Saturday, November 2, 2013

21
            Sudah masuk dua minggu selepas majlis perkahwinannya itu. Dua minggu jugalah Am telah pergi meninggalkannya. Sejujurnya Sarah masih tidak dapat terima dengan apa yag telah berlaku. Kalau lah dia baca dulu surat tu, mesti dia perasan nama siapa yang tertulis. Nasi dah jadi bubur. Tak ada motif dan faedah lagi nak diungkit-ungkit. Kesimpulannya, baca dulu sebelum nak turunkan apa-apa signature.

            “ arrggghhhh bosan!” jerit Sarah tiba-tiba.
            “ Woi! Kau da kenapa menjerit macam orang gila. Cukuplah dengan masalah aku dekat pejabat tu. Jangan kau tambahkan sakit kepala aku dengan perangai gila kau tu,” marah Kimi. Aku balik bukannya nak sambut ke apa. Ni tidak, asal aku balik je ada je benda yang buat aku sakit hati. Kerja doktor tapi gaya lebih macam orang gila.

            Terdiam Sarah, disergah Kimi begitu. Inilah hari-hari malang yang terpaksa dilaluinya selepas menjadi isteri kepada Syed Hakimi a.k.a Mr. MS tu. Huh suka hati aku la nak buat apa pun. Dah kau buat aku macam tunggul kayu dekat rumah ni kau tak fikir. Tak habis-habis dengan kerja kau. Aku pun kerja juga. Muka.. da laa minta siku aku. Haisshhh macam mana aku boleh kahwin dengan orang macam ni sabar je laa, ngumpat Sarah.

            “ haaa.. diam..diam tu. Mengumpat aku laa kan. Kau mengumpat la aku. Memang tak bau syurga la nampaknya. Ingat sikit syurga kau tu bawah telapak kaki aku ni,” bebel Kimi sambil menunjuk-nunjuk telapak kakinya.
            Sarah yang menghadap televisyen tu hanya membalas dengan cebikan dan mengomel sendirian.
            “ woi!”

            Sarah masih leka menonton drama korea My Girl. Dia pun tak tahulah kali ke berapa entah dia menonton cerita itu. Memang minat sungguh dia dengan pelakon lelaki itu. Kalau dia dah asyik dengan ketampanan Lee Dong Wook tu, memang benda lain semua tidak diendahya.

            “ woi! Kau dengar tak aku panggil? Kau tengok apa sampai aku panggil pun kau buat tak tahu,” bentak Kimi, sempat lagi dia menolak kepala Sarah.
            Haishhhh... aku kalau orang dah main kepala ni, memang kepantangan la kan. Suami tak suami, pedulik pula aku.

            “ yang awak ni dah kenapa? Dah tak boleh nak cakap lembut-lembut dengan saya ke? Kalau awak rasa saya ni mebebankan awak, tunggu apa lagi? Just say the word Kimi! Saya pun tak payah berpura-pura redha dengan semua ni. Its all fake!” berang Sarah.
            Tangan Kimi yang besar itu hampir sahaja hinggap di pipi Sarah yang gebu itu. Tersentak Sarah dengan reaksi Kimi. Ni ke Kimi yang dia kenal dua tahun lepas. Kenapa Kimi berubah sekelip mata. Sarah semakin takut.

            “ awak nak tampar saya.. haa tampar laa! Awak ingat Kimi, saya masih ada papa, saya masih ada keluarga. Saya bukan perempuan lembik, yang mudah tunduk dengan lelaki macam awak. You don’t know me well Syed Hakimi!” kata Sarah lagi. Lancang gila mulut kau ni Sarah. Sekali betul-betul dia bagi penampar, menyesal tak sudah kau. Lelaki Sarah, jangan berani kau cabar.

            “ heyy.. suka hati aku la nak buat apa pun dekat kau. Kau tu hak aku, tanggungjawab aku. Ingat sikit syurga kau bawah telapak kaki aku. Jangan bagi aku ulang banyak kali. And remember Sarah! You also don’t know well about me. Kimi yang dulu tak sama seperti Kimi yang sekarang. Kau yang buat aku jadi macam ni,” jawab Kimi.

