16
"ASSALAMUALAIKUM!" ucap Sarah sebaik sahaja dia melangkah masuk ke rumah itu. Sudah diketahuinya kak longnya itu pasti belum pulang ataupun dia sudah pun pergi outstation.
Sarah yang hendak mengambil minuman di dapur, dikejutkan dengan suara seperti orang sedang menangis. Eh siapa pulak yang menangis ni, selalunya Kak Atie yang cengeng dalam rumah ni.
" Bo..! kau kenapa nangis ni? Siapa buat kau nangis ni? Sejak bila pulak kau jadi cengeng ni?" soal Sarah bertubi-tubi.
Bobo hanya memandang Sarah dengan wajah yang sayu sekali.
" weii beb.. bagi la tahu aku.. we can share anything right? Jangan la berahsia dengan aku. Nanti macam mana aku nak tolong kau," tambah Sarah lagi.
" ak..aku.. aku.."
" aku apa! Cepat laa cakap.. kau ni buat aku suspen pula," potong Sarah. " eh.. jangan cakap si Fadli tu buat something dekat kau.. dia buat apa?" soal Sarah lagi sambil tangannya mengusap belakang Bobo untuk menenangkannya. Bukan makin perlahan tangisannya tapi lagi nyaring macam nak lawan dengan puntianak pun ada.
Ehhehe mulut kau pulak Sarah. Dah laa dalam rumah tu tinggal kau dengan Afiqah je. Kot datang betul-betul puntianak tu, dengan kau kau sekali dia ngap nya.. hahaa.
" dia ..dia tak buat apa..apa laa. Kau ni pun. Dah lah tak ada apa," jawab Bobo. Dia kembali menutup mukanya dengan bantal sambil tangannya menolak-nolak Sarah yang masih mengusap belakangnya itu.
" ehh kau ni apa pasal? Emo je.. bek kau cerita cepat lau takk.." Sarah sudah pun mula menggeletek seleruh tubuh Bobo. Apa lagi. Tak tahan la minah tu. Minah ni kan mana boleh tahan kalau ada orang yang usik badan yang gebu tu. Ceh jangan salah faham okay, ramai peminat minah ni. Nampak je sombong, tapi dah tersangkut pun dekat sorang mamat ni.. apa nama dia ek.. Fad..HAA..
FADLI AFIQ!
Aku tak berapa kenal lagi laa mamat ni. Tapi kawan aku sorang ni dok puji-puji je. Hishh aku takut laa pulak dia dipermainkan nanti. Ala biasalah, Bobo ni kan .. hatinya itu lembut. Mudah percaya dengan gampangnya segala omongan orang seyyhh.. cehh dah keluar haa bahasa Indon aku. Well biasalah kan aku ni kan calon isteri RANDY PANGALILA. So kenalah fasih berbahasa Indon.. Hehehhe.
" heyy stop laa.. okay aku cerita. Kau ni memang saja je kan . Huh. But promise.. yang kau tak kan gelak kan aku punya," kata Bobo pula. Tangan Sarah dengan automatiknya berhenti. Hehe tangan, tahu tahu je kau kan yang aku nak berhenti geletek minah depan aku ni. Sarah menepuk-nepuk tangannya sambil tersenyum.
Ehh minah ni asal. Huh mereng tol nasib laa dapat kawan macam ni. What ever laa..
Afiqah Z. pun cerita apa yang terjadi padanya. Tengah hari tadi, dia pergi berjumpa dengan Fad.. dan tidak disangka pertemuan itu akan menjadi pertemuan yang terakhir bagi mereka. Fad telah minta hubungan mereka berhenti setakat ini sahaja. Dia tidak dapat meneruskan hubungan ini dan menepati segala janji-janji yang pernah dibuatnya. Alasannya hanya satu, ibu bapanya telah pun menetapkan perkahwinannya dengan orang lain.
" kau tahu Sarah.. aku bengang giler dengan dia. Boleh dia cakap macam tu dekat aku, pastu terus blah. Aku tak sempat cakap apa-apa lagi. Aku rasa ni bukan sebab parents dia tau, tapi memang dia sengaja nak tinggal kan aku. Aku benci jantan tu! Dia buat macam aku ni sampah tau, lepas mintak putus terus pergi.. dia ingat dia hebat sangat ke haa.."
