Saturday, November 2, 2013

21
            Sudah masuk dua minggu selepas majlis perkahwinannya itu. Dua minggu jugalah Am telah pergi meninggalkannya. Sejujurnya Sarah masih tidak dapat terima dengan apa yag telah berlaku. Kalau lah dia baca dulu surat tu, mesti dia perasan nama siapa yang tertulis. Nasi dah jadi bubur. Tak ada motif dan faedah lagi nak diungkit-ungkit. Kesimpulannya, baca dulu sebelum nak turunkan apa-apa signature.

            “ arrggghhhh bosan!” jerit Sarah tiba-tiba.
            “ Woi! Kau da kenapa menjerit macam orang gila. Cukuplah dengan masalah aku dekat pejabat tu. Jangan kau tambahkan sakit kepala aku dengan perangai gila kau tu,” marah Kimi. Aku balik bukannya nak sambut ke apa. Ni tidak, asal aku balik je ada je benda yang buat aku sakit hati. Kerja doktor tapi gaya lebih macam orang gila.

            Terdiam Sarah, disergah Kimi begitu. Inilah hari-hari malang yang terpaksa dilaluinya selepas menjadi isteri kepada Syed Hakimi a.k.a Mr. MS tu. Huh suka hati aku la nak buat apa pun. Dah kau buat aku macam tunggul kayu dekat rumah ni kau tak fikir. Tak habis-habis dengan kerja kau. Aku pun kerja juga. Muka.. da laa minta siku aku. Haisshhh macam mana aku boleh kahwin dengan orang macam ni sabar je laa, ngumpat Sarah.

            “ haaa.. diam..diam tu. Mengumpat aku laa kan. Kau mengumpat la aku. Memang tak bau syurga la nampaknya. Ingat sikit syurga kau tu bawah telapak kaki aku ni,” bebel Kimi sambil menunjuk-nunjuk telapak kakinya.
            Sarah yang menghadap televisyen tu hanya membalas dengan cebikan dan mengomel sendirian.
            “ woi!”

            Sarah masih leka menonton drama korea My Girl. Dia pun tak tahulah kali ke berapa entah dia menonton cerita itu. Memang minat sungguh dia dengan pelakon lelaki itu. Kalau dia dah asyik dengan ketampanan Lee Dong Wook tu, memang benda lain semua tidak diendahya.

            “ woi! Kau dengar tak aku panggil? Kau tengok apa sampai aku panggil pun kau buat tak tahu,” bentak Kimi, sempat lagi dia menolak kepala Sarah.
            Haishhhh... aku kalau orang dah main kepala ni, memang kepantangan la kan. Suami tak suami, pedulik pula aku.

            “ yang awak ni dah kenapa? Dah tak boleh nak cakap lembut-lembut dengan saya ke? Kalau awak rasa saya ni mebebankan awak, tunggu apa lagi? Just say the word Kimi! Saya pun tak payah berpura-pura redha dengan semua ni. Its all fake!” berang Sarah.
            Tangan Kimi yang besar itu hampir sahaja hinggap di pipi Sarah yang gebu itu. Tersentak Sarah dengan reaksi Kimi. Ni ke Kimi yang dia kenal dua tahun lepas. Kenapa Kimi berubah sekelip mata. Sarah semakin takut.

            “ awak nak tampar saya.. haa tampar laa! Awak ingat Kimi, saya masih ada papa, saya masih ada keluarga. Saya bukan perempuan lembik, yang mudah tunduk dengan lelaki macam awak. You don’t know me well Syed Hakimi!” kata Sarah lagi. Lancang gila mulut kau ni Sarah. Sekali betul-betul dia bagi penampar, menyesal tak sudah kau. Lelaki Sarah, jangan berani kau cabar.

            “ heyy.. suka hati aku la nak buat apa pun dekat kau. Kau tu hak aku, tanggungjawab aku. Ingat sikit syurga kau bawah telapak kaki aku. Jangan bagi aku ulang banyak kali. And remember Sarah! You also don’t know well about me. Kimi yang dulu tak sama seperti Kimi yang sekarang. Kau yang buat aku jadi macam ni,” jawab Kimi.

            Sarah hanya memandang Kimi tanpa berkedip sedikit pun. Telahannya selama ini betul, ya memang Kimi nikahi dirinya hanya untuk membalas dendam. Abang, Sarah takut. Sarah takut tak dapat tahan dengan semua ni. Kimi tak ikhlas bang, dia nak balas dendam je. Tekaan abang salah, sempat Sarah merintih dalam hati.

