13
KLASS KAU SARAH!
Siapa lagi yang suka guna ayat tu kalau bukan si Irfan, kononnye adik kesayangan aku tu.
“ yang kau ni.. kenapa? Dah tak sihat?” perli Sarah pula. Ir hanya mencebik apa yang dikatakan oleh Sarah itu.
“ cehh tukar topik pula.. oi Ngah, aku tau la kau nak jumpa Kimi tu tapi tak rasa ke yang pakaian kau ni over sangat..haa..”
Sarah lantas mengalihkan pandangannya ke arah baju yang dipakainya itu. Over? Apa yang overnya. Aku rasa adik aku sorang ni tinggal lagi tiga jumaat tak.. aku yang pakai seluar jeans and blouse ni dikatakan pakaian aku over.. ke dia nak cakap yang sebenarnya aku ni lawa...hehhe angkat bakul sendiri pulak. Tak pe lah sekali sekala..
“ haa... tonung laa baju kau tu sampai terkoyak.. biar si Kimi tu.. tercabut biji mata dia tengok kau,” kata Irfan tiba-tiba.
Sarah hanya memandang dengan renungan yang tajam sahaja. Huh
“ heii! Kau ni sebenarnya nak aku ikut ke tak haa.. macam-macam lak yang kau cakap. Lau macam ni ada baiknya kalau aku pergi ikut Bobo and BFF aku hangout.. daripada ikut korang buat sakit hati. Sakit mata. Sakit jiwa. Sakit macam-macam laa..”
Irfan lansung tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Sarah itu. Telinganya itu sudah pun disumbatkan dengan earphone.
Hampeh punye budak. Aku tengah cakap, boleh pulak dia dengar lagu. Kurang asam betul. Samdul badigul betul!
Sarah yang baru sahaja hendak bangun dari kerusinya dan ingin mencapai kunci keretanya telah terlebih dulu disambar oleh Irfan.
“ kau ni apa hal haa... ada masalah tunggu laa kat simpang beb,” gertak Sarah. Memang saat ini dia tahap bengang yang paling maximum dekat budak sorang ni. Kalau dia ni akak yang jahat sudah lama aku cincang lapan belas badan mamat ni. Huh..
“ memang aku baru nak ajak kau pergi kat luar tu tapi bukan kat simpang ek..hehhe jauh laa Ngah.. hemm.. kau tak payah bawak kereta hari ni.. aku bagi cuti okay?” jawab Ir pula.
“ haa.. abeh tu kau yang nak bawak. Jangan harap laa aku nak bagi.. mati hidup balik pun aku fikir tahap tak dapat fikir pun aku tak kan bagi kau bawa okay...”
“ Ya Allah.. asal la kau bagi aku akak yang bakhil ni.. siapa pulak kata aku nak bawak.. dah laa kau ikut je boleh.. jangan banyak cakap paham!” kata Ir lagi.
Terus ditariknya tangan akaknya itu. Dikuncinya semua pintu.
Sarah memandang adiknya itu dengan pelik. Kunci keretanya masih berada dalam pegangan adiknya itu.
TRUUUTT..TRUUUTT SMS!
Ligat tangan Sarah meraba-raba handbag nya yang sempat dicapai tadi sewaktu Ir menarik tangannya. Lantas Sarah membuka khidmat pesanan ringkas itu.
<mamat senget> hye salam.. :D hemm wait 4 me k..
Give me 5 minutes more k..
Sarah yang membaca message itu sudah pun berasa nak muntah.. siapa pulak kata aku nak tunggu dia, tak ada kerja aku de.. entah apa yang dia merepek ntah..
Sarah memandang adiknya yang masih rancak menaip itu dipanggilnya.
“ APA!” marah Ir.
“ bagi aku kunci.. aku nak naik kereta aku yang lawa lagi cun tu..”
“ gile!! Ok tak payah.. dia dah sampai dah.. jom cepat,” potong Irfan. Sarah hanya memandang ke arah kereta yang dimaksudkan Irfan. Aku macam pernah nampak je kereta ni tapi kat mana ek?