            Sarah hanya memandang Kimi tanpa berkedip sedikit pun. Telahannya selama ini betul, ya memang Kimi nikahi dirinya hanya untuk membalas dendam. Abang, Sarah takut. Sarah takut tak dapat tahan dengan semua ni. Kimi tak ikhlas bang, dia nak balas dendam je. Tekaan abang salah, sempat Sarah merintih dalam hati.

            “ sebelum tangan aku betul-betul naik kat pipi kau yang gebu tu, baik kau pergi jalankan tanggungjawab kau sebagai seorang isteri. Ini tidak suami depan mata, bukan main lagi pandang lelaki lain. Kau jangan sampai aku dapat tangkap kau curang, memang kau cari nahas dengan aku. Ingat tu!” sambung Kimi sambil menujah kepala Sarah.

            Sakitnya hati aku dengan mamat ni. tak kan dengan pelakon korea pun nak jeles kut. huh.. kalau aku tak fikir dia ni suami aku memang aku smackdown sampai ke titisan darah yang terakhir. Macam la kau berani Sarah. Kau tu cakap je lebih buatnya tidak. Huh apa-apa je la, lagi cepat aku siapkan makanan untuk si senget ni lagi cepat aku boleh masuk bilik.

            Selesai sahaja Kimi makan. “ saya nak cakap something dengan awak,” kata Kimi tiba-tiba. Terbuntang mata Sarah, Kimi membahasakan ‘saya awak’.
            “ haaa... cakap je la. Sejak bila pula kena minta izin?”

Truut..truut..Sms..

            Terhenti perbualan mereka dengan bunyi telefon Sarah. Tanpa menghiraukan Kimi, Sarah terus mencapai phone dan membalas message tersebut sambil tersenyum-senyum. geli hatinya membaca message Ika itu.
            Haiii... perempuan mencabar aku pula. Aku baru nak buat baik, naik lemak pula dia. Suami depan mata tapi dok berbalas message dengan orang lain. Hee ni yang aku tak boleh ni, apa yang dia message tu.

            Kimi.. kau ada hak nak ambil phone tu. Dia tu isteri kau. Jangan jadi lelaki dayus, entah-entah dia tengah message dengan lelaki mana. Kau jadi tunggul kat situ.
            Kimi.. positif. Mungkin kawan rapat dia yang message. Arrrgggghhhhh...

            “ kau bagi sini aku telefon tu! Kau tahu tak aku tengah cakap dengan kau. Kau jangan nak biadap sangat,” bentak Kimi.
            Sarah pula yang terkejut dengan reaksi Kimi itu masih cuba mempertahankan telefonnya walaupun telah cuba dirampas oleh Kimi.

            “ awak kenapa ni? kena rasuk setan ke apa?”
            Kimi tidak mengendahkan Sarah terus merampas telefon Sarah. Malangnya, message dari Din masuk walaupun hakikatnya Sarah berbalas message dengan Ika. Tanpa berlengah lagi Kimi terus membuka message Din itu.


Salam.. hye. I just wanna tell you, thats i’ll
be back soon. Din harap Sarah boleh jemput Din dekat airport nanti.
Okay dear! Sweet dream.. J

            “ ni siapa? Kau baru dua minggu jadi isteri aku, dah berani nak curang belakang aku kan?” tanya Kimi sambil menunjuk message Din.

            “  sumpah. Demi Allah awak! Saya balas message Ika tadi. Saya tak tahu pun Din nak bagi message macam tu. Lagi pun Din tu kawan lama saya, time sekolah dulu,” jelas Sarah. Ya Allah, kenapa la time ni awak message Din. Sarah pelik dengan sikap Kimi. Tadi bahasa dia sedikit berubah lebih lembut tapi sekelip mata sahaja berubah kembali.

            “ kau jangan tipu aku laa perempuan! Kau ingat aku bodoh. jantan ni tak tahu ke kau dah kahwin sampai berani message kau tengah-tengah malam. Kau ingat aku ni Am yang senang kau nak 'kencing'. Kau memang nak kenakan. Memang nahas la kau malam ni,” mengamuk Kimi. Habis ditujah-tujahnya kepala Sarah.