            “ sebelum tangan aku betul-betul naik kat pipi kau yang gebu tu, baik kau pergi jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Ini tidak suami depan mata, bukan main lagi pandang lelaki lain. Kau jangan sampai aku dapat tangkap kau curang, memang kau cari nahas dengan aku. Ingat tu!” sambung Kimi sambil menujah kepala Sarah.

            Sakitnya hati aku dengan mamat ni. tak kan dengan pelakon korea pun nak jeles kut. huh.. kalau aku tak fikir dia ni suami aku memang aku smackdown sampai ke titisan darah yang terakhir. Macam la kau berani Sarah. Kau tu cakap je lebih buatnya tidak. Huh apa-apa je la, lagi cepat aku siapkan makanan untuk si senget ni lagi cepat aku boleh masuk bilik.

            Selesai sahaja Kimi makan. “ saya nak cakap something dengan awak,” kata Kimi tiba-tiba. Terbuntang mata Sarah, Kimi membahasakan ‘saya awak’.
            “ haaa... cakap je la. Sejak bila pula kena minta izin?”

Truut..truut..Sms..

            Terhenti perbualan mereka dengan bunyi telefon Sarah. Tanpa menghiraukan Kimi, Sarah terus mencapai phone dan membalas message tersebut sambil tersenyum-senyum. geli hatinya membaca message Ika itu.
            Haiii... perempuan mencabar aku pula. Aku baru nak buat baik, naik lemak pula dia. Suami depan mata tapi dok berbalas message dengan orang lain. Hee ni yang aku tak boleh ni, apa yang dia message tu.

            Kimi.. kau ada hak nak ambil phone tu. Dia tu isteri kau. Jangan jadi lelaki dayus, entah-entah dia tengah message dengan lelaki mana. Kau jadi tunggul kat situ.
            Kimi.. positif. Mungkin kawan rapat dia yang message. Arrrgggghhhhh...

            “ kau bagi sini aku telefon tu! Kau tahu tak aku tengah cakap dengan kau. Kau jangan nak biadap sangat,” bentak Kimi.
            Sarah pula yang terkejut dengan reaksi Kimi itu masih cuba mempertahankan telefonnya walaupun telah cuba dirampas oleh Kimi.

            “ awak kenapa ni? kena rasuk setan ke apa?”
            Kimi tidak mengendahkan Sarah terus merampas telefon Sarah. Malangnya, message dari Din masuk walaupun hakikatnya Sarah berbalas message dengan Ika. Tanpa berlengah lagi Kimi terus membuka message Din itu.


Salam.. hye. I just wanna tell you, thats i’ll
be back soon. Din harap Sarah boleh jemput Din dekat airport nanti.
Okay dear! Sweet dream.. J

            “ ni siapa? Kau baru dua minggu jadi isteri aku, dah berani nak curang belakang aku kan?” tanya Kimi sambil menunjuk message Din.

            “  sumpah. Demi Allah awak! Saya balas message Ika tadi. Saya tak tahu pun Din nak bagi message macam tu. Lagi pun Din tu kawan lama saya, time sekolah dulu,” jelas Sarah. Ya Allah, kenapa la time ni awak message Din. Sarah pelik dengan sikap Kimi. Tadi bahasa dia sedikit berubah lebih lembut tapi sekelip mata sahaja berubah kembali.

            “ kau jangan tipu aku laa perempuan! Kau ingat aku bodoh. jantan ni tak tahu ke kau dah kahwin sampai berani message kau tengah-tengah malam. Kau ingat aku ni Am yang senang kau nak 'kencing'. Kau memang nak kenakan. Memang nahas la kau malam ni,” mengamuk Kimi. Habis ditujah-tujahnya kepala Sarah.

            “ kau kenapa? Dah gila ke? Sebab message macam tu, kau tak siasat dulu terus nak mengamuk. Apa hak kau nak cakap macam tu pasal abang. Hey kalau bukan sebab dia aku tak hingin la nak kahwin dengan kau,” lawan Sarah tapi ditekup mulut kerana menyedari kelancangannya. Dia tidak tahu kenapa dia bleh berkata begitu. Dia tak tahu apa tindakan Kimi tapi sakit hatinya bila Kimi cakap macam tu pasal Am.

            “ kurang ajar!”

PANGGGG!!