" shusshhh.. dah.. dah. Kau ingat dengan kau nangis ni masalah boleh selesai. Kalau laa dia tahu kau nangis ni, sah sah dia gelak kan kau separuh mati tau. Banyak lagi kumbang yang kau boleh cari, yang lebih better than him right? Kau.. rupa ada, kerjaya ada, lemah lembut, baik. So complete. Tu lah ciri-ciri gadis idaman lelaki sekarang," terang Sarah lagi. Tangannya kembali mengambil tempat di belakang Bobo.
Tapi tangisan Bobo semakin kuat. Eh aku ada salah cakap ke haa.. seingat aku apa yang aku cakap betul je semua.. ish minah ni pulak. Bilaa la jadi cengeng. Akak aku tak ada, kau pulak yang gantikan dia haa..
" daah laa Bo. Jangan laa nangis lagi. Tak pe, nanti kalau aku jumpa dia, aku bagi dia hadiah sebiji," tambah Sarah lagi sambil menunjukkan sebiji penumbuk. Eh jangan pandang aku sebelah mata okay. Aku ni ada seni mempertahankan diri tau. Silat lagi tu.. huhu.
Bobo.. sudah pun kembali ceria. Ala minah ni nak sedapkan hati aku je tu. Aku dah pun masuk dalam bilik. Terbantut niat aku nak minum tadi sebab Bobo. Hehe tak pe laa, sebab kawan kan . I'll do anything for my friends.. ayat aku pulak. Tapi betul pe.. susah tau nak dapat kawan macam aku ni.. hehe angkat bakul sendiri laa pulak.
SEBULAN DAH AKU BEKERJA. Sebulan juga aku dah lama tak jumpa dengan Kimi. Apalah khabar dia sekarang. Kesian juga aku dekat mamat tu, banyak kali hantar message, call. Tapi semua aku biarkan mati macam tu je.
Aku nak buat macam mana lagi, aku kan dah janji dengan Tasha minah tak cukup kain tu. Hari tu time aku keluar dengan Nawa, Ika, Bobo and Fana, ada juga aku nampak diorang dating. Aku rasa time tu Kimi nampak aku, tapi aku dulu sempat blah dari situ.
Fana and Bobo ada juga tanya apa masalah aku dengan Kimi sebab time tu hanya ada Fana and Bobo je dekat aku. Ika and Nawa beli barang untuk majlis pertunangan Nawa dengan Fifi.
Eh korang jangan tak tahu pulak. Nawa and Fifi akan bertunang seminggu selepas Amira bertunang. So thats mean.. majlis Mira tinggal lagi dua minggu and Nawa punya pulak lagi tiga minggu. Wow tak sangka cepat je masa berlalu haa.
Fana ada juga cakap yang Kimi selalu tanya pasal aku dekat dia. Tapi Fana hanya cakap dia tak tahu. Okay laa jawapan tu daripada dia cakap lebih-lebih kang buruk padahnya pulak.
" kau tahu dia cakap apa dengan aku.. dia tanya aku, kenapa kau macam mengelakkan diri dari dia. And dia tanya siapa lelaki yang keluar dengan kau hari tu? Siapa mamat tu, aku kenal tak?" tanya Fana. Sarah hanya mendiamkan diri.
" kau kenal.. aku keluar dengan..dengan.. Am. Yang dia nak ambil tahu pasal aku kenapa? Aku bukannya awek, tunang atau isteri dia pun. Huh," jawab Sarah dengan teragak-agak. Dia tahu Fana pasti tidak akan suka dia bertemu dengan Am.
Kerana suatu ketika dulu, ketika air matanya terlalu murah untuk lelaki itu Fana lah tempat dia luahkan perasaan. Jadi temannya itu tahu persis setiap masalah antara dia dengan Am. Dia tahu perbuatan dan sikap Am terhadap dia dulu memang tak boleh dimaafkan tapi I'm still love him. Aku tak dapat nafikan.
Walaupun dia tak mengaku perasaannya terhadap aku, tapi aku tahu he still love me. Buktinya dia bagitahu dekat Haikal dan aku sendiri dengar apa yang keluar dari mulut dia. Tapi yang aku hairan asal dia tak nak mengaku dekat aku?
" WHAT? Kau keluar dengan Am. Mana pulak kau jumpa si pengecut tu haa. Kau ni bijak ke pandai sampai pergi terima pelawaan dia tu. Kimi yang suka kau, kau tak nak layan. Am yang dah sakit kan hati kau tu, kau pergi layan. Sah kau ni memang tak sihat tau," jawab Fana pula. Nampak sangat dia memang tak puas hati.
