20
Finally, today is the day.
Hari yang dinantikan tiba juga, dalam beberapa jam sahaja lagi aku akan
bergelar isteri. Wau ganas-ganas aku, akhirnya kahwin juga kan. Mana tidaknya saya kan comel hehe. Macam cantik je, macam comel je. Perasan la kau ni Sarah, berangan je. Hemm... Ada juga makhluk
Allah yang bergelar lelaki ni nak kahwin dengan aku. Guess what? Who is he? Hem?
“ Sarah!” jerit kak Ati.
“ oh mak kau meletup..” latah Sarah.
Aku tak boleh betul la dengan orang yang suka jerit nama aku ni. Apa dah tak
boleh nak panggil elok-elok ke haaaaaa? Aku da punya baik dapat berangan ni,
dikacau-kacau pula. Bebel Sarah sendirian.
“ haa! Apa nya kak Ati oi? Akak ni
boleh kot panggil dengan cara sopan. Kalau adik akak ni ada sakit jantung, tak
ke da lama jalan tadi. Elok-elok buat kenduri kahwin terus bertukar buat kenduri
tahlil,” leter Sarah.
Ati dengan muka masam menjawab, “
yang kau ni da kenapa cakap macam tu. Apa nak sangat ke jadi macam tu. Da nak
sangat jadi janda ke haaa? Mulut kau tu da la agak masin. So I think better you just say the good things only, dear!”
Haa ambil kau, kan da kena tembakan
padu dari kak Ati. Berani lagi cakap macam tu. Heee Ya Allah selisih laa
malaikat empat puluh empat. Jangan laa apa-apa terjadi pada Am. Amin, doa
Sarah.
Aku
mohon ..
Sayangi
lah diriku di dalam hidup mu
Dan
kamu janganlah kasar-kasar lagi
Dengar
lah pujaan hati
Berlari
Sarah saat dengar ringtone yang ditetapkan untuk tunangnya itu. Sarah pelik
juga, abang masih sempat telefon padahal masih ada dua jam sebelum dia di ijab
kabul kan.
“ hello. Assalamualaikum abang. Abang dekat mana tu? Kenapa ada
masalah ke?” tanya Sarah. Pelik kan dah panggil abang. Well, practice make perfect. Hehehe.
Masih tiada jawapan. Lama Sarah
menunggu tunangnya itu menjawab. Akhirnya dia mendapat jawapan dengan talian
diputuskan. Semakin hati Sarah tidak tenang. Tetapi dia tidak mahu berfikiran
buruk, mungkin abang tak perasan terdail nombornya. Sarah! Tenang, cool, tak
ada laa semua okay. Kata Sarah untuk menenagkan hatinya. Lantas dia mengambil
wuduk untuk menengkan lagi hatinya.
MASJID QARIAH. Sarah
sudah pun berada dalam masjid. Dia dipisahkan dengan tabir, Sarah tidak dapat
melihat sepenuhnya tunangnya itu. Dari susuk tubuh memang seperti tunangnya.
Mungkin memang panggilan tadi abang tidak sengaja mendail nombornya. Bukti, abang ada di sini. Tapi kenapa ibu tunangnya itu tidak ada di sisi nya saat
ini.
“ Ika, aku tak tahan la!”
“ apa yang kau tak tahan nya. Weh,
tu tok kadi datang nak minta tanda tangan. Haa kalau kau tak tahan sangat na
membese, kau terus je sign. Habis cepat sikit majlis ni. Kau pun da gatal nak
jadi bini kan. Haha,” gelak Ika, teman rapatnya itu. Sekarang kandungannya da
masuk lima bulan. Dah nak jadi mak pun perangai macam budak-budak.
“ kau ni kan... huh!” tak sempat
Sarah menghabiskan ayat, tok kadi sudah pun sampai. Sarah seperti lembu dicucuk
hidung. Dia boleh ikut idea gila si Ika. Sarah terus menurunkan tanda tangan
tanpa melihat nama siapa yang tertulis.
Sebaik sahaja tok kadi beredar. “
Sarah! Kau baca tak nama siapa tadi?”
“ tak pun. Dah kau suruh aku sign je. Weh Ika sumpah aku tak tahan
ni. Aduh abang ni pun cepat laa habis. Sekali lafaz je laa.” Jawab Sarah.
Ika
hanya mendiamkan diri. Dia dan Fana berpandangan. Salah dia juga. Tapi dia cuma
bergurau je tadi. Tak sangka Sarah ikut betul-betul. Aduh payah kalau dalam
kawan lurus bendul ni. Tapi kenapa pengantin lelaki lain? Mana Am? Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?