            “ sekali lagi aku dengar kau guna bahasa ‘kau aku’ lagi teruk dari ni yang kau dapat. Kau jangan buat sampai aku menyesal ambil kau jadi isteri aku. Behave Sarah! Sedar sikit status kau. Syurga kau bawah telapak kaki aku,” kata Kimi lagi tanpa menghirau kesakitan yang dialami Sarah dan terus pergi meninggalkan rumah.

            Sarah sudah pun menangis teresak-esak. Dahi dan mulutnya sudah pun berdarah akibat dari tamparan Kimi. Kepalanya terhantuk pada bucu meja makanan.

            “ aduh!” Sarah mengubati lukanya sendiri. Macam mana nak pergi kerja esok ni. Sempat dia mengutip serpihan telefon yang dibaling Kimi sebelum keluar tadi dan terus berlalu ke bilik. Sarah menangis sendirian di biliknya sehingga dia terlelap.

            PUB CITY. Suasana di sini bukannya menenangkan lagi jiwa aku. Huh tempat apa la yang Zack bawa ni. Kimi masih tercari-cari kelibat teman rapatnya itu.

            “ woi bro! Datang juga kau tempat macam ni kan. Dulu bukan main lagi kau tak nak jejak lansung tempat ni. Kenapa bini kau dah tak larat nak layan nafsu kau ke? Haha,” sergah Zack dari belakang.

            “ kau bahasa biar cantik sikit Zack. Aku tengah tak ada mood ni. Kang dekat kau, aku lepaskan geram,” jawab Kimi dengan nada sinis.

            “ waaa..waaa.. chill bro! Okay.. dah alang-alang kau ada sini, jom kita enjoy. Nah aku ada ambil kan air tuk kau.”

            Tanpa ada sebarang rasa curiga terhadap temannya itu, lantas air yang dihulur itu diminumnya. Coca-cola itu telah dicampurkan dengan dadah. Malam itu, Kimi seperti hilang kawalan. menari-nari dia megikut alunan muzik. Dia tidak sedar apa yang dia telah buat dan tanpa dia sedar juga segala perbuatannya telah dirakam oleh Zack termasuk lah gambar-gambar dia bersama Tasha.

            Tasha dan Zack telah bersubahat untuk membalas dendam. Zack telah mengambil gambar-gambar Tasha dan Kimi. Jika dilihat pada gambar, memang jelas kelihatan seperti mereka melakukan hubungan intim. Itulah sebenarnya tujuan mereka. Ini akan dijadikan senjata untuk memusnahkan hidup Kimi.

            “ Just wait friend! Just watch and see okay!” kata Zack lagi sambil menampar-nampar pelahan pipi Kimi yang tidak sedarkan diri tu.

            “ I akan buat you menderita Kimi. Ni baru permulaan. This is the begin of the game dear! Mmuuuaaahh..” kata Tasha pula. Sempat dia mencium pipi Kimi sebelum beredar. Mereka berlalu dengan hati yang puas.

KIMI!

            Teriak Sarah. Terjaga dia dari tidur. Dia mimpi buruk pasal Kimi. Kimi seperti dalam bahaya. Arrrggghhh lantak dia laa, tu balasannya. Buat baik balas baik, buat jahat balas jahat. Hemmm...

            Tapi kenapa rasa tak sedap hati ni. Ada sesuatu berlaku dekat dia ke. Alaa aku nak telefon macam mana telefon dah rosak. Sengal juga kau ni kan Sarah, telefon rumah kan ada. Pantas Sarah mendail nombor Kimi berulang-ulang kali tetapi tetap juga tidak dijawab.

            Dia dah buat kau macam-macam pun, still kau risaukan dia kan Sarah. Jahat-jahat dia, dia tetap suami aku. Syurga aku dekat dia, ngomel Sarah sendirian. Terus Sarah mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak. Dia berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku pada suaminya.


Friday, November 1, 2013

20
            Finally, today is the day. Hari yang dinantikan tiba juga, dalam beberapa jam sahaja lagi aku akan bergelar isteri. Wau ganas-ganas aku, akhirnya kahwin juga kan. Mana tidaknya saya kan comel hehe. Macam cantik je, macam comel je. Perasan la kau ni Sarah, berangan je. Hemm... Ada juga makhluk Allah yang bergelar lelaki ni nak kahwin dengan aku. Guess what? Who is he? Hem?