‘ give me 5 minutes more ’
Cop..cop..cop.. jangan cakap dekat aku yang ni kereta si Mr. Ms tu. Eh siapa yang nak cakap kat aku pulak. Huh sengal betul.
“ woi Ngah!! Cepat laa.. tadi kau dok memekak panas laaa.. lambat laa...” lagi sekali Irfan menarik tangan akaknya yang masih berada di awan-awangan itu. Tanpa disedari, Sarah sudah pun berada di dalam kereta Kimi, di sebelah duduk pemandu lagi tu..
Kimi memberi senyuman yang termanis buat gadis di sebelahnya ini. Ini semua berkat pertolongan Irfan. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan dapat bertemu dengan Sarah lagi. Sarah seperti mengelak diri daripada dia. Aikk asal minah ni buat tak tahu jew. Tak kan dia tidur lagi kut.. Kimi hanya membiarkan Sarah begitu. Dilanjutkan perjalanannya.
Sarah terkejut dengan emergency break yang dilakukan oleh orang sebelahnya ini. Apa lagi meletus laa lava nya. Dikiranya kereta myvi kesayangannya tapi...
“ heyy Irfan.. kalau kau tak geti bawak bagi aku bawak.. jangan dok berlagak pulak.. kang aku suruh bayar bulan-bulan kang baru tahu,” sergah Sarah. Alangkah terkejut bin beruknya Sarah apabila melihat orang disebelahnya ini bukan adiknya tapi adalah orang yang selama ini cuba dia elakkan daripada berjumpa.
“ ha.. hemm sorry laa kejut kan you.. and F.Y.I. I ni bukan Irfan, adik you..”
Eh mangkuk bertingkat, kalau kau tak bagi tahu pun aku tahu laaa... aku ni bukannya kena amnesia pun..huh.. macam mana laa lau mamat ni dengar aku kutuk dia, konfem msti sakit hati kan.. hahaha..
“ eh asal senyap.. I have something to say.. tapi sebelum tu.. kita pergi makan dulu boleh,” kata Kimi bagi memecahkan suasana dingin di antara mereka.
Sarah hanya membalas dengan anggukan sahaja. Sarah yang baru menyedari perbuatannya itu terus menggelengkan kembali kepalanya. Kimi yang merasakan keadaan itu sungguh lucu dengan tidak sengaja telah ketawa..
“ Apa yang lawak sangat haa...?” tanya Sarah. Setahu dia tiada apa yang perlu diketawakan. Ikut kan hati dia sekarang rasa macam nak sembelih lapan belas je mamat ni. Huh.. ni dah boleh dikira menculik anak dara orang tak haa.. aku nak telefon polis buat laporan laaa...biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah..hihihi..
Sarah terus mengeluarkan telefon dari handbag nya. Kimi memandang pelik ke arah Sarah.
“ Call siapa tu?” soal Kimi pula.
“ telefon siapa lagi.. telefon polis laa,” jawab Sarah dengan muka selambanya itu.
“ haaa? Nak buat apa.. hish letak phone tu balik,” jawab Kimi dengan nada terkejut. Keretanya sudah pun diberhentikan. Saat ini Kimi berusaha hendak merampas phone itu dari Sarah. Kot betul dia telefon polis tak ke naya aku nanti, kata Kimi dalam hati.
Sarah yang terkejut dengan tindakan Kimi memberhentikan kereta. Ditambahkan lagi dengan tindakan spontannya yang ingin mengambil telefon ini sangat tidak dijangkakan. Pada mulanya Sarah hanya ingin menggertak Kimi, tidak tahu pulak kata-katanya itu dipercayai oleh Kimi.
Kalau Sarah bergerak sedikit mungkin Kimi akan memeluknya. Saat ini pandangan mereka sudah saling bertaut. Sarah yang menyedari itu lantas menolak Kimi ke tepi kembali apabila Kimi seakan terkaku sebentar.
Sarah sudah pun membetulkan cara duduknya. Haishh.. macam mana laa aku boleh pandang dia macam tu.. Ya Allah malunya. Eh bukan aku sorang je pun yang pandang dia, dia pun sama. Tengok tu aku dah tolak dia pun, dia masih terkaku lagi.