“
Ika, kalau laa dia betul-betul sayangkan aku, kau percaya la cakap aku. Mesti sekali lafaz je
ni. So nanti aku boleh la pergi tandas kan. Hehe. Sumpah tak tahan ni beb. Aduh
time macam ni laa semua benda nak jadi, huh!” kata Sarah. Ika hanya mendiamkan
diri. Jangan kau terkejut pulak Sarah, sampai terkucir dekat sini karang. Aku
tak nak jadi mangsa kau kena lap semua tu. Apa pun aku, Fana, Nawa dan yang
lain tetap doa kan kebahagian kau, kawan.
“
aku terima nikahnya, Murni Maisarah bt Mustapha dengan mas kahwin sebanyak dua
ratus lima puluh ringgit tunai”
ALHAMDULILLAH
Akhirnya, Sarah sah bergelar isteri
dengan sekali lafaz sahaja. Tetapi, “ kenapa, aku rasa semacam je ni ha? Kenapa
suara abang lain? Kenapa aku rasa tak sedap hati?” banyak persoalan bermain di
fikirannya.
Kimi dengan berdebarnya bangun untuk
meneruskan dengan pembatalan air sembahyang. Dia tak tahu apakah reaksi yang
akan ditunjukkan oleh Sarah saat melihatnya kerana bukan Am yang menjadi
suaminya tapi dia.
Am kemalangan sewaktu dalam
perjalanan ke sini. Dan kebetulan saat itu pula dia melalui kawasan itu. Dia ketika itu baharu sahaja bergaduh dengan mummy kerana membatalkan pertunangannya dengan Tasha. Dia dalam perjalanan untuk ke berjumpa dengan Sarah tapi semua
ini seperti sudah ditentu. Ya mungkin ini la yang dikatakan jodoh. Sejauh mana
pun orang itu pergi dan menolak kita, kalau sudah ditentukan yang dia jodoh
kita maka memang dia la yang akan menjadi pasangan sehidup semati kita.
“ mana Am?” soalan pertama yang
dituju Sarah dengan nada tegas apabila melihat bukan Am yang berada di depannya
untuk membatalkan air sembahyang tapi Kimi. Dah kenapa pulak tiba-tiba mamat ni
muncul balik dalam hidup aku. Bukan patutnya sekarang ni dia dengan Tasha gedik
tu ke.
“ salam suami tu nak. Kalau Sarah
sayangkan papa, tolong habiskan semua. Nanti balik kita bincang. Ada perkara
yang perlu Sarah tahu. Papa mintak maaf sebelum tu. Bukan niat papa nak
rahsiakan semua ni tapi ni amanat arwah.”
Air mata yang disimpannya itu
akhirnya tertumpah juga. Arwah? Siapa yang jadi arwah? Tak mungkin abang? Kenapa aku yang terpaksa terima semua ni. Kenapa lagi sekali kau hadirkan dia dalam hidup aku, Ya Allah. Dengan berat
hati dia menurut sahaja permintaan papa itu.
Rakan-rakannya cuba untuk
menenangkannya. Selesai sahaja Kimi menyarungkan cincin dan menguncup dahinya,
tiba-tiba Sarah merasakan seperti dunianya gelap.
GELAP
“
abang!
Abang pergi mana? Kenapa abang buat Sara macam ni. Abang dah tak sayang Sarah
lagi ke? Sampai hati abang biarkan Kimi hadir sekali lagi dalam hidup Sarah.
Sarah tak nak dengan dia. Keluarga dia mesti tak boleh terima Sarah. Abang...”
teresak-esak Sarah menangis.
“ shuuussshhhh... Sarah. Jangan cakap macam tu, Sarah tahu kan abang
sanggup buat apa sahaja tuk Sarah. Abang sayang Sarah sangat tapi Allah lagi
sayang abang. Maafkan abang. Abang tak dapat tunaikan janji abang dekat Sarah. Abang
tak dapat nak jaga Sarah tapi abang yakin Kimi akan bahagiakan Sarah. Percayalah
Sarah. Dia akan menjadi suami yang baik.” Jawab Am.
“ SARAH TAK NAK DIA! SARAH NAK
ABANG! Kenapa abang buat keputusan tak tanya Sarah dulu. Sarah manusia ada
perasaan. Sarah bukannya bola yang boleh abang tendang ke sana ke sini.”
“ kenapa Sarah macam ni. Sarah kena
terima kenyataan. Kimi dah jadi suami Sarah. Dia masih cintakan Sarah. Abang dapat
lihat tu. Dia dengan Tasha dah putus. Sekarang ni, Kimi tu syurga Sarah. Hormat
dia, taat dengan dia. Abang nak Sarah tahu yang abang akan cintakan Sarah
sampai bila-bila walaupun jasad ini sudah dimamah bumi.”