            “ kau kenapa? Dah gila ke? Sebab message macam tu, kau tak siasat dulu terus nak mengamuk. Apa hak kau nak cakap macam tu pasal abang. Hey kalau bukan sebab dia aku tak hingin la nak kahwin dengan kau,” lawan Sarah tapi ditekup mulut kerana menyedari kelancangannya. Dia tidak tahu kenapa dia bleh berkata begitu. Dia tak tahu apa tindakan Kimi tapi sakit hatinya bila Kimi cakap macam tu pasal Am.

            “ kurang ajar!”

PANGGGG!!

            “ sekali lagi aku dengar kau guna bahasa ‘kau aku’ lagi teruk dari ni yang kau dapat. Kau jangan buat sampai aku menyesal ambil kau jadi isteri aku. Behave Sarah! Sedar sikit status kau. Syurga kau bawah telapak kaki aku,” kata Kimi lagi tanpa menghirau kesakitan yang dialami Sarah dan terus pergi meninggalkan rumah.

            Sarah sudah pun menangis teresak-esak. Dahi dan mulutnya sudah pun berdarah akibat dari tamparan Kimi. Kepalanya terhantuk pada bucu meja makanan.

            “ aduh!” Sarah mengubati lukanya sendiri. Macam mana nak pergi kerja esok ni. Sempat dia mengutip serpihan telefon yang dibaling Kimi sebelum keluar tadi dan terus berlalu ke bilik. Sarah menangis sendirian di biliknya sehingga dia terlelap.

            PUB CITY. Suasana di sini bukannya menenangkan lagi jiwa aku. Huh tempat apa la yang Zack bawa ni. Kimi masih tercari-cari kelibat teman rapatnya itu.

            “ woi bro! Datang juga kau tempat macam ni kan. Dulu bukan main lagi kau tak nak jejak lansung tempat ni. Kenapa bini kau dah tak larat nak layan nafsu kau ke? Haha,” sergah Zack dari belakang.

            “ kau bahasa biar cantik sikit Zack. Aku tengah tak ada mood ni. Kang dekat kau, aku lepaskan geram,” jawab Kimi dengan nada sinis.

            “ waaa..waaa.. chill bro! Okay.. dah alang-alang kau ada sini, jom kita enjoy. Nah aku ada ambil kan air tuk kau.”

            Tanpa ada sebarang rasa curiga terhadap temannya itu, lantas air yang dihulur itu diminumnya. Coca-cola itu telah dicampurkan dengan dadah. Malam itu, Kimi seperti hilang kawalan. menari-nari dia megikut alunan muzik. Dia tidak sedar apa yang dia telah buat dan tanpa dia sedar juga segala perbuatannya telah dirakam oleh Zack termasuk lah gambar-gambar dia bersama Tasha.

            Tasha dan Zack telah bersubahat untuk membalas dendam. Zack telah mengambil gambar-gambar Tasha dan Kimi. Jika dilihat pada gambar, memang jelas kelihatan seperti mereka melakukan hubungan intim. Itulah sebenarnya tujuan mereka. Ini akan dijadikan senjata untuk memusnahkan hidup Kimi.

            “ Just wait friend! Just watch and see okay!” kata Zack lagi sambil menampar-nampar pelahan pipi Kimi yang tidak sedarkan diri tu.

            “ I akan buat you menderita Kimi. Ni baru permulaan. This is the begin of the game dear! Mmuuuaaahh..” kata Tasha pula. Sempat dia mencium pipi Kimi sebelum beredar. Mereka berlalu dengan hati yang puas.

KIMI!

            Teriak Sarah. Terjaga dia dari tidur. Dia mimpi buruk pasal Kimi. Kimi seperti dalam bahaya. Arrrggghhh lantak dia laa, tu balasannya. Buat baik balas baik, buat jahat balas jahat. Hemmm...

            Tapi kenapa rasa tak sedap hati ni. Ada sesuatu berlaku dekat dia ke. Alaa aku nak telefon macam mana telefon dah rosak. Sengal juga kau ni kan Sarah, telefon rumah kan ada. Pantas Sarah mendail nombor Kimi berulang-ulang kali tetapi tetap juga tidak dijawab.

            Dia dah buat kau macam-macam pun, still kau risaukan dia kan Sarah. Jahat-jahat dia, dia tetap suami aku. Syurga aku dekat dia, ngomel Sarah sendirian. Terus Sarah mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak. Dia berdoa agar tiada apa-apa yang buruk berlaku pada suaminya.


No comments:

Post a Comment