" kau tau tak Kimi cakap dengan aku.. dia tak tahu kenapa kau tiba-tiba minta jauh kan diri. Ni semua sebab si pengecut tu eh?" soal Fana lagi.
" stop laa panggil dia pengecut. Dia dah cerita semuanya dekat aku. Dia dengan aku diperangkap time tu. Tak silap aku orang yang perangkap kitorang tu adalah musuh dia. And pasal Kimi tu bukan sebab Am aku mintak dia jauh kan diri tapi sebab aku rasa kitorang memang tak perlu rapat sangat. Dia kan enggang, aku ni pipit je," jawab Sarah.
" pe maksud kau?"
" aku tahu laa dia anak orang kaya. Tasha bagitahu aku."
" haa? Minah tak cukup kain tu. Woi beb dia nak kena kan kau laa, Kimi tak suka pun minah tu. Tapi mama dia dok bersungguh-sungguh nak satukan diorang," kata Fana lagi.
" eh mana lak kau tahu semua ni? Baik kau cakap dengan aku cepat!" soal Sarah. Fana sudah pun terkebil-kebil matanya. Mungkin ini saat yang tepat aku patut bagitahu Sarah yang Kimi tu Bos aku!
" haa… hemm.. dia Bos aku sebenarnya. Aku tahu ni pun.. dari minah-minah gossip kat office tu. Lagipun minah tak cukup kain tu, selalu dating buat semak. Kimi selalu cerita dekat aku yang dia rimas dengan perempuan tu. And F.Y.I sejak kau tak jumpa dia, aku tengok dia macam tak terurus je. Dengan jambang tak cukur. Huh.." tambah Fana lagi.
" bla.. bla.. bla.. what ever. Aku tak terima apa yang Tasha tu cakap dekat aku. And Kimi yang rahsia kan siapa dia sebenarnya. Dan kau.. jangan asyik jaga hal aku je. Kau selesaikan masalah kau dengan mak kau. Kau tak kesian ke dekat Ibal haa.. cakap je laa dengan mak kau yang kau nak kahwin degan Ibal bukan mamat tu," Sarah pula yang menukar topik.
" dah tukar topic pulak. Malas laa aku layan kau ni Sarah. Orang nasihatkan kau, kau nasihatkan aku balik pulak. Huh. Yang kau dok asyik kesian kan Ibal asal haa? Kalau kau suka dia, ambil jee laa," jawab Fana pula.
" dah pulak.. marah ke hang. Tahu pun kau marah kan . Yang dari tadi kau dok cakap kesian dekat Kimi tak nak lak kau kira ye. Eh dah laa tukar topic boleh? Rimas aku cakap pasal ni."
" Assalamualaikum! Menung jauh Nampak? Ingat kan siapa?" tegur Am. Hampir 10 minit dia ada disitu tapi Sarah seakan tidak menyedari kedatangannya. Dia yang tadinya datang membuat check up terlihat Sarah yang sedang duduk termenung dengan pakaian doktornya itu.
Hai siapa pulak laa yang kacau aku tengah mengelamun ni haishh kacau daun betul. Tekejut Sarah bila melihat siapa disebelahnya kini.
" eh bila sampai? Buat apa kat sini?" soal Sarah kembali.
" orang tanya dia.. dia tanya pulak kita balik. I ada hal tadi. Menung apa tadi?" soal Am kembali. Sarah tertawa kecil mendengar jawapan yang diberi Izdham itu sehingga menampakkan lesung pipitnya.
Pandangan mereka saat ini sudah pun terpaut. Sarah yang menyedari itu. Dengan pantas mengalihkan pandangan matanya. Lantas dia bangun.
" sorry laa.. I ada hal. Nanti kita jumpa lagi okay.." saat Sarah ingin mengatur langkah, tangannya terlebih dahulu telah dipaut oleh Am. Terhenti langkahnya.
" Sarah.. kita mula dari awal balik? Okay.. I menyesal dengan semua yang pernah I buat dulu tapi please give me one more chance!" kata Izdham dengan tiba-tiba.
Perlahan-lahan Sarah menarik tangannya. Dilihat kembali wajah lelaki yang telah membuka pintu hatinya itu. Ya kalau perkara silam itu tiada , mungkin sahaja dia akan menerima Am dengan tangan yang terbuka tapi benda dah terjadi, dan kita tak boleh nak patah balik.