“ Abang!” jerit Sarah.
“ Sarah! Bangun nak. Papa ni. Sarah
mimpi Am?” tanya Mus. Sebetulnya memang dia berat hati nak melepaskan anak
kesayangannya itu. Tapi ini semua permintaan arwah, mesti ditunaikan. Lagipun Am sempat menceritakan kisah percintaan mereka berdua. Cuma yang menghalang adalah keluarga Kimi sendiri juga sifat ego anaknya itu. Dia percaya
Kimi mampu membahagiakan Sarah. Sarah sayang kebahagian itu pasti untukmu nak.
Lantas Sarah bangun lalu memeluk Mus. “ papa,
Sarah sayang papa! Papa jangan tinggalkan Sarah macam yang abang buat ye,” tangis Sarah. “ papa! Sarah tak layak bahagia ke? Sarah
anak yang jahat ye papa? Sarah mintak maaf. Mungkin sebab tu laa abang Am
tinggalkan Sarah kan pa?” sambung Sarah lagi.
Menitis air mata seorang bapa. Pilu hatinya
mendengar rintihan anaknya itu. Ita maafkan abang, abang gagal membuat anak kita bahagia. Kesian Sarah, pasti banyak dugaan yang akan ditemphnya itu kelak. Ati yang disebelah turut mengalir air mata. Tak
dapat dia menahan sebak di dada melihat keadaan adiknya itu. Siapa boleh
menolak takdir. Nasi sudah menjadi bubur.
“ Sarah anak papa yang cekal. Jangan
cakap macam tu sayang. Am bukan tinggalkan Sarah, tapi Allah lebih sayangkan
dia. Sarah kena redha dengan ketentuan Allah. Kalau Sarah sedih macam ni Am
nanti pun sedih kan? Jangan nangis. Buruk muka anak papa nangis macam orang tua
la.”
“ papa! Hee jahat.” Sinis senyuman
Sarah. Hanya untuk tidak menambahkan lagi rasa bersalah papa. “ papa? Macam ni
ke papa rasa bila mama meninggal?” tanya Sarah lagi. Mus hanya menjawab dengan
senyuman dan anggukan.
“ Sarah. Sarah rehat dulu ye. Kak
Ati dah suruh Kimi tidur bilik lain buat semetara waktu. Akak faham perasaan
Sarah. Sarah masih terkejut. Kuatkan semangat ye dik. Orang yang sabar pasti
ada ganjarannya,” sampuk Ati. Mus hanya mengiyakan sahaja.
Mus dan Ati sudah pun meninggalkan
Sarah sendirian di biliknya. Mereka yang melihat Kimi di luar pintu hanya membiarkan
sahaja. Kimi juga mangsa keadaan seperti Sarah. “ bagi dia masa,” sempat Mus berpesan pada
menantunya itu sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Kimi. Kimi hanya tersenyum
dingin.
Dilihat kembali ke dalam bilik
Sarah. Sarah tiada di katilnya. Tercari-cari Kimi. Akhirnya Sarah keluar dari
bilik mandi dengan wuduk. Dia membentangkan sejadah dan menunaikan solat isyak.
Lama juga Sarah pengsan tadi. Hampir sahaja dia ingin membawa ke hospital tetapi dihalang papa. Hem..
Terkejut Kimi mendengar tangisan
Sarah dalam doanya.Ikutkan hati ingin sahaja dia masuk dan menenangkan isterinya itu. Selesai solat, Sarah masih duduk di tikar sejadah. “ Sarah
takut. Sarah takut, Kimi hanya nak balas dendam. Ikhlas ke Kimi jadi kan aku
isteri dia? Apa niat dia sebenarnya? Apa salah aku?” rintih Sarah sendirian.
Sarah menyidai telekungnya di
ampaian. Terus dia berlalu ke katil. Sekejap sahaja dia sudah terlelap. Mungkin
kerana letih dengan apa yang berlaku menjadikannya mudah sahaja melelapkan mata. Kimi perlahan-lahan masuk.
“ saya mintak maaf. Saya tak tahu
kenapa saya terima bila Am mintak saya buat semua ni. Sometimes, saya rasa saya just nak balas dendam tapi saya tahu. Saya..saya..saya masih sayangkan awak! Tapi saya..ishh tak tahu. Saya macam tak boleh nak sakit kan awak tapi saya sakit hati saya masih lagi terasa. Saya takut, saya akan lebih sakitkan awak dari membahagiakan awak. Hemm...Apa pun saya saya akan cuba bahagia kan awak.” Kata Kimi perlahan
sambil mengusap rambut Sarah lalu menguncup dahinya.
Tidur
ye sayang. Bahagia itu pasti milikmu.
No comments:
Post a Comment