            “ Sarah!” jerit kak Ati.
            “ oh mak kau meletup..” latah Sarah. Aku tak boleh betul la dengan orang yang suka jerit nama aku ni. Apa dah tak boleh nak panggil elok-elok ke haaaaaa? Aku da punya baik dapat berangan ni, dikacau-kacau pula. Bebel Sarah sendirian.

            “ haa! Apa nya kak Ati oi? Akak ni boleh kot panggil dengan cara sopan. Kalau adik akak ni ada sakit jantung, tak ke da lama jalan tadi. Elok-elok buat kenduri kahwin terus bertukar buat kenduri tahlil,” leter Sarah.
            Ati dengan muka masam menjawab, “ yang kau ni da kenapa cakap macam tu. Apa nak sangat ke jadi macam tu. Da nak sangat jadi janda ke haaa? Mulut kau tu da la agak masin. So I think better you just say the good things only, dear!”    

            Haa ambil kau, kan da kena tembakan padu dari kak Ati. Berani lagi cakap macam tu. Heee Ya Allah selisih laa malaikat empat puluh empat. Jangan laa apa-apa terjadi pada Am. Amin, doa Sarah.

Aku mohon ..
Sayangi lah diriku di dalam hidup mu
Dan kamu janganlah kasar-kasar lagi
Dengar lah pujaan hati

Berlari Sarah saat dengar ringtone yang ditetapkan untuk tunangnya itu. Sarah pelik juga, abang masih sempat telefon padahal masih ada dua jam sebelum dia di ijab kabul kan.

            “ hello. Assalamualaikum abang. Abang dekat mana tu? Kenapa ada masalah ke?” tanya Sarah. Pelik kan dah panggil abang. Well, practice make perfect. Hehehe.

            Masih tiada jawapan. Lama Sarah menunggu tunangnya itu menjawab. Akhirnya dia mendapat jawapan dengan talian diputuskan. Semakin hati Sarah tidak tenang. Tetapi dia tidak mahu berfikiran buruk, mungkin abang tak perasan terdail nombornya. Sarah! Tenang, cool, tak ada laa semua okay. Kata Sarah untuk menenagkan hatinya. Lantas dia mengambil wuduk untuk menengkan lagi hatinya.

MASJID QARIAH. Sarah sudah pun berada dalam masjid. Dia dipisahkan dengan tabir, Sarah tidak dapat melihat sepenuhnya tunangnya itu. Dari susuk tubuh memang seperti tunangnya. Mungkin memang panggilan tadi abang tidak sengaja mendail nombornya. Bukti, abang ada di sini. Tapi kenapa ibu tunangnya itu tidak ada di sisi nya saat ini.

            “ Ika, aku tak tahan la!”
            “ apa yang kau tak tahan nya. Weh, tu tok kadi datang nak minta tanda tangan. Haa kalau kau tak tahan sangat na membese, kau terus je sign. Habis cepat sikit majlis ni. Kau pun da gatal nak jadi bini kan. Haha,” gelak Ika, teman rapatnya itu. Sekarang kandungannya da masuk lima bulan. Dah nak jadi mak pun perangai macam budak-budak.

            “ kau ni kan... huh!” tak sempat Sarah menghabiskan ayat, tok kadi sudah pun sampai. Sarah seperti lembu dicucuk hidung. Dia boleh ikut idea gila si Ika. Sarah terus menurunkan tanda tangan tanpa melihat nama siapa yang tertulis.

            Sebaik sahaja tok kadi beredar. “ Sarah! Kau baca tak nama siapa tadi?”
            “ tak pun. Dah kau suruh aku sign je. Weh Ika sumpah aku tak tahan ni. Aduh abang ni pun cepat laa habis. Sekali lafaz je laa.” Jawab Sarah.

Ika hanya mendiamkan diri. Dia dan Fana berpandangan. Salah dia juga. Tapi dia cuma bergurau je tadi. Tak sangka Sarah ikut betul-betul. Aduh payah kalau dalam kawan lurus bendul ni. Tapi kenapa pengantin lelaki lain? Mana Am? Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?

“ Ika, kalau laa dia betul-betul sayangkan aku,  kau percaya la cakap aku. Mesti sekali lafaz je ni. So nanti aku boleh la pergi tandas kan. Hehe. Sumpah tak tahan ni beb. Aduh time macam ni laa semua benda nak jadi, huh!” kata Sarah. Ika hanya mendiamkan diri. Jangan kau terkejut pulak Sarah, sampai terkucir dekat sini karang. Aku tak nak jadi mangsa kau kena lap semua tu. Apa pun aku, Fana, Nawa dan yang lain tetap doa kan kebahagian kau, kawan.