Lawanya mata dia. Hisshh ikut kan hati aku nak je aku pandang dia lagi. Kimi kembali menoleh ke arah Sarah. Sarah yang perasan ada orang yang memandangnya lantas menoleh ke arah Kimi.
“ EHEM! EHEM!” tegur Sarah. Tak selesa lansung dia dengan pandangan Kimi itu. Dah lah kereta ni masih dekat bahu jalan, macam-macam boleh jadi. Ish takut pulak aku. Dah laa aku tak berapa nak kenal dia. Ni semua rancangan si Ir tu, tengok laa aku balik nanti, mati kau aku kerjakan. Huh. Mamat ni pulak aku cucuk mata tu jadi macam Kassim Selamat kang menyesal tak sudah. Pandang orang macam nak telan pulak.
“ eh.. sorry.. tu laa lawa sangat siapa suruh.. sebab tu laa mata I ni dok nak pandang you je,” jawab Kimi dengan selamba. Dia sudah pun meneruskan perjalanannya kembali.
“ eh macam tu pulak.. dah Allah nak bagi lawa terima je laa.. mana boleh pandang lama-lama dosa tau. Nak pandang lama-lama kena laa kahwin dulu..haha,” kata Sarah pula. Diselitkan juga dengan tawa dan senyumnya itu.
“ mana tau ni I nak hantar minang. Ala ni kira testing pandang you lama-lama laa.. kalau lepas kahwin I tak nak pandang dah.. peluk cium terus,” balas Kimi pula dengan tawanya.
“ haaa?!” Sarah sudah pun terlopong memandang Kimi tapi mamat ni boleh bantai pulak buat muka selamba dek dia je. Sengal betul. Aku punya laa sikit terkejut dengan apa yang dia cakap boleh lak dia buat muka konon kiut dia tu. Huh.
“ what? Muka saya hensem sangat ea.. sampai awak tak lepas pandang.. tak apa-tak apa nanti lepas kahwin pandang lama-lama pun tak apa okay..saya bagi, free of charge lagi tu..”
Haa.. bapak perasan mamat sebelah aku ni. Aku pandang dia pun sebab nak dapatkan kepastian, bukannya aku nak hadap sangat muka dia. Heii cik abang oi, orang hensem tak akan mengaku dia hensem laa. Kata Sarah tapi hanya setakat didengari oleh dirinya sahaja.
“ heii awak boleh jangan merepek kat sini boleh.. malas laa nak layan benda merepek macam ni. Ni awak nak bawak saya pergi mana? Esok saya dah start kerja ni, so I want to REST!” akhirnya terkeluar juga perkataan dari mulut Sarah. Sengaja ditekan perkataan ‘rest’ itu. Biar mamat senget ni tahu yang dia nak berehat. Dah laa esok kerja. Huh penat..penat.
“ hahaa.. pergi mana lagi.. nak pergi dating laa..”
Hampir tersembur gelak Kimi tengok muka Sarah yang sudah menahan marah itu. Haha.. seronok gak kenakan minah ni.. nampak je ayu tapi brutal beb. Haha
HUH PENAT. Sarah terus membaling handbag nya ke katil. Dilambungkan juga badan dia yang cun lagi melecun ni hehehe..
“ oi Sarah! Apa macam date ko?” sergah Bobo.
Ishh minah ni tak boleh bagi aku rehat kejap ke haa.. tak sempat lagi nak mimpi dah kena kacau. Hai nasib kau laa Sarah.
“ masa bila pulak aku pergi date ni.. aku jumpa membe jew laa. Ni siapa bagi tahu kau, mesti malaun todi tu kan!” jawab Sarah dengan matanya yang masih tertutup itu. Penat sangat laa tuu. Mana tidaknya, si Kimi bawa dia pusing satu Pavillion lepas tu mcam-macam yang mamat tu beli.