" maaf I tengah bekerja. And I tak nak fikir pasal hal peribadi sewaktu kerja," jawab Sarah dengan tenang. Walaupun jantungnya sudah pun membuat irama rock tapi tetap dapat dikawalnya.
Sarah yang melihat Am sudah pun kembali duduk dengan wajah yang hampa meyebabkan Sarah tidak sampai hati hendak membiarkannya begitu sahaja. Lagipun dia memang cinta kan Am tapi dia perlu masa untuk berfikir. Kerana dia tak nak pisang berbuah dua kali.
" Izdham.. give me time to think about it," kata Sarah lagi. Terus dia berlalu pergi sebelum sempat Izdham menjawab.
Sarah terima kasih. Aku akan tetap terima apa sahaja jawapan yang diberi oleh kau. Apa pun yang terjadi I'll always love you. Walaupun nanti aku tak dapat nak bersama kau, aku bangga kerana aku pernah mencintai seorang gadis yang bernama Murni Maisarah.
HOTEL PAN PACIFIC. Selepas reunion hari tu lama juga Ika tidak ke hotel. Hari ini dia dikejutkan dengan ajakan Adam Haikal yang menyuruhnya untuk ke hotel ini.
Ika yang tidak melihat sesiapa di restoran dalam hotel ini merasakan yang dia sudah tersalah tempat. Baru sahaja kaki hendak melangkah pergi, dirasa tangannya sudah ditarik oleh seseorang hampir sahaja dia mahu menjerit tapi tidak jadi sebaik sahaja dia melihat Haikal.
" sayang. what is this?" soal Ika sambil tangannya menunjuk ke arah sekelilingnya.
" shusshhh.. I nak you duduk dulu. And tengok apa yang I dah sedia untuk you. Okay?" kata Haikal pula sambil jarinya telunjuknya diletakkan di bibir Ika. Dia mahu apa yang dirancang hari ini berjalan dengan lancar.
Usai menjamu selera. Haikal tiba-tiba bergerak ke arah pentas yang berhadapan dengan mereka. Pergerakan senang dilakukan kerana hanya mereka berdua ada di sini. Ika hanya memerhati apa yang dilakukan oleh Haikal.
Dicapainya pulak gitar dan duduk di atas sebuah kerusi. Hishh macho nya dia getus hati Ika. Seketika kemudian, Haikal menyanyikan sebuah lagu.
" for my love.. Ika this song is for you. Harap you akan faham setiap lirik nya," kata Haikal sebelum bernyanyi dan dibantu oleh backup singer wanita.
Belum sempat Haikal memulakan nyanyiannya. Ika datang menghampiri.
" can I sing with you?" soal ika dengan membuat muka konon comelnya itu. Hehe.
Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki,
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki,
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri,
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu,
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu,
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri,
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri,
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu,
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu,
Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri,
Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu,
Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu,
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Selesai sahaja mereka bernyanyi. Datang seorang waiter lelaki memberi sesuatu pada Haikal. Ika hanya memandang pa yang berlaku di hadapannya ini.
"Ika.. will you marry me?" ucap Haikal sebaik sahaja dia melutut.
" heii bangun laa.."
" nope.. until you answer my question," jawab Haikal pula. Kali ini dia akan ikut kata hatinya. Dia tidak peduli dengan bantahan keluarganya lagi.
" how about you parents?"
" Kita akan sama-sama jumpa parents I and you then bagitahu niat kita. Okay?" soal Haikal pula.
" then.. what would I say.. "
" sayang.. will you marry me?" tanya Haikal lagi.
" what will happen when I say I do.. I do.." jawab Ika. Dengan tiba-tiba berguguran kelopak bunga mawar warna pink dari atas kepalanya sebaik sahaja dia menerima lamaran Haikal.
" thats will happen.. thanks Ika. I akan bahagia you selagi I masih bernyawa," kata Haikal lagi.
Ika hanya mampu mengangguk. Tak mampu dia berkata. Tak disangka apa yang diimpikan terjadi. Dia pernah beritahu Haikal dia ingin dilamar dengan cara yang seperti ini. Sungguh dia terharu Haikal sanggup melakukan segala ini demi dirinya.
" thanks to you too. I'' be your wife forever and ever. Promise to protect me okay?" soal Ika.
Haikal hanya mengangguk tanda setuju. Hari ni tidak mungkin akan dapat dilupakan oleh Ika dan Haikal. Ika hanya mengharap mereka kan dapat restu daripada kedua-dua pihak. AMIN..
No comments:
Post a Comment