“ aku terima nikahnya, Murni Maisarah bt Mustapha dengan mas kahwin sebanyak dua ratus lima puluh ringgit tunai”

ALHAMDULILLAH

            Akhirnya, Sarah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz sahaja. Tetapi, “ kenapa, aku rasa semacam je ni ha? Kenapa suara abang lain? Kenapa aku rasa tak sedap hati?” banyak persoalan bermain di fikirannya.

            Kimi dengan berdebarnya bangun untuk meneruskan dengan pembatalan air sembahyang. Dia tak tahu apakah reaksi yang akan ditunjukkan oleh Sarah saat melihatnya kerana bukan Am yang menjadi suaminya tapi dia.

            Am kemalangan sewaktu dalam perjalanan ke sini. Dan kebetulan saat itu pula dia melalui kawasan itu. Dia ketika itu baharu sahaja bergaduh dengan mummy kerana membatalkan pertunangannya dengan Tasha. Dia dalam perjalanan untuk ke berjumpa dengan Sarah tapi semua ini seperti sudah ditentu. Ya mungkin ini la yang dikatakan jodoh. Sejauh mana pun orang itu pergi dan menolak kita, kalau sudah ditentukan yang dia jodoh kita maka memang dia la yang akan menjadi pasangan sehidup semati kita.

            “ mana Am?” soalan pertama yang dituju Sarah dengan nada tegas apabila melihat bukan Am yang berada di depannya untuk membatalkan air sembahyang tapi Kimi. Dah kenapa pulak tiba-tiba mamat ni muncul balik dalam hidup aku. Bukan patutnya sekarang ni dia dengan Tasha gedik tu ke.

            “ salam suami tu nak. Kalau Sarah sayangkan papa, tolong habiskan semua. Nanti balik kita bincang. Ada perkara yang perlu Sarah tahu. Papa mintak maaf sebelum tu. Bukan niat papa nak rahsiakan semua ni tapi ni amanat arwah.”

            Air mata yang disimpannya itu akhirnya tertumpah juga. Arwah? Siapa yang jadi arwah? Tak mungkin abang? Kenapa aku yang terpaksa terima semua ni. Kenapa lagi sekali kau hadirkan dia dalam hidup aku, Ya Allah. Dengan berat hati dia menurut sahaja permintaan papa itu.
            Rakan-rakannya cuba untuk menenangkannya. Selesai sahaja Kimi menyarungkan cincin dan menguncup dahinya, tiba-tiba Sarah merasakan seperti dunianya gelap. 

            GELAP

            “ abang! Abang pergi mana? Kenapa abang buat Sara macam ni. Abang dah tak sayang Sarah lagi ke? Sampai hati abang biarkan Kimi hadir sekali lagi dalam hidup Sarah. Sarah tak nak dengan dia. Keluarga dia mesti tak boleh terima Sarah. Abang...” teresak-esak Sarah menangis.

            “ shuuussshhhh... Sarah. Jangan cakap macam tu, Sarah tahu kan abang sanggup buat apa sahaja tuk Sarah. Abang sayang Sarah sangat tapi Allah lagi sayang abang. Maafkan abang. Abang tak dapat tunaikan janji abang dekat Sarah. Abang tak dapat nak jaga Sarah tapi abang yakin Kimi akan bahagiakan Sarah. Percayalah Sarah. Dia akan menjadi suami yang baik.” Jawab Am.

            “ SARAH TAK NAK DIA! SARAH NAK ABANG! Kenapa abang buat keputusan tak tanya Sarah dulu. Sarah manusia ada perasaan. Sarah bukannya bola yang boleh abang tendang ke sana ke sini.”

            “ kenapa Sarah macam ni. Sarah kena terima kenyataan. Kimi dah jadi suami Sarah. Dia masih cintakan Sarah. Abang dapat lihat tu. Dia dengan Tasha dah putus. Sekarang ni, Kimi tu syurga Sarah. Hormat dia, taat dengan dia. Abang nak Sarah tahu yang abang akan cintakan Sarah sampai bila-bila walaupun jasad ini sudah dimamah bumi.”