Bila aku tanya dia kerja apa, dia kata biasa-biasa je. Tapi tengok dari cara dia bayar yang tak fikir seratus kali macam aku ni, feeling aku kuat mengatakan yang dia ada sembunyikan something dari aku. And rasa macam dia ni anak orang kaya je. Tapi tak nak mengaku.
“ malaun todi? Apa tu? Ko ni macam-macam perkataan baru, mana kau dapat haa,” sambung Bobo lagi.
“ hishh malas laa aku nak terangkan.. kalau aku terangkan pun bukannya kau faham pun. Nak tau pergi bukak kamus edisi ke-20.. cepat laa cakap siapa bagitahu kau,” jawab Sarah pula. Aku tak tahu laa, kalau minah ni percaya aku cakap memang lurus bin bendul laa kawan aku sorang ni. Mati-mati kena tipu dengan aku. Hahaha.
“ eleh macam bagus je ko.. ok tak pe nanti aku cari kamus tu. Siapa lagi yang nak bagitahu aku kalau bukan adik kesayangan kau tu,” jawab Bobo sambil ketawa.
Tak apa Bo.. kau gelak kan aku.. yang kau tu dah kena kencing dengan aku pasal kamus edisi ke-20 tu tak nak lak kau gelak kan.
“ eh.. cop..cop. edisi ke-20? Woi minah mana wujud lagi edisi tu.. huh sengal, ko kencingkan aku. Hampeh punye kawan,” sambung Bobo lagi.
Apa lagi tersembur laa tawa Sarah. Hahaha.. beru perasan minah ni. Sebaik kau tak pergi carik lagi. Kalau tidak mau terkeluar isi perut aku gelakkan kau.
“ hahaha.. tu lah padah nya kau gelakkan aku tadi. Ha amek kau kan dah kena kencing dengan aku.. so apa perasaan anda?” tanya Sarah pula. Sahaja nak sakitkan hati dia je.
“ dah la.. malas aku nak layan kau ni.. buat sakit jantung aku je. Tidur lagi bagus. Kan esok kita first day. Hehe.. tak sabarnya,” kata Bobo lagi.
Sarah sudah pun menutup mukanya dengan bantal. Apa lagi mestilah bantal busyuk dia kan..haha. Sarah sudah pun menolak and melambai ke arah Bobo sebagai hint untuk minah tu keluar dari bilik dia secepat mungkin.. huhu. Kejam tak aku?
“ cehh.. menghalau nampak! Huh. Yolaa.. goodbye. Night. Sweet dream.”
Sebaik sahaja Bobo ingin menutup pintu bilik Sarah dia teringin akan sesuatu. “ woi cik kak oi.. jangan diingat abang yang disana. Esok ada pulak aku tengok katil yang dah basah sebab berangan. Haha,” kata Bobo lagi.
Apa lagi hinggap satu bantal tepat ke muka Bobo. Bagus! kena pada sasaran. Amek kau, kuang asam punya kawan. Ada ke patut cakap macam tu, nasib baik tak ada orang dengar kot ada tadi memang dengan kau kau pun aku kerat lapan belas.
“ wah ni dah melebih ni. Main muka nampak. Sengal jee,” balas Bobo. Batal yang tadinya ada ditangannya sudah dibalingkan kembali ke arah Sarah. Terus pintu ditutup pintu itu.
Hampeh betul kawan aku sorang ni. Nasib baik laa aku tengah penat ni.. kalau tak memang nak kena penangan berapi aku nampak gayanya. Ni adik aku sorang belum dikerat lapan belas lagi ni. Kalau bukan sebab dia tak ada maknanya aku terperangkap dengan si Kimi tadi. Dahlah aku punya kunci kereta masih ada dekat dia.
Macam mana laa aku nak pergi kerja esok ni? Heii.. cop..cop.. aku, Ika and Bobo kan satu tempat kerja. Hehe naik Ika laa.. terus dicapai telefonnya di atas meja.
Oitt salam.. ika! Aq tmpg ko sok ek?
Kunci kete aq kat adik aq yg sngl 2 laa..
Boleh ea..! kate BFF hahaha..
Terus dihantar message itu kepada Ika.
5 minit kemudian ada message masuk.
Mati-mati aku ingat Ika yang bagi message tapi rupa-rupanya si malaun todi yang lagi sorang rupanya. Siapa lagi kalau bukan Kimi.
Apalah mamat ni nak dengan aku. Tak cukup ke dia menyeksa jiwa dan ragaku petang tadi. Rasa nak tercabut tulang belulang aku jalan dengan dia. Tak sangka aku ada juga lelaki yang shopaholic.. dunia sudah semakin terbalik. Hahaha.
Baru sahaja Sarah hendak balas message Kimi ada panggilan masuk.
“ hello..”
“ oitt.. nyah.. kau naik aku ek sok? Ok gak tu.. aku amek kau kat bus stop dekat umah kau tu tau,” jawab Ika.
“ ishh kau ni bagi laa salam sikit.. ala asal kat bus stop? Malas laa nak jalan kaki.”
“ eh ngada kau ek. Kira untung aku nak pergi ambil. Ala exercise laa sikit. Kau jalan dengan Bobo je pun.. kowang pun da tembam sikit huhu,” kata Ika pula.
“ wah tak ada insurans nampak.. yela. Yela bus stop pun bus stop laa..”
“ haa bagus pun. Okay laa goodbye. Sweet dream. Night. Love you hehehe,” jawab Ika. Terus talian dimatikan selepas Sarah memberi salam.
Argghh pukul berapa ni? Ngantuk nye aku. Haaa mak oi dah pukul seboleh. Tak soda den haa.. hehehe kan dah keluar bahasa nogori den. Eh message mamat senget tadi aku tak balas lagi. Apa ek dia nak.
<mamat senget> pki tw bju keje 2 sok.. I dah belikan
So u wjb pki.. hehhe jmpe lunch sok!
Gud 9. Sweet dream. :D
Ada ke time dia hantar aku balik tadi, aku setuju nak lunch dengan dia. Seingat aku, aku just diam seribu bahasa. Tak kan la dia anggap diam aku tu tanda setuju. Dah macam orang melamar pulak. Hahaha.. huh apa-apa laa, tak ada maknanya aku nak lunch dengan dia. Ada baik dan bagusnya aku lunch dengan doktor senior aku tu. Apa nama dia.. ADAM HAIKAL. Hehehe gatal pulak kau Sarah. Entah-entah dah berpunye ke. Hihi just friend only, tak pe kan. Huhuhu.
Aku rasa macam hensem je doktor tu..hehehe. bersemangat laa aku nak pergi kerja lepas ni. Huhu just sebagai pembakar semangat. Hishh dah laa merepek pulak aku haa.. baik aku pergi gosok baju, ada laa juga pekdah nya..
‘TRUUTT..TRUUTT SMS’
Terus Sarah membuka khidmat pesanan ringkas yang diterimanya itu.
<IbalJP> Sarah..ko jngn lpew aw psl yg aq mnx
Tlong 2.. aq try call Fana nk tnye tp dye cm
Ngelak dri dari aq je. Aq rse dye pon x aw
Yg mak dye plih mamat tu... :’(
Ya Allah macam mana aku boleh tak ingat pasal ni. Hishh balik kerja esok, aku nak jumpa Fana laa. Nak tanya dia pasal ni. Kesian pulak aku tengok si Ibal ni haa, macam dah tak terurus hidup dia sejak kena reject dengan mak Fana.
Tu laa dulu aku suruh cepat-cepat masuk line, masing-masing tak nak dengar cakap aku. Tengok bila dah susah pandai pulak cari orang yang bijak lagi bestari. Siapa lagi kalau bukan Murni Maisarah kata kan. Hahaha.
Yelaa.. nnt aq try tlong tp aq xjnji aw..
Hemm sbo je laa bnyk2 ibal oi..
Cool sda.. t pew2 hal aq inform ko..
Don’t worry k! J
Terus dihantar message itu kepad Ibal. Hai sebaik laa kawan kalau musuh dah lama aku tepuk tangan. Hahaha. Esok laa gosok baju. Nak tidur. Penat. Zzzzzz...
No comments:
Post a Comment