukan lagi bertunang dengan abang saudara aku, Abang Wan  tapi dia bertunang dengan Iqbal.
Ini semua terjadi akibat pertolongan aku juga. Aku beritahu dengan Abang Wan akan niatnya untuk menikahi kawan baik aku itu, tapi jawapan yang diberikan sungguh hampa sekali apabila dia mengatakan ikatan ini terjadi tanppa kerelaan nya. Ini semua kehendak Mak Ngah yang ingin menjodohkan dia dengan Fana. Tapi akhirnya pertunangan mereka dibatalkan apabila aku menasihatkan Abang Wan akan dosa mempermainkan perasaaan wanita.
Then, aku beritahu pada Ibal. Selang tiga hari, Fana beritahu yang wakil dari Ibal sudah pun datang dan akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju. Mereka akan melansungkan perkahwinan pada 14.2.2010 tahun hadapan. Hehe soo.. bagi kredit kat aku sebab berjaya satukan diorang..
" OI!"
" opocot mak kau meletup!" latah Sarah. Haa kan dah terkeluar daa.. makhluk mana laa pulak yang main sergah-sergah ni. Sarah menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan yang berani mebuatnya melatah itu..
" hampeh punye budak.. mana salam kau.. tahu laa sekarang dah tak peluk bantak sebab dah ada yang 'terbaeekk' punye tidur sebelah kau.. tapi tak payah laa sampai lupa nak bagi salam beb," tambah Sarah lagi.
" wah suara macam orang jelous je. Haha.. banyak laa kau aku lupa nak bagi salam. Punya laa berbuih mulut aku bagi salam.. kau boleh buat derrkk je. Apa lagi aku guna la kuasa aku." Terang Ika pulaa.
Haa amek kau. Kan dia dah bagi keterangan panjang lembar macam jawab soalan dari peguam dekat mahkamah tu pulak daa haa.
" tak ada makne nye. aku pun ada hubby sendiri. Eleh tak herann..  wehh Ika.. aku tengok kau ni dah berisi asal? Tak kan impak kahwin dengan Haikal kot?" soal Sarah pula.
" coi mulut kau pulak. Sumbat dengan belacan kang baru tahu. Mana ada berisi.. kan maintain ni.." jawab Ikaa pula sambil melenggok-lenggok kan badan dia ala model. Meluat laa pulak aku tengok minah ni. Aku kutuk dia pun, dia boleh buat selamba  lagi..
" entah.. entah kau mengandung tak?" soalnya lagi.
" banyak laa kau baru enam bulan je kot. Tak puas lagi aku duduk berdua dengan Haikal laa.. tak mungkin laa. Lagipun aku tak rasa apa-apa pun," kata Ika pula.
" mana nak rasa.. kau kan hati batu.. haha. Nama je doktor Puan tapi bila diri sendiri dah kena tak geti-geti ke nak pergi check ke kak Oi!" arah Sarah pula.
Akhirnya Ika dapat juga kahwin dengan Haikal walaupun pada mulanya mereka tidak mendapat restu daripadakeluarga Haikal. Berkat kesabaran mereka akhirnya menyatukan mereka juga.
Ika pernah menyelamatkan seorang wanita yang sudah berusia daripada diragut. Tidak disangka wanita yang ditolongnya itu adalah ibu kepada Haikal kerana waktu itu mereka belum pernah berjumpa. Dan selepas Ika diundang makan malam di rumah Haikal, waktu itulah baru mereka mengetahui hal yang sebnar. Dan lantas Datin Nora bersetuju dengan perkahwinan mereka. Tulaa kalau nak tolong orang jangan kira kenal ke tak.. sebab mana tahu Allah dah tetap kan sesuatu untuk kita.. kan..kan?