            “ Abang!” jerit Sarah.
            “ Sarah! Bangun nak. Papa ni. Sarah mimpi Am?” tanya Mus. Sebetulnya memang dia berat hati nak melepaskan anak kesayangannya itu. Tapi ini semua permintaan arwah, mesti ditunaikan. Lagipun Am sempat menceritakan kisah percintaan mereka berdua. Cuma yang menghalang adalah keluarga Kimi sendiri juga sifat ego anaknya itu. Dia percaya Kimi mampu membahagiakan Sarah. Sarah sayang kebahagian itu pasti untukmu nak.

            Lantas Sarah bangun lalu memeluk Mus. “ papa, Sarah sayang papa! Papa jangan tinggalkan Sarah macam yang abang buat ye,” tangis Sarah. “ papa! Sarah tak layak bahagia ke? Sarah anak yang jahat ye papa? Sarah mintak maaf. Mungkin sebab tu laa abang Am tinggalkan Sarah kan pa?” sambung Sarah lagi.

            Menitis air mata seorang bapa. Pilu hatinya mendengar rintihan anaknya itu. Ita maafkan abang, abang gagal membuat anak kita bahagia. Kesian Sarah, pasti banyak dugaan yang akan ditemphnya itu kelak. Ati yang disebelah turut mengalir air mata. Tak dapat dia menahan sebak di dada melihat keadaan adiknya itu. Siapa boleh menolak takdir. Nasi sudah menjadi bubur.

            “ Sarah anak papa yang cekal. Jangan cakap macam tu sayang. Am bukan tinggalkan Sarah, tapi Allah lebih sayangkan dia. Sarah kena redha dengan ketentuan Allah. Kalau Sarah sedih macam ni Am nanti pun sedih kan? Jangan nangis. Buruk muka anak papa nangis macam orang tua la.”

            “ papa! Hee jahat.” Sinis senyuman Sarah. Hanya untuk tidak menambahkan lagi rasa bersalah papa. “ papa? Macam ni ke papa rasa bila mama meninggal?” tanya Sarah lagi. Mus hanya menjawab dengan senyuman dan anggukan.

            “ Sarah. Sarah rehat dulu ye. Kak Ati dah suruh Kimi tidur bilik lain buat semetara waktu. Akak faham perasaan Sarah. Sarah masih terkejut. Kuatkan semangat ye dik. Orang yang sabar pasti ada ganjarannya,” sampuk Ati. Mus hanya mengiyakan sahaja.

            Mus dan Ati sudah pun meninggalkan Sarah sendirian di biliknya. Mereka yang melihat Kimi di luar pintu hanya membiarkan sahaja. Kimi juga mangsa keadaan seperti Sarah. “ bagi dia masa,” sempat  Mus  berpesan pada menantunya itu sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Kimi. Kimi hanya tersenyum dingin.

            Dilihat kembali ke dalam bilik Sarah. Sarah tiada di katilnya. Tercari-cari Kimi. Akhirnya Sarah keluar dari bilik mandi dengan wuduk. Dia membentangkan sejadah dan menunaikan solat isyak. Lama juga Sarah pengsan tadi. Hampir sahaja dia ingin membawa ke hospital tetapi dihalang papa. Hem..

            Terkejut Kimi mendengar tangisan Sarah dalam doanya.Ikutkan hati ingin sahaja dia masuk dan menenangkan isterinya itu. Selesai solat, Sarah masih duduk di tikar sejadah. “ Sarah takut. Sarah takut, Kimi hanya nak balas dendam. Ikhlas ke Kimi jadi kan aku isteri dia? Apa niat dia sebenarnya? Apa salah aku?” rintih Sarah sendirian.

            Sarah menyidai telekungnya di ampaian. Terus dia berlalu ke katil. Sekejap sahaja dia sudah terlelap. Mungkin kerana letih dengan apa yang berlaku menjadikannya mudah sahaja melelapkan mata. Kimi perlahan-lahan masuk.

            “ saya mintak maaf. Saya tak tahu kenapa saya terima bila Am mintak saya buat semua ni. Sometimes, saya rasa saya just nak balas dendam tapi saya tahu. Saya..saya..saya masih sayangkan awak! Tapi saya..ishh tak tahu. Saya macam tak boleh nak sakit kan awak tapi saya sakit hati saya masih lagi terasa. Saya takut, saya akan lebih sakitkan awak dari membahagiakan awak. Hemm...Apa pun saya saya akan cuba bahagia kan awak.” Kata Kimi perlahan sambil mengusap rambut Sarah lalu menguncup dahinya.

Tidur ye sayang. Bahagia itu pasti milikmu.