" Assalamualaikum.."
" waalaikumsalam.." pantas Sarah menjawab. Walaupun dari corong telefon sahaja dia sudah dapat mengagak siapakah gerangan di sana. Siapa lagi kalau bukan en. Hubby I.. hehe. 'gedixx' laa pulak kau ni Sarah. Ni baru tunang belum jadi isteri lagi. Entah-entah nanti time malam pertama kau yang sambar dulu tak. Woi agak-agak laa.. time malam pertama tu aku control habis laa hehe.. strategi katakan.. hahaha.
" sayang.. b buat apa tu?" soal Am. Rindu benar dia dengan tunangnya itu. hampir seminggu mereka tidak berjuma. Alsan nya kerana 'orang dulu-dulu cakap.. pengantin yang tinggal beberapa hari lagi nak kahwin tak boleh berjumpa sebab nanti mesti jadi something yang tak elok'. Tulah yang pernah dikatakan Sarah sewaktu pertemuan terakhir mereka. tak sangka pada zaman yang dah sedia canggih ni masih ada lagi orang percaya benda kuno tu lagi. Nasib baik itu dari mulut buah hatinya, kalau tidak tak ada maknanya dia nak ikut de..
" nothing.. kenapa telefon ni..?" soal Sarah pula.
" eh takkan nak telefon tunang sendiri pun tak boleh.. guess where am I?"
" bukan tak boleh.. ishh tak faham-faham ke? Ke buat tak faham? Malas laa nak teka.. bagi je laa tahu," jawab Sarah. Saat ini dia juga menanggung rindu pada tunangnya itu tapi semuanya dibiarkan walaupun kuat hatinya meronta untuk bertemu dengan Am. Tapi kak Atie cakap kitorang dah tak boleh jumpa..
" open the door!" arah Am. Sarah sedikit terkejut dengan arahan Am itu.
" which door?" soal Sarah pula tidak faham.
" aii.. berapa banyak pintu dekat office sayang abang ni.," tambah Am lagi. Sarah punya laa kelam kabut lantas membuka pintu biliknya. Ternganga Sarah melihat siapa dihadapannya sekarang.
Sarah melihat Am sudah pun melambai-lambai. Hishh mamat ni kan memang dari dulu degil tau. Apa yang orang larang itu.. itulah yang dia nak buat. Huh.
" kenapa datang?" soal Sarah sebaik sahaja Am duduk.
" eh biarlah.. nak jumpa buah hati kedua tadi. Lepastu teringat pulak dekat buah hati pertama depan abang ni," jawab Am pula. Sengaja dia menjawab begitu. Nak lihat reaksi tunangnya itu.
" haa.. untung laa kan ada dua buah hati.. ye laa lelaki kan boleh pasang empat.." sindir Sarah.
" alala merajuk pulak dia. Tadi  abang jumpa Haikal laa.. you tahu, he gonna be a father.. cepat kan? Nanti lepas kita kahwin, tiga bulan lepas tu pastikan you pregnant okay? Thats my target..," terang Am dengan lebih lanjut.
" serius.. tu laa tadi orang ada perasan perubahan physical Ika.. bila tanya tak mengaku. Huh. Eeiiuu.. apa ni dah bincang soal anak bagai.. kahwin pun belum.."
" mestilaa kena bincang.. kita kan dah nak kahwin.. tengok tinggal lagi seminggu je. Hidup ni perlu berangan..bila dah berangan ada cita-cita.. bila dah ada cita-cita.. haa baru laa ada usaha dan hasilnya.. betul tak?" soal Am lagi.
Sarah sudah mengalihkan mukanya apabila tangan Am sudah gatal nak menarik hidungnya. Memang itu lah tabiatnya selepas kami bertunang. Katanya, hidung ni nak bagi mancung lagi.. nanti bila kahwin baru lawa. Eleh cakap je laa jealous.
Sarah baru teringat akan barang hantaran dan sedikit barang untuk persiapan majlis mereka nanti masih ada yang belum dibeli. Haii macam mana nak siapkan ni. Harap-haraplah sempat.  Lusa ni baru dapat cuti. Hemm apa kata ajak Am keluar jee la. Bukannya kak Atie tahu pun, lagipun ala tu kuno punya kepercayaan laa kata tak boleh jumpa bagai..
" you..?" panggil Sarah. Selepas selesai Am menjawab panggilan telefon. Mungkin dari office kot. Biasalah orang ada syarikat sendiri. Selalu je nak busy.
" hemm.. apa dia?" soal Am.
" kita keluar esok nak? Nak beli barang sikit laaa," pinta Sarah.
" ehh kata tak boleh call, tak boleh jumpa, tak boleh keluar.. sekarang apa cerita ni?" sindir Am pula.
Haa ni yang aku leah ni kalau dia dah sindir-sindir bagai. Apa aku ingat suka-suka  tak nak jumpa dia. Aku ni kan adik yang mendengar kata.. so ikut je laa apa kak Atie cakap. Aku ajak dia pun mintak teman.. kalau dapat 'paww' pun ada bagus nya jugak. Hehe.
" tak nak teman sudahlahh.. bukannya orang paksa pun."
" sikit-sikit merajuk. Nak kena pujuk laa ni ea?"
Ada ke patut dia pergi tanya soalan macam tu. Tahu-tahu sendiri laa. Hishh. Sakit hati betul laa.
 Sebaik bakal jadi suami aku kalau tak dah lama kena cincang dua puluh ni.
            " ala .. okay..okay.. nanti abang teman kan. Abang saja je nak test tadi. Tapi ni keluar kak Atie tak marah ke nanti. Tak sanggup abang nak dengar bebelan dia.."
            Sarah sudah pun tersenyum nampak gusi. Alah dia tahu Am mana boleh biarkan dia merajuk lama-lama. Ni yang buat aku makin sayang ni.. hehe.
            " ala tak payah laa bagitahu dia. Sebenarnya kan Sarah kurang percaya sikit dengan apa yang dia cakap jangan jumpa semua tu. Macam dah lapok je," jawab Sarah.
            " pulak dah.. dulu bukan main.. bela apa yang akak dia cakap.. hemm nak pergi bila ni?"
            " haii dah tak sabar nampak. Cik abang sekarang baru pukul dua petang. Hemm lepas maghrib laa. Tunggu orang dekat kedai hari tu.. ada barang lupa beli," jawab Sarah tersengih-sengih.
            " haa tu laa. Time tanya hari tu kata semua ada. Hishh..  geram tengok hidung dia ni," kata Am sambil tangannya suadah pun menarik hidung Sarah hingga nampak kemerah-merahan.
            Tengok tu dia tarik lagi. Hee sakit tau!
            " okay laa nanti kita jumpa. Abang pergi dulu tau. Ada meeting pukul tiga karang. See you this night!"
            Sarah hanya mengangguk sahaja. Kehidupan dia sangat bahagia sekarang. Adakah Kimi pun begitu disisi Tasha. Masih dendam kah dia pada aku.
            Hisshh kenapa aku fikir pasal dia ni. Tapi 'siyes' laa aku nak tahu pasal dia. Tapi just as a friend.. aku harap dia bahagia dengan Tasha..    

No comments:

Post